Sunday 14 December 2014

Kenangan Akhir Muaddibah

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Al-Hamdulillah...penulis masih punya masa untuk meneruskan penulisan blognya walaupun hanya perkongsian yang biasa. Hari ini tak sempat lagi nak berkongsi tentang satu hari sebuah buku. Buku memang menjadi peneman setia penulis sejak balik ke kampung halaman ni, cuma memerlukan masa untuk membedah sesebuah buku. Al-Hamdulillah Islam menjadi asas, dasar & tapak bagi penulis untuk meneruskan kehidupan sebagai muslimah ini. Al-Hamdulillah...ALLAH sebagai Tuhan tersemat kemas di dadanya.

Jom, kita tengok gambar2 kenangan penulis dengan rakan-rakan muaddibahnya!

Sempat 'dating' bersama di restoran nasi arab..

Erm...sedapnya nasi arab ni. Antara 'favourite' penulis..

Posing before go back home..yes i am really miss this situation.

just a sweet picture!

Baiklah...di kesempatan yang ada ini penulis memohon sejuta kemaafan kepada semua sahabat-sahabat yang mengenali diri ini & izinkan penulis mendedikasikan sebuah puisi buat muaddibah semua. Moga ALLAH sentiasa merahmati hidup kalian. Ameen...

Dedikasi Cinta Muaddibah

Kalian
Insan hebat pembangun ummah
Di sini kita saling mengenali
Di sini kita membina jati diri
Di sini kita membina kesefahaman
Di sini kita muaddibah abadi

Banyak sekali
Kenangan kita bersama-sama
Membentuk anak generasi hadapan
Bukan perkara semudah memetik jari
Teruskanlah
Usaha kalian...
Mujahadah serta tawakkal padaNya
Tadhiyyah serta ikhlas keranaNya

Berdiri teguh
KeranaNya sahabat-sahabat
InsyaALLAH ada kurniaan manis 
Menantimu di penghujung penantian
Sungguh, banyak sekali
Pengalaman ku ambil & kutip
Sepanjang keberadaan kita bersama
Mengajarku
Usaha ini perlu berjamaah
Usaha ini butuh tadhiyyah
Usaha ini bersemi ukhuwwah
Usaha ini kerana ALLAH
Baru terhias indah
Di pintu syurga maha hebat

Sungguh
Aku bakal merindui
Setiap detik pahit manis kita 
Memegang amanah muaddibah
Bukan hanya mendidik ummah
Juga diri di tarbiah
Teruskan langkah istiqamah
Kerana di jalan ini kita memilih dakwah
Di jalan ini air mata sentiasa bertingkah
Kerna medan perjuangan tak pernah mudah
Dedikasi cinta ini buat muaddibah


Siiru 'alaa barakatillah...uhibbukum fillah abadan abada :) :)


No comments:

Post a Comment