Tuesday, 23 February 2016

26 Tahun Menyulam Cinta Bersama

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Al-Hamdulillah, berkat kasih sayang ALLAH, penulis masih mampu menyusun kata di blog ini. Blog yang merakam kenangan indah penulis dalam dunia penulisan blog. Al-Hamdulillah, kali ini penulis kembali dengan cerita baru yang terkait dengan kehidupan penulis sebagai anak, dan isteri. Ya penulis telah memegang amanah baru sebagai seorang isteri. Mohon doa dari semua agar baitul muslim yang dibina oleh penulis dan suami berkekalan hingga ke syurga abadi. Kerna cinta yang didasari cinta ALLAH biasanya berkekalan hingga ke akhir kehidupan. Ya cinta kerana ALLAH menjadikan kehidupan kita lebih indah. Semuanya kerana ALLAH.

Apa cerita kali ini? 26 tahun menyulam cinta bersama? Siapa? Tanggal 24 Februari 1990 satu pasangan suami isteri bernama Mek Nab binti Ibrahim & Yaakob bin Seman disatukan seusai akad nikah. Di hari bahagia majlis mereka berlangsung sederhana tetapi cukup meriah. Esok, tanggal 24 Februari 2016 genap sudah usia perkahwinan mereka 26 tahun sama umur tahun dengan kelahiran puteri sulung mereka. Siapa sangka perkahwinan ini menjangkau 26 tahun. Hidup bersama selama 26 tahun daripada berdua bertambah dengan kehadiran lima orang anak. Dua puteri tiga putera. Puteri sulungnya berumur 26 tahun tahun 2016 ini dah telah selamat mendirikan rumah tangga hampir enam bulan.

Siapakah mereka di hati penulis? Ya merekalah ayahanda dan bonda tercinta. Selamat ulang tahun perkahwinan kali ke-26 ma, ayah. Moga perkahwinan ma dan ayah sentiasa disirami sakinah, mawaddah wa rahmah kekal bersama hingga ke jannah. Al-Hamdulillah terima kasih Ya ALLAH di atas anugerahMu yang Maha Besar. Penulis dikurniakan ibu ayah yang penyayang & bertanggungjawab. Ma & ayah membesarkan penulis adik beradik dengan penuh pengorbanan & kesabaran yang tinggi. Daripada kami kecil hinggalah yang sulung sudah berumahtangga. Ma & ayah contoh suami isteri terbaik yang penulis saksikan. & setiap masa penulis dambakan seorang suami yang punya sifat penyayangnya seperti ayah. Walau ayah garang & tegas sehingga kami sering dimarahi bila buat salah, tapi marah ayah tanda sayang. Terima kasih ma & ayah. Sayang ma & ayah kerana ALLAH.

Satu-satunya ayah terbaik yang ALLAH anugerahkan pada penulis dan adik-beradiknya. Tetap sabar mengajarkan Al-Quran pada kami, tetap teguh memberi nafkah pada kami hingga sanggup melakukan banyak kerja demi sesuap nasi untuk anak-anaknya. Daripada rumah kayu yang kami duduki hinggalah ma & ayah usahakan sebuah rumah selesa buat kami berteduh. Di situlah tercurah kasih sayang buat kami lima beradik. Jika diberi peluang ingin sahaja penulis senaraikan jasa pengorbanan ayah & ma sudah pasti tidak terkira daripada kami bayi hinggalah kami dewasa. You are the best one my dear dad.

Satu-satunya ibu terbaik yang ALLAH anugerahkan kepada penulis dan adik-adiknya. Tetap sabar mendidik kami, tetap setia mengasuh kami walau sibuk dengan kerja, tetap tenang melayan karenah kami, tetap bisa memasak & menyediakan makanan yang bagus-bagus buat kami. Ma adalah chef terhebat di dunia. Masakannya tiada tandingan. Jika ada yang bertanya pada penulis, apa makanan kegemarannya? Dia pantas menjawab, semua masakan ibu tercinta. Tetap kuat menjahit baju-baju pakaian untuk anak-anaknya. Ma serba boleh dari A hingga Z. You are the best one my dear mum.

Esok ulang tahun perkahwinan ma & ayah. Sayang penulis tiada di sisi mereka, ya komitmen penulis kini tertumpu pada suami. Kedudukan isteri adalah di sisi suami. Di mana suaminya berada di situlah ada isterinya. Ucapan yang digarap dalam blog ini sekurang-kurangnya mengubat rindu penulis pada ma & ayahnya. Ya penulis sangat merindui ibu & ayah kandungnya. Rindu dari sekecil-kecil perkara hinggalah ke sebesar-besar perkara. ma & ayah dah 26 tahun menyulam cinta sedang penulis baru bertatih dalam dunia baitul muslim. Baru mengenal kehidupan berumahtangga, baru menyulam rasa cinta, semuanya baru bermula & ma & ayah antara bahtera rumah tangga yang menjadi contoh buat penulis & suami selain contoh terbaik sepanjang zaman adalah bahtera keluarga Nabi Muhammad s.a.w.

Ucapan ini mengiring bersama hadiah Al-Fatihah buat ma & ayah pengubat rindu terhadap ayahanda & bonda. Ma, ayah kak yong rindu kerana ALLAH pada ma & ayah. Ma & ayah selamat ulang tahun perkahwinan kali ke-26 moga ma & ayah bahagia hingga ke syurga. Doakan puteri sulung ma & ayah ini dapat mengharungi bahtera rumah tangga bersama suami tercinta. Doakan kami kuat, doakan kami bisa mencontohi rumah tangga Nabi Muhammad s.a.w. & meneladani rumah tangga ma & ayah. Terus doakan kami usah putus kerana doa ma & ayah sangat berharga buat puteri sulungmu ini. 

Ma & ayah dalam majlis menyambut menantu di Tampin, Negeri Sembilan

 
26 Tahun menyulam cinta bersama

Di majlis akad nikah puteri sulung ma & ayah

Ma & ayah semasa majlis puteri sulung mereka.

Bahagia bersama hingga ke jannah abadi...Ameen



Thursday, 21 January 2016

Tiga Bulan Tiga Puluh Empat Hari 18092015



Bismillahirrahmanirrahim…

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Al-Hamdulillah thumma al-hamdulillah...setinggi-tinggi kesyukuran penulis panjatkan kepada ALLAH Yang Maha Kuasa kerna dengan rahmat & kasih sayang penulis dapat mencoret bicara katanya setelah terlalu lama blog ini ‘cuti’. Subhanallah...wa alhamdulillah... wa lailahaillallah.. wa Allahuakbar. Al-Hamdulillah dengan kuasa ALLAH, penulis kembali ke medan yang sangat dicintainya, medan penulisan. Lama benar dia merindui semangat menulis blog, termenung panjang di hadapan ‘notebook’ kesayangannya, menatap screen notebook leka menaip ilhamnya.

Ke mana penulis menghilang begitu lama? Ataukah penulis merajuk pantas berhenti menulis? Ataukah penulis telah kematian idea? Mungkin juga penulis sudah putus asa dan tidak mahu berkongsi cerita lagi dalam blognya? Apakah alasan yang penulis akan reka kali ini setelah lama menyepi diri? Persoalan yang mungkin timbul dalam kalangan manusia yang singgah di blog ini, bisik hati penulis saat dia membuka blog kesayangannya.

Apa yang penting malam ini ada perkongsian menarik & bahagia untuk diceritakan kepada sahabat yang setia menatap blog ini. Perkongsian hari ini tentang tiga bulan tiga puluh empat hari. Penulis menghitung apa tu? Genap 3 bulan 34 hari penulis memegang amanah sebagai isteri, menantu & adik ipar. Al-Hamdulillah...dengan kuasa ALLAH, penulis menamatkan zaman bujangnya bertarikh 18 September 2015 dengan sekali lafaz akad nikah sahlah dia bergelar isteri. Tanggal 18.9.2015 mencatat sejarah manis dalam hidup penulis. Usia 25 tahun ALLAH kurniakannya seorang suami yang penyayang & bertanggungjawab. Yang penting agamanya terjaga J J J J J

Oooo...thats why youre blog keep silent! You are already married & automatic change your status to married women. Al-Hamdulillah majlis perkahwinan penulis dan suaminya berjalan lancar & meriah. ALLAH telah permudahkan segalanya. Al-Hamdulillah...kita merancang tetapi ALLAH yang menyempurnakan perancangan kita kerna ALLAH sebaik-baik perancang. Sederhana tapi penuh kemeriahan & keberkatan.

Dah tukar status, tanggungjawab pun bertambah, tapi sebagai isteri kita tak digalakkan merungut...sebab itu jalan yang ALLAH kurniakan kepada kita & sebaik-baik anugerah ALLAH. Terimalah pasangan hidup kita sama ada suami atau isteri dengan hati terbuka, berlapang dada & saling memahami sebab manusia lahir bukan untuk menyempurnakan tetapi lahir untuk saling melengkapi antara satu sama lain.

Best tak kahwin? Soalan cepu emas yang sering dilontarkan kepada penulis saat berdepan dengan sahabat-sahabat & saudara-maranya. Jawapannya, “Al-Hamdulillah, best sangat.” Apa yang best? Banyak yang best dalam perkahwinan ni. Yalah masa sebelum kahwin kita tidak saling mengenali, sekarang dah kahwin saling mengenali. Masa bujang semua sendiri, susah, senang, suka, duka, bahagia, menangis semua sendiri tanpa teman pasangan hidup di sisi, tapi indahnya bila dah kahwin, ALLAH kurniakan dua hati yang terpisah akhirnya menyatu dengan akad nikah. Indahkan Islam J J J semuanya berkongsi, dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara dikongsi antara suami isteri, biarpun berbeza perangai & tindakan.

Perbezaan bukan titik tolak untuk kita mencari kesalahan & titik pergaduhan, tetapi di sebalik perbezaan antara suami isteri bisa carilah titik persamaan yang bisa menyatukan hati menuju keredhaan ALLAH. Al-Hamdulillah...akhirnya penulis mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang kini bergelar suaminya. Doa & permintaanya, permohonan & rayuannya pada ALLAH dikabulkan segera. Apa yang diminta itulah yang ALLAH berikan pada penulis. Alhamdulillah.  

Buat sahabat-sahabat yang belum mendirikan rumah tangga @ atau masih terceri-cari di mana dia imamku, di mana dia imamahku...usah risau duhai teman, ALLAH dah tentukan yang terbaik untuk kita, tinggal lagi kita berusaha MENJADI YANG SOLEH ATAU YANG SOLEHAH. Agar rumah tangga kita bahagia hingga ke syurga. Penulis doakan moga kalian semua suatu hari nanti dengan kuasa ALLAH juga bisa bertemu dengan pasangan masing-masing. Usah lupa panjangkanlah doamu pada Tuhan Pencipta kita kerna doa itu senjata mukmin. Doa dan terus berdoa moga kita dikurniakan jodoh yang baik yang bakal memimpin kita hingga ke syurga. Andai kita jatuh suami @ isteri kita bisa membahu, andai kita menangis kesedihan suami @ isteri kita bisa menyapu bersih air mata kita, andai kita dihenyak dengan ujian suami atau isteri kita bisa ada di samping kita menemani saat susah senang bersama.



Setakat ini dahulu perkongsian penulis untuk hari ini, nanti insyaALLAH kita sambung lagi dengan izin Ilahi. Izinkan penulis mengundur diri, & terus doakan moga perkahwinan yang dibina penulis dan suami berkekalan hingga ke syurga abadi.    

Hadiah gambar sikit :) 


Majlis akad nikah. 18092015.
 Alhamdulillah sah memegang amanah sebagai suami isteri.

Ahli keluarga memeriahkan majlis.

Majlis raikan cinta di Senangin Resort & Cafe, Pantai Sri Tujuh, Tumpat Kelantan.

Turut bersama sahabat karib merai cinta dua pasangan bahagia.

Majlis di waktu petang.

Majlis malam meraikan cinta di Tampin, Negeri Sembilan.

 
Majlis menyambut menantu 
diserikan dengan kehadiran sahabat muaddibah ohsem.
Jazakumullah khairan kathira...

Bersama keluarga besar.

Bersama keluarga besar Singapore sebelah suami.


Abadi cinta bersama sahabat dunia akhirat, Wira & Hazim.

Sunday, 30 August 2015

Mengejar Cinta Ilahi

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Dengan nama ALLAH, penulisan blog ini dimulakan setelah lama menyepi menghilang diri. Al-Hamdulillah dengan kekuasaanNya, penulis masih mampu membelek & membaca sambil mencoret kenangan di blog ini. Al-Hamdulillah, nikmat Islam & iman menjadi hiasan diri bagi menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba ini. Al-Hamdulillah untuk semua nikmat yang ALLAH anugerahkan kepada penulis & semua pembaca. 

Masih belum terlambat untuk penulis mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 31 Ogos 1957-31 Ogos 2015. Hargai & syukurilah nikmat keamanan yang ALLAH hadiahkan kepada penduduk Malaysia. Dah 58 tahun kita merdeka, dan adakah kita benar-benar merdeka? Apa makna merdeka di hati kita? Adakah hanya sekadar menyambutnya bersama-sama kawan-kawan, jumpa & salam kemerdekaan? Atau bagaimana? Adakah kita faham & mengerti maksud sebenar MERDEKA? Semua jawapan terpulang kepada diri sendiri. Bila tiba 31 Ogos, masing-masing sibuk mengucapkan salam kemerdekaan, termasuk anak kecil yang tidak memahami apa-apa.  Cuba belek diri kita, adakah kita merdeka jika sebagai muslim kita sentisa melupakan ALLAH. 

Merdekakah seorang Muslim, jika dia hanya mementingkan kehidupannya tanpa ada rasa kebertanggungjawaban untuk memikirkan orang lain? Merdekakah seorang muslim andai dia hidup tanpa arah tujuan, hidup bergelumang dosa & tiada usaha untuk taubat nasuha? Merdekakah seorang muslim andai dia lupa mengingati & mengejar cinta ALLAH yang hakiki? Merdekakah seorang muslim, andai kehidupannya dipengaruhi sosial Barat? Tepuk dada tanya iman di hati kita! Mari kita muhasabah diri, mengkoreksi hati, moga memberi ibrah berguna di akhirat nanti.

Membelek buku puisi hasil rekayasa sendiri, tertarik dengan sebuah puisi lukisan kata hati bertajuk 'Mengejar Cinta Ilahi'. Mengingatkan dirinya kepada ALLAH Yang Maha Esa. Jom baca & hayati bersama! Mana tau boleh melembutkan hati yang keras, mendekat pada ALLAH setelah lama menjauh. Mendekat padaNya bertambah dekat. Kerna ALLAH sebaik-baik tempat kita mengadu, memohon pertolongan, meminta perlindungan, mendapat nikmat kasih sayang & segala-galanya. Teringat nasyid zikir yang penulis pernah ajarkan kepada anak-anaknya, "Cintakan bunga bungakan layu, cintakan manusia, manusiakan mati. Cintakan ALLAH kekal abadi.

Burung
Berkicau keriangan
Saat mentari tampak terang
Menjadi makhlukNya
Bersyukur keberadaan di dunia

Ya ALLAH
Pada seluruh makhlukMu
Ada hikmah disebalik penciptaan
Pada seluruh makhlukMu
Ada tersingkap pengajaran
Pada seluruh makhlukMu
Ada tersirat kebesaran Tuhan
Buat insan yang mahu memikirkan

Demi
Mengejar cinta Ilahi
Sanggup ditinggalkan
Bumi yang menghinakan
Sanggup hidup
Bersama cintaMu Tuhan
Meneliti rahmat Ilahi
Pada setiap anugerah pemberianNya
Sanggup menunduk penuh ketaatan
Hanya mengharap cintaMu Tuhan

Dalam lena sang manusia
Dalam leka si pemilik hati
Dalam perjalanan dunia menuju pengakhiran
Dalam bumi semakin tua
Biar diri mengharap cintaNya
Biar terus bergelumang dengan sayangNya
Moga diri tidak hanyut
Dalam pelayaran cinta
Menuju persinggahan akhir

Ya ALLAH
Tunjukkan kami jalan
Jalan benar menelusuri cintaMu
Tunjukkan kami
Keindahan menebar kebaikan 
Moga hidup
Terus dilimpahi nikmatMu
Dibaluti halawatul iman

Al-Hamdulillah, usai sudah kita membaca bait kata ini. Moga memberi manfaat kepada semua walau hanya sekadar senipis kulit bawang. Panjang umur, murah rezeki, masih punya nafas berkesempatan menziarahi blog ini, insyaALLAH dengan izinNya kita berjumpa lagi. 

Siiru 'alaa barakatillah..


Wednesday, 26 August 2015

Penangan Facebook

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Al-Hamdulillah bicara demi Ilahi ini dapat diteruskan walau ranjau berduri, walau tiada kesesuaian waktu menyinggah dalam benak kesibukan meniti kehidupan dunia. Al-Hamdulillah ALLAH masih & sentiasa menyayangi penulis blog ini, buktinya nikmat iman & Islam sentiasa menyuburi hati & dia sentiasa berharap moga peluang & kesempatan ini memungkinkan dia untuk menggapai redha Ilahi dalam setiap gerak langkahnya di bumi ini hinggalah nafas terakhirnya.

Banyak pula cerita yang mahu dikongsikan di sini. Banyak juga cerita yang ketinggalan yang hanya menjadi kenangan peribadi penulis. Baru sahaja usai membaca artikel-atikel di facebook. Melihat & memerhati gelagat manusia melalui medium 'facebook'. Sungguh hati tertarik untuk 'copy paste' salah satu artikel yang di pos oleh Majalah Solusi. Mari kita baca bersama, sentap jiwa raga!

Kembalikan hati mu ke masjid
Kerana di sana ada sujud
Di situ ada kehampiran
Setelah sekian lama meminggirkan

Di sini menunggu kasih yang esa
Penawar kecewa cinta manusia
Bicara hati jadi bersih 
Ketika segala resah tersisih

Rumah Allah ini setia menanti
bertamunya seluruh luka dan derita
Untuk diubati segala sukma yang lara
Walau diri bergelumang sejuta dosa

Kembalikan hatimu ke masjid
Agar lapang segala sempit
Akan terubat jiwa nan sakit 
Agar tidak ada lagi... batin yang menjerit!


Bicara ini sungguh menyentuh hati. Ya masjid tempat yang selalu disinggah saat luka merenjut jiwa, saat hati dipagut keresahan, saat hidup dirasa kekosongan. Ya rumah ALLAH ini penawar duka, pengubat lara. Langkah ke sana memerlukan berjuta pengorbanan, bersemi keimanan. Ya bukan mudah untuk kita terus istiqamah berada di rumah ALLAH. Benar, berada di sini keamanan dirasa membalut hati. Seolah, ALLAH tulus  berbicara mengajak hati terus mendekat padaNya. Andai penulis diberi ruang & peluang, rumah ALLAH ini dijadikan rumah ke duanya dalam pemusafiran. Sungguh jelas nyata ketenangan singgah dalam kehidupannya di saat masjid menjadi teman rapatnya.

Bicara kata Ustaz Pahrol Muhamad Juoi benar menyentuh hati penulis. Betapa ramaikah manusia bernama muslim bila Ramadhan bertandang, semua mahu memenuhi rumah ALLAH, tidak kira pangkat, darjat harta atau rupa. Semua merelakan diri ke rumah ALLAH. Sayang seribu kali sayang, bila Ramadhan pergi, pergi bersama beratus-ratus sof muslim mendirikan solat. Sedih saat kali pertama melangkah ke masjid pada bulan Syawal. Hakikatnya, itulah realiti kehidupan kini. Masjid kembali sepi tampa manusia bernama Muslim, menghilang sama menghilangnya bulan Ramadhan.

Menitis air mata hiba saat membaca bicara kata  Ustaz Pahrol Muhamad Juoi. Siapa lagi jika bukan kita individu Muslim untuk terus memenuhi sof di masjid. Memang benar muslimat sof solatnya di rumah, tetapi adakah kita hanya berdiam saat azan solat memanggil dekat hampir dengan kita untuk mengerjakannya berjemaah di masjid? Allahurabbi...hati kecil penulis begitu sebak! Hatinya terkadang terungkap persoalan kenapa masjid ini sepi? Kenapa tiada manusia yang namanya remaja Muslim untuk turut duduk bersimpuh dan bersila memenuhi sof masjid sama ada untuk solat atau menghadiri majlis ilmu. 

Andai masjid hanya di anggap sebagai tempat persinggahan permusafiran...andai masjid hanya di anggap sebagai tempat Ramadhan semata...andai masjid hanya sebagai hiasan mata dunia...maka amat rugilah kita hamba ALLAH tidak ada daya usaha untuk mendekati rumah ALLAH ini. Marilah kita sama penuhkan sof solat di masjid, jika kesibukan melanda cukup satu dua waktu kita habiskan di sana. Tempat yang dipenuhi keberkatan Yang Maha Esa. 

Setakat ini peringatan buat diri, agar sentiasa menghargai wujudnya rumah ALLAH di sisi. Biarkan cinta masjid sentiasa bertakhta di hati, jangan pula cinta manusia menjadi kejaran diri. Bukankah hadith Nabi Muhammad s.a.w mafhumnya berbunyi terdapat tujuh golongan manusia yang mendapat naugan ALLAH di akhirat kelak antaranya, pemuda yang cintakan masjid? Mari kita kejar bersama cinta Ilahi! Setakat ini dahulu bicara dari hati moga memberi ibrah kepada hati yang sentiasa merindui jalan bertemu Ilahi. Ameen.

Siiru 'alaa barakatillah...

Tuesday, 4 August 2015

Sanah Helwah Ya Ummi ^__^

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Al-Hamdulillah ALLAH masih memberi ruang & peluang ini dalam kemalasannya mencari waktu. Al-Hamdulillah ALLAH membuka hatinya menggarap untaian kata menjadi bicara yang bisa dimengertikan isinya, yang bisa membuat semuanya jelas tiada berbeza. Al-Hamdulillah, blog ni menjadi tempat dia menulis sesuatu...tempat dia menjadi penulis dalam ceritanya sedang ALLAH sebaik-baik Perancang. Syukur di atas nikmat terbesar nikmat iman & Islam yang ALLAH anugerahkan kepadanya.

Hari ini bertepatan dengan 'entri' malam ini, penulis berkesempatan mengimbau kembali kenangan berpraktikal di Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat Selangor. Masa senggangnya banyak dipenuhi dengan menulis puisi. Masih ada padanya sebuah buku latihan tercatat indah bait kata luahan rasa penulis sepanjang keberadaannya di Kuala Langat. Terbaca puisi kata yang direkayasa pada tahun lepas bertajuk, "Kasih Bonda". Jom baca sama-sama!

Angin
Bertiup lembut
Selesa lagi menyenangkan pencintanya
Selembut kasih bonda
Membelai tanpa diminta
Mengulit sayang bersalut rindu
Buat permata hati bonda

Ombak
Bergelora setiap masa
Setianya pada si pantai
Hingga di hujung penciptaannya
Ibarat setia kasih
Bonda buat anaknya
Biar gelora badai melanda
Biar sakit ditelan bonda
Setianya masih kekal bersama

Pantai
Indah terbentang
Seluas lautan mengujakan
Mengurnia sejuta ketenangan
Mensyukuri selaut rahmat Tuhan
Memerhatimu tiada pernah jemu
Seolah menatap wajah tenang
Bonda tersayang di sisiku


Angin, ombak, pantai
Ciptaan terindah
Buat manusia berfikir
Mentafsir kejadian alam
Mengait dengan Tuhan

Angin, ombak, pantai
Kesatuan sinergi
Membentuk keindahan
Mencipta ketenangan
Membalas kasih sayang

Kasih bonda
Terungkai di sebalik
Angin, ombak, pantai
Kasih bonda
Pantas membelai
Menenang serta menghidup
Usaha si anak mengenal dunia
Bertatih di penjuru kejora
Berusaha memahat
Kasih bonda kekal terpahat di qalbu

Tanggal 5 Ogos 1961, lahirnya seorang puteri diberi nama Mek Nab bt Ibrahim. Puteri bongsu dalam keluarga ini membesar sebagaimana kanak-kanak lain. Hidup di kampung yang serba sederhana mematangkan kanak-kanak ini. Dia hanya hamba ALLAH yang biasa tetapi punya luar biasa yang indah di mata anak-anaknya. Jika ayah superhero, dialah heroin kami.

Akhirnya dia mendirikan rumahtangga tanggal 24 Februari 1990. Puteri bongsu dalam keluarga akhirnya punya keluarga sendiri. Tahun tersebut juga dia dikurniakan seorang puteri sulung tanggal 30 November 1990. Dialah mama penulis. Insan hebat yang banyak mencorak kehidupan penulis. Marahnya, rajuknya, sayangnya, bicaranya, nasihatnya semua terangkum dalam satu kata, "Mama, sangat hebat. Al-Hamdulillah ALLAH anugerahkanku seorang ibu yang sangat penyayang. Bukan hanya penyayang, tetapi bijak dalam semua perkara."

Kemahiran memasak & menjahit menjadikan dia heroin kami yang sangat sempurna. Bijak mengendali kami lima beradik yang punya bermacam macam karenah. Bijak menukar suasana suram menjadi ceria. Mendidik kami bersama didikan ayah cukup memberi kesan mendalam kepada penulis. Al-Hamdulillah terima kasih Ya ALLAH kerana telah mengurniakanku seorang ibu yang sangat baik. Bertanggungjawab terhadap anak-anaknya.Tiada kata mampu penulis ungkapkan tentang betapa baiknya mama tersayangnya ini. Satu-satunya ibu yang menyembuh dukanya, mengelap lukanya, memeluk saat dia kesunyian sendirian, mencurah kasih dan kata nasihat saat dia dahaga kasih seorang ibu. 

Mama ucapan tulus dari qalbu puteri sulungmu, "Selamat hari lahir mama. Moga kebahahagiaan dunia akhirat sentiasa menghiasi kehidupan mama. Semoga ALLAH memakbulkan segala impian & permintaan mama. Semoga rahmat kasih sayang ALLAH sentiasa memayungi kehidupan mam. Kak yong sayang mama kerana ALLAH. Mama is the best mum that i have."

My mum and Chik

My mum & Mimi

My mum & my dad







Friday, 31 July 2015

Satu Hari Sebuah Buku

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Al-Hamdulillah dengan izinNya & kasih sayangNya yang sentiasa melimpahi diri ini, telah memberi ruang & kesempatan kepada penulis blog untuk meneruskan penulisannya. Tiada bicara terungkap semasa bulan Ramadhan & Syawal 1436H ini. Ramadhan berlalu pergi terlalu cepat Ramadhan meninggalkan kita. Setiap detik diri ini mengakui betapa dia merindui untuk bertemu Ramadhan lagi. Al-Hamdulillah nikmat iman & Islam nikmat terindah anugerah ALLAH yang tiada tolok bandingnya. Dengan dua nikmat terbesar ini dia hidup di bawah payungan kasih sayang ALLAH. Tanpa Iman & Islam sudah tentu hidupnya tiada panduan hilang arah ibarat layang-layang terputus talinya.

Al-Hamdulillah ucapan syukur sentiasa menghiasi blog ini kerana merasa betapa kasih & sayangNya ALLAH terhadap diri biar terkadang dia teruji dengan kehidupan yang penuh pancaroba. Semuanya kembali pada ALLAH, insyaALLAH ketenangan menyapamu. Kembali entri “Satu Hari Sebuah Buku”. Hari ini penulis nak bercerita tentang sebuah buku yang sempat dihabiskannya di kampung semasa cuti seminggu sempena hari raya Aidilfitri baru-baru ini. Buku ini berbentuk novel tarbiah. Lama tak bedah buku novel, jadi jom kita baca apa isi buku novel ini, & apa yang seronoknya tentang novel ni?

TAJUK BUKU: Saya Tunggu Awak (berhalaman: 633)

PENULIS: Bonda Nor @ nama sebenarnya Norli binti Madlan

TERBITAN: Galeri Ilmu Sdn. Bhd



“Dalam hidup ini tidak ada istilah kebetulan. Setiap perkara yang berlaku akan menjadi asbab kepada perkara lain pula.”

Memetik isi buku ini pada perenggan akhir halaman 632:
“Ya, sesungguhnya nikmat iman & ukhuwwah itu terlalu tinggi nilainya. Dalam hati, Rafiq tidak putus-putus memanjatkan doa untuk mereka. ‘Sahabat-sahabatku Hanna & Farhan, tunggu kami di sana. InsyaALLAH kita akan berkumupul semula di syurga,’ Rafiq bermonolog sendiri sambil mengukir senyum bahagia.”

Firman ALLAH S.W.T dalam surah Al-Hadid ayat 22 & 23 yang bermaksud:
22. tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) Yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga Yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di Dalam Kitab (pengetahuan kami) sebelum Kami menjadikannya; Sesungguhnya mengadakan Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
23. (kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa Yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) Dengan apa Yang diberikan kepada kamu. dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

Bicara cinta ALLAH ini jelas memberitahu kita betapa pentingnya untuk kita meletakkan ALLAH dalam setiap perkara yang kita hadapi. Penulis sungguh mengalirkan air mata saat membaca bicara cinta ALLAH dalam kalamullah ini. ALLAH Maha Penyayang cuma kita yang terkadang tidak melihat disebalik ujian itu ada tanda ALLAH begitu menyayangi kita. Terusik hati bila diberita segala kesusahan yang dihadapi itu adalah atas pengetahuan ALLAH & kita sebagai hambaNya perlu redha & syukur. Ini baru muslim unggul.

Isi yang turut menarik penulis blog untuk berkongsi tentang buku ini ialah perkongsian resepi kek coklat pada halaman 145 buku ‘Saya Tunggu Awak’. Perbualan menarik antara Hanna Mardhiah & Rafiq Aqlan berkongsi resepi. Menarik!
1) Mula-mula kisar 4 biji telur hingga berbuih-buih.
2) Tambahkan susu pekat 1 cawan, susu cair 1 cawan, gula 1 cawan, minyak 1 cawan, & ovalet 1 sudu & kisar hingga sebati semuanya.
3) Ayak tepung penaik sendiri & serbuk koko 1 cawan.
4) Campurkan dengan adunan yang dikisar tadi.
5) Kukus dalam satu jam & siap dihidang.

Program Tafaqquh kitab Bidayatul Hidayah oleh Al-Fadhil Sheikh Shirazi al-Banjari dalam seminar yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar Ustazah Hanna Mardhiah membawa pembaca mengetahui serba sedikit isi kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam Al-Ghazali. Memetik bicara kata Sheikh Shirazi pada halaman 207:

“Imam Al-Ghazali pernah berpesan jadilah orang yang berilmu. Rugi jadi orang yang jahil. Namun, jangan jadi orang berilmu sahaja. Mestilah beramal juga. Jangan sekadar beramal. Tetapi mestilah ikhlas pula. Dalam surah Al-Kahfi, ALLAH telah memperingatkan kita bahawa ada golongan manusia yang terpedaya dengan ilmu & amalannya. Mereka mensia-siakan perbuatan mereka, sedangkan mereka fikir mereka telah berbuat baik. Jadi, janganlah kita rasa apabila berdakwah, kita sudah cukup bagus. Janganlah kita rasa sebagai guru, kita lebih mulia daripada orang lain. Sentiasa awas dengan tipu daya syaitan. Sentiasa berhati-hati dengan hati, itulah taqwa kepada ALLAH,” pesanan Sheikh Shirazi kepada Hanna Mardhiah.

Pertama kali penulis blog mengenali buku ini melalui sahabat yang baru ditemuinya lewat ziarah mahabbah ke Kedah memenuhi undangan majlis perkahwinan sahabat dunia akhiratnya, Puan Siti Zawiroh bt Daud. Dia, Hajar sepupu Wira. Sekalung penghargaan & terima kasih buat Hajar yang telah memperkenalkan novel ini kepada penulis. Mulanya, puas penulis blog mencari buku ini dimerata kedai buku, tak jumpa. Terakhir usaha mencari buku ini di Kuala Lumpur kedai buku yang berdekatan dengan Sogo. Dah jumpa apa lagi terus beli. Al-Hamdulillah berkesempatan memiliki & menambah koleksi buku. Asyik membaca buku novel yang penuh pengisian rohani & cara berhikmah menghadapi kehidupan berumahtangga. Sunnguh novel ini terhias indah di akhir setiap bab dengan ayat-ayat Al-Quran & hadith Rasulullah s.a.w.

Ya, majlis perkahwinan itu sangat dinantikan oleh teruna & dara menamatkan zaman bujang masing-masing. Manis, meriah, & pastinya terpahat kemas di hati. Namun, sebuah perkahwinan bukan terhenti setakat kemeriahan sebuah majlis walimatul urus semata, bukan juga manis yang mahu ditelan. Pahit, masam, perit, pedih, tawar semua ada. Dulu seorang, kini berdua. Dulu sebuah keluarga je, sekarang dah berganda-ganda bilangan keluarganya. Dulu penat sorang-sorang, makan sorang-sorang, solat pun sorang-sorang, sedih sorang-sorang, hati pun nak dijaganya hanya dirinya sorang. Sekarang semuanya berbeza 360%. Semuanya berkongsi & berdua. Berkahwin bukan bermakna  mengahwinainya sorang, tetapi berkahwin juga dengan ahli keluarganya.

Banyak juga hati yang perlu dijaga. Al-Hamdulillah, ALLAH telah memberi peluang kepada penulis blog untuk menghabiskan pembacaan novel ini. Novel ke-3 yang menjadi koleksi buku novel penulis selepas membaca novel hasil karya, Cahyadi Takariawan & Habiburrahman El-Shirazi. Pengajian ilmu agama yang padat dalam lingkungan bab 1-82 bersamanya ada prolog & epilog sungguh menarik penulis meneruskan pembacaannya. Setiap akhir bab diselitkan maksud ayat al-Quran & hadith-hadith yang berkaitan dengan kisah yang dimainkan. Tidak rugi penulis memiliki buku ini.

Buku ini sarat dengan nasihat berguna untuk pasangan suami isteri melayari bahtera keluarga. Bagaimana tarbiyatul aulad yang diterap oleh Hanna Mardhiah watak utama novel ini terhadap dua orang putera & puterinya sehingga melahirkan generasi yang subhanallah hebat peribadinya. Islam anak-anaknya bukan hanya pada nama & kad pengenalan semata tetapi pada peribadi & akhlaknya jua, akidah terjaga, syariah dipatuhi, membuah akhlak yang terpelihara. Bagaimana pula kisah Hanna Mardhiah menyantuni suaminya, Farhan yang hanya bekerja sendiri & punya titik hitam sebagai penagih dadah sedangkan dirinya seorang kaunselor universiti? Bagaimana Hanna Mardhiah berdepan dengan mehnah ujian kehadiran pelajarnya, Rafiq Aqlan yang mencintainya sedangkan dia sudah punya suami? Cerita ini digarap indah oleh penulis, Bonda Nor menambah jatuh cinta penulis blog kepada penulisannya. Buku pertama beliau, “Pujuklah Hati” turut berjaya memikat hati penulis blog untuk hanyut leka dengan mainan bicara indah susun atur kata yang mengisi jiwa yang tengah kosong.

Ha, ini baru betul novel Islami yang penuh dengan kata nasihat & sepanjang pembacaan buku ini banyak mendorong pembaca mengingati ALLAH. Semuanya kembali pada ALLAH. Apa yang berlaku, apa yang terjadi, apa yang tertulis sudah takdir ALLAH. Siapa kata baca novel hanya menambah cinta kita pada dunia, hanyut dengan cinta yang entah ke mana, baca novel hanya buat kita hidup ditakuk lama berimaginasi tanpa ada rasa memenihi impian?? Kehadiran novel ini membuktikan semuanya tidak benar. Baca novel ini menambah pengisian hati, membuka ruang untuk kita lebih berfikir dengan iman.

Memetik kata-kata Ustzh Isfadiah Mohd Dasuki, pensyarah UIAM, personaliti TV pada kulit belakang novel tarbiah ini:
“Subhanallah. Karya ini berjaya mengajar kita tentang hakikat bahawa setiap cabaran dalam rumah tangga pasti ada penyelesaiannya, setiap percintaan pasti ada ujiannya & setiap perbuatan kita di sisi ALLAH pasti ada catatan & ganjarannya. Semua permasalahan berjaya disarungkan penyelesaian yang sangat tepat, Islamik & penuh manfaat. MasyaALLAH sangat berkesan di hati saya. Satu novel tarbiah yang cukup mentarbiah. Tahniah Bonda Nor.”

Sungguh, buku ini mengajar penulis mengenali dunia sebenar sebuah bahtera yang dikemudi oleh suami & isteri dalam melayari bahtera kehidupan berkeluarga. Semoga selepas ini lahir lagi banyak novel-novel tarbiah seperti ini & memenuhi pasaran Malaysia, agar tiada lagi buku novel yang ditulis hanya mahu meracuni pemikiran anak muda Malaysia semata. Paling penulis ingat klimaks buku ini adalah detik kematian mengejut Farhan yang sangat tragik ditikam kejam oleh perompak rumahnya. Paling menyayat hati, bila mana detik kematian mengejut juga Hanna Mardhiah dalam kemalangan jalan raya yang mana anak sulungnya, Hazim menyaksikan sendiri pemergian bonda tercinta.

Semua yang berlaku adalah kembali pada ALLAH. Kita merancang & ALLAH sebaik-baik Perancang. Novel ini sangat sesuai dibaca oleh mereka yang rindukan tarbiah Islam, yang bakal melayari bahtera rumah tangga & yang telah berumah tangga. Pastikan sahabat-sahabat membaca buku  bovel ini sekiranya kalian pencinta novel & jika tidak setidak-tidaknya novel ini memberi sisi pandang positif tentang olahan penulisan novel Malaysia. Nak tahu bagaimana setiap watak memainkan peranannya sehingga menjadikan buku novel ini sangat menarik untuk dibaca? Bolehlah kalian membaca buku ini & menghabiskan pembacaan. Tak adil jika penulis blog menulis semua isi buku ini di sini. Penulis blog ini cuba membawa dirinya & pembaca untuk meneruskan usaha murni meneruskan amalan membaca & membaca.

Panjang penulis blog berceloteh hari ini. Mungkin kerana isi buku ‘Saya Tunggu Awak’ ini terlalu menarik untuk dibaca oleh semua terpanggil penulis berkongsi dengan kalian, hamba ALLAH yang sentiasa dilimpahi kasih sayangNya, Ameen. Moga memberi manfaat pada semua terutamanya pada diri yang menukilkan kata-kata ini. Lama benar dia meyepi, hingga Ramadhan berlalu pergi, Syawal menjelma kini namun tiada khabar dari empunya diri, diamnya bukan bermakna sepi, diamnya penuh rahmat Ilahi, menikmati dengan rasa mensyukuri. Jumpa lagi di kesempatan lain insyaALLAH dengan iznNya!


Siiru ‘alaa barakatillah. Salam Syawal & selamat hari Raya Aidilfitri 1436H.


Mengimbau koleksi kad kawen sahabat dunia akhirat penulis. Moga kalian bahagia hingga ke syurga abadi.


Thursday, 30 July 2015

Bicara Dari Hati

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Al-Hamdulillah...ucapan syukur meniti laju saat dapat menjenguk kembali blog ini. Lama benar dia menyepi. Al-Hamdulillah nikmat iman & Islam sentiasa memayungi & memandu hatinya untuk terus berada di jalan Ilahi. Moga ALLAH terus memberinya peluang bernafas & meninggalkan dunia ini dengan atur kata tiada Tuhan selain ALLAH...Lailahaillallah Muhammadurrasulullah... Ya ALLAH terima kasih & Al-Hamdulillah bicara dari hati ini terus merungkai jiwa yang terkadang bisu dengan kata-kata. Hanya bisa memerhati & memperdalami makna diri. Anugerah terindah Engkau hadiahkan kepada diriku yang serba kekurangan ini. Anugerah cinta ALLAH yang mampu membuatkan segalanya indah.

Bicara dari hati
Penuh memberi pada yang dahaga
Penuh kasih sayang pada yang Esa
Bicara dari hati
Memungkinkan segalanya indah
Memberi makna pada yang resah
Memberi bahagia pada yang derita
Bicara dari hati
Hanya mahu membawa diri
Jauh di lubuk hati
Mencintai terus mencintai
Jalan perjuangan ini
Jalan Islam yang menyelamatkan
Jalan Islam yang menenangkan
Jalan Islam mendekat pada Tuhan
Jalan perjuangan yang berliku ranjau
Jalan Islam yang bukan indahnya di dunia semata
Jua indah di akhirat sana
Biar pada mata kasar jalan ini tersusun mehnah derita
Bakal ditelan walau pahit menerima
Bukan dunia mahu dikejar
Hari bertemu Tuhan itu lebih terpahat
Hari akhirat lebih diingat
Bicara dari hati
Mengajak diri bermuhasabah
Mengajak diri berteleku seketika
Harus bagaimana aku menyantuni dunia?
Harus bagaimana mahu hidup bahagia
Bahagia dunia jua akhirat sana
Adakah hidupku cuma untuk diri semata
Atau ada bahagian insan lain 
Perlu kamu menyumbang
Perlu kamu tanggung
Andai dirimu ke syurga
Bukan keseorangan
Malah memimpin jutaan tangan
Mengkhabar bahagia bergelar Islam
Mengkhabar selamat hidup berimamkan al-Quran 
Mengkhabar berita gembira Islam kan menang
Bicara dari Hati
Tiada kata mampu diungkap
Tiada rasa mampu menafsir
Tiada bahasa bisa mengganti
Cukup ALLAH sebagai Pelindung, Penjaga, Pemelihara diri ini.

Bicara dari hati berlabuh di sini. Salam Jumaat Kareem buat semua insan yang sudi memaksa mata menatap blog ini. Bawalah diri untuk sentiasa mengingati ALLAH kerana ALLAH menciptakan kita & ALLAH Maha Penyayang terhadap kita. Usah kita sibuk mencari pada siapa mahu dilabuhkan cinta, usah kita sibuk mencari siapa yang mahu mencintai kita, kerana ALLAH sentiasa mencintai kita & sepatutnya kita juga mencintaiNya sepenuh hati kita. Bicara dari hati cuma mahu membawa pesan pada diri, di mana kita berada, di mana kita bertapak di mana kita berpijak ingatlah ALLAH selamanya di hati kita. Bawa ALLAH ke mana kita melangkah, agar langkahmu tidak mudah rebah...agar rentakmu tidak mudah goyah...agar cintamu tidak mudah terpesong jatuh ke lembah kehinaan & mendapat murkaNya...agar tingkahmu sentiasa terarah pada ALLAH Yang Maha Mencipta.

Moga memberi ibrah & manfaat buat semua yang dahagakan cinta ALLAH...

Siiru 'alaa barakatillah...

Moga sentiasa berada di bawah kasih sayang & berkat ALLAH. Ameen