Thursday 11 December 2014

King Cobra

Bismillahirrahmanirrahim... 
                                               
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Salam Jumaat kareem...al-Hamdulillah, ALLAH masih memberi ruang kepada penulis untuk meneruskan penulisan blognya. Al-Hamdulillah...berkat kasih sayangNya, penulis diberi kekuatan untuk terus memegang amanah sebagai muslimah, hamba & khalifahNya. Al-Hamdulillah...iman masih tersemat kemas di dada, mendorong diri untuk sentiasa mendekatiNya. Peluang & ruang ini takkan pernah penulis sia-siakan untuk terus mendekati ALLAH Pencinta sejatinya. Jom sahabat kita jadi pencinta setia Ilahi bukan hanya pencinta manusiawi!

Al-Hamdulillah...hari ini penulis masih dapat bercerita, bercerita tentang ‘king cobra’. ULAR...Siapa kat sini suka ular? Sahabat semua nak tahu penulis sangat suka ular. Cuma hanya waktu ini penulis berkesempatan bercerita tentangnya. Kenapa? Kenapa suka pada ular, sedangkan banyak lagi haiwan lain? Dia sukakan kelainan itulah diri penulis. Sudah beberapa kali dia menyaksikan pertunjukan ular & dalam banyak-banyak haiwan, ular antara yang menarik perhatiannya.


Ular juga haiwan ciptaan ALLAH, punya keistimewaannya yang tersendiri, cuma ramai manusia memusuhinya kerana haiwan ini berbisa & sangat merbahaya kepada manusia. Macam mana penulis boleh suka pada haiwan yang bernama ular ini? Ya, penulis mengakui dia sangat takut pada ular ini & pernah menjadi fobia pada dirinya kerana suatu ketika dulu di rumah lamanya, ular sering menampakkan dirinya di mana-mana hingga pernah membahayakan adik perempuannya yang ketika itu sedang tidur.

Di dapur, di bumbung rumah, di celah-celah kayu, di belakang rumah, di tempat letak kereta, apatah lagi di pokok. Mungkin kebiasaan itu menukarkan penulis daripada fobia kepada jatuh cinta. & dia seringkali mengumpamakan dirinya seperti ular yang menjalar.

Sukar untuk didekati tetapi punya warna yang menarik & pelbagai jenis nama saintifiknya. ‘King Cobra’ antara jenis ular yang dikagumi oleh penulis. Bukan hanya rupanya yang berbeza tetapi kerana berbisanya ia hanya mengambil masa 5 mimit untuk melumpuhkan sistem saraf manusia. Ular hanya menyerang bila merasakan dirinya terancam dengan persekitaran. Ular ini unik, ia tidak punya kaki, tetapi masih bisa bergerak dengan menjalar.

Al-Hamdulillah sudah dua kali penulis bergambar dengan haiwan ini, memegang & meletakkannya di bahu menghilangkan rasa geli penulis padanya. Apa yang unik tentang ular? Ular punya pelbagai warna, berkilat, membelit kuat, berbisa, rupanya pun berbeza, sukar untuk dijangka bagaimana ia, & itulah penulis. Sukar dijangka sikapnya bagaimana, suatu masa sifat & karekter ular itu menjadi sebahagian daripada dirinya.


Melihat diri pada penciptaan haiwan unik ini mengingatkan penulis pada kebesaran ALLAH Yang Maha Kuasa. Betapa hebatnya ALLAH menciptakan haiwan bernama ular untuk diteliti penciptaannya. Bagaimana ia hidup, bagaimana ia bergerak, makan, menikmati kehidupan sebagi ular & bagaimana ia mengakhiri kehidupannya?

Setiap penciptaan ALLAH tidak pernah dicipta sia-sia. Teringat penulis pada lagu bangau oh bangau yang sering didendangkan semasa kecilnya.

Bangau oh bangau
Kenapa engau kurus?
Macam mana aku tak kurus
Rumput panjang sangat 2X

Rumput oh rumput
Kenapa engkau panjang?
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku 2X

Kerbau oh kerbau
Kenapa engkau tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan
Perut aku sakit 2X

Perut oh perut
Kenapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit
Makan nasi mentah 2X

Nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah
                                                                          Kayu api basah 2X    
   
Kayu oh kayu
Kenapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah
Hujan timpa aku 2X

Hujan oh hujan
Kenapa engkau timpa kayu?
Macam mana aku tak turun
Katak panggil aku 2X

Katak oh katak
Kenapa engkau panggil hujan
Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku 2X

Ular oh ular
Kenapa engkau nak makan ular
Macam mana aku tak makan
Memang makanan aku 2X

Kisah ini bertepatan dengan kisah hidup manusia yang terkadang sering menyalahkan insan lain dalam kehidupannya sehingga akhirnya si ular mengaku katak itu memang makanannya. Usah kita sibuk menunding jari, mencari salah siapa, angkara siapa semua ini terjadi! Cukup untuk kita menilai diri kita, memuhasabah & bermujahadah, bagaimana aku bila bertemu ALLAH nanti? Cukupkah bekalan aku untuk menemui ALLAH di alam sana nanti? Apa sumbanganku untuk memastikan Islam terus bertapak di bumi ini?

Jadilah seperti ular yang tidak laju menyalahkan haiwan lain, dia mengakui kesalahan dirinya, bertindak menceritakan hal yang sebenarnya biar pahit ibarat hempedu untuk ditelannya. Bila bercerita sisi buruk haiwan bergelar ular ini, tidak elok untuk manusia bermimpi tentang ular. Ular antara haiwan buas yang mengikut perubatan Islam tidak elok untuk kita mendekati ular. Ular membawa makna yang tidak baik jika diikutkan orang tua-tua zaman dahulu. Itu penulis kurang jelas bagaimana & mungkin ada sahabat-sahabat yang bisa menjelaskan tentang status ular atau boleh bertanya pada pakar tentangnya.




Tidak salahkan untuk penulis merasai kehebatan & keesaan ALLAH bila dia memerhati & mencurah rasa suka pada ‘king cobra’ ini? Ular sememangnya unik! Cuma kita terkadang silap mentafsirkannya. Usah kita terus memandang hodoh, buruk & jahatnya hingga kita lupa ia juga ciptaan ALLAH yang patut kita ambil pengajaran daripadanya. Umpama manusia, usah kita terus menyangka manusia ini jahat, masuk neraka, buruk padahal kita tidak tahu disebalik kejahatannya tersirat sejuta kebaikannya. Ini hanya pendapat, pandangan & perkongsian rasa penulis dalam blog ini. Jadi terpulang pada semua pembaca yang disayangi kerana ALLAH untuk menilai & menelitinya. Baik atau buruk? Wallahu’alam...siiru ‘alaa barakatillah. Moga artikel ini bisa memberi manfaat pada ummah walau secebis dari sejuta ilmuNya.

No comments:

Post a Comment