Monday 21 October 2013

salam imtihan buat Chik ^__^

Dedikasi kasih & cinta buat adik tersayang

Tanggal 5 September 1995 telah lahir seorang bayi lelaki yang diberi nama Asraf Wajdi bin Yaakob menambah bilangan adik si penulis menjadi dua orang. Mama akhirnya tersenyum di anugerah seorang anak lelaki. Dia penyeri keluarga penulis. Mana taknya dia antara adik yang sangat periang dan suka buat lawak. Riuh satu rumah bila dia mulai berbicara. Penulis dan keluarga memanggilnya dengan panggilan Chik, selepas lahirnya dua orang adik lelaki yang lain.

Dia membesar sebagai seorang yang periang, tetapi kadang-kadang sikap panas barannya datang bila ada yang tidak kena pada matanya. Dia pelerai bila adik-adik sedang bergaduh, dia penenang kala hati tengah resah, dia buat penulis dan keluarga tak kering gusi, dia menolong bila diperlukan, dia ringan tulang bila meminta bantuan.

Masa kecilnya agak nakal. Biasalah anak lelaki, tetapi didikan ayah bisa mengatasi kenakalannya. Dia belajar di Sekolah Menengah Agama Bustanus Saadah berdekatan dengan rumah selama tiga tahun. Kemudian dia nekad memilih Sekolah Menengah Teknik Bachok Kelantan. Hari-harinya di sekolah berasrama penuh menjadikan dia seorang insan yang mula berdikari.

Sekarang dia telah berumur 18 tahun. Penuntut Diploma Kejuruteraan Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor. Bergelar seorang remaja yang bersikap ingin mencuba segala-galanya menambah kerisauan di hati seorang kakak. Namun perasaan itu cuba ditepis bila memandang pada sudut positif adiknya. Kadang-kadang si kakak cuba menasihati adiknya dengan gaya dan tingkah yang berhemah. Satu perkara yang dia suka adalah dia sangat gemar bergambar. Ha..ni gambar dia:


Chik bersama adik bongsunya bernama Ahmad Hambali bin Yaakob

Hari ini Isnin 20 Oktober 2013 adik kandung penulis yang ke-2 sedang menjalani peperiksaan akhir semester satu pelajar Diploma Kejuruteraan Politeknik Shah Alam, Selangor. Doa seorang kakak akan sentiasa buat Asraf Wajdi bin Yaakob. Moga dia diberi kekuatan dan ketajaman akal dalam menghadapi peperiksaannya. Moga dia bisa menjawab soalan dengan tenang tanpa ada gangguan dan moga kebergantungannya dengan ALLAH sentiasa kuat.

ALL THE BEST FOR YOUR FINAL EXAM, CHIK!

Tergamam dengan ayat ‘sms’ dari Chik saat meminta tolong darinya, “most welcome. Takdop hal lah. Kito adik-beradik susoh seney skali. K.yong tlg Chik, Chik tlg K. yong.”


Bertuah benar insan yang bernama Asraf Wajdi bin Yaakob ini walau terkadang dia marah, tapi dia cepat sejuk. Moga ALLAH sentiasa merahmati Asraf Wajdi bin Yaakob. Penulis beruntung punya adik-adik yang sangat baik berkat didikan ibu dan ayah tercinta.

No comments:

Post a Comment