Tuesday 23 February 2016

26 Tahun Menyulam Cinta Bersama

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Al-Hamdulillah, berkat kasih sayang ALLAH, penulis masih mampu menyusun kata di blog ini. Blog yang merakam kenangan indah penulis dalam dunia penulisan blog. Al-Hamdulillah, kali ini penulis kembali dengan cerita baru yang terkait dengan kehidupan penulis sebagai anak, dan isteri. Ya penulis telah memegang amanah baru sebagai seorang isteri. Mohon doa dari semua agar baitul muslim yang dibina oleh penulis dan suami berkekalan hingga ke syurga abadi. Kerna cinta yang didasari cinta ALLAH biasanya berkekalan hingga ke akhir kehidupan. Ya cinta kerana ALLAH menjadikan kehidupan kita lebih indah. Semuanya kerana ALLAH.

Apa cerita kali ini? 26 tahun menyulam cinta bersama? Siapa? Tanggal 24 Februari 1990 satu pasangan suami isteri bernama Mek Nab binti Ibrahim & Yaakob bin Seman disatukan seusai akad nikah. Di hari bahagia majlis mereka berlangsung sederhana tetapi cukup meriah. Esok, tanggal 24 Februari 2016 genap sudah usia perkahwinan mereka 26 tahun sama umur tahun dengan kelahiran puteri sulung mereka. Siapa sangka perkahwinan ini menjangkau 26 tahun. Hidup bersama selama 26 tahun daripada berdua bertambah dengan kehadiran lima orang anak. Dua puteri tiga putera. Puteri sulungnya berumur 26 tahun tahun 2016 ini dah telah selamat mendirikan rumah tangga hampir enam bulan.

Siapakah mereka di hati penulis? Ya merekalah ayahanda dan bonda tercinta. Selamat ulang tahun perkahwinan kali ke-26 ma, ayah. Moga perkahwinan ma dan ayah sentiasa disirami sakinah, mawaddah wa rahmah kekal bersama hingga ke jannah. Al-Hamdulillah terima kasih Ya ALLAH di atas anugerahMu yang Maha Besar. Penulis dikurniakan ibu ayah yang penyayang & bertanggungjawab. Ma & ayah membesarkan penulis adik beradik dengan penuh pengorbanan & kesabaran yang tinggi. Daripada kami kecil hinggalah yang sulung sudah berumahtangga. Ma & ayah contoh suami isteri terbaik yang penulis saksikan. & setiap masa penulis dambakan seorang suami yang punya sifat penyayangnya seperti ayah. Walau ayah garang & tegas sehingga kami sering dimarahi bila buat salah, tapi marah ayah tanda sayang. Terima kasih ma & ayah. Sayang ma & ayah kerana ALLAH.

Satu-satunya ayah terbaik yang ALLAH anugerahkan pada penulis dan adik-beradiknya. Tetap sabar mengajarkan Al-Quran pada kami, tetap teguh memberi nafkah pada kami hingga sanggup melakukan banyak kerja demi sesuap nasi untuk anak-anaknya. Daripada rumah kayu yang kami duduki hinggalah ma & ayah usahakan sebuah rumah selesa buat kami berteduh. Di situlah tercurah kasih sayang buat kami lima beradik. Jika diberi peluang ingin sahaja penulis senaraikan jasa pengorbanan ayah & ma sudah pasti tidak terkira daripada kami bayi hinggalah kami dewasa. You are the best one my dear dad.

Satu-satunya ibu terbaik yang ALLAH anugerahkan kepada penulis dan adik-adiknya. Tetap sabar mendidik kami, tetap setia mengasuh kami walau sibuk dengan kerja, tetap tenang melayan karenah kami, tetap bisa memasak & menyediakan makanan yang bagus-bagus buat kami. Ma adalah chef terhebat di dunia. Masakannya tiada tandingan. Jika ada yang bertanya pada penulis, apa makanan kegemarannya? Dia pantas menjawab, semua masakan ibu tercinta. Tetap kuat menjahit baju-baju pakaian untuk anak-anaknya. Ma serba boleh dari A hingga Z. You are the best one my dear mum.

Esok ulang tahun perkahwinan ma & ayah. Sayang penulis tiada di sisi mereka, ya komitmen penulis kini tertumpu pada suami. Kedudukan isteri adalah di sisi suami. Di mana suaminya berada di situlah ada isterinya. Ucapan yang digarap dalam blog ini sekurang-kurangnya mengubat rindu penulis pada ma & ayahnya. Ya penulis sangat merindui ibu & ayah kandungnya. Rindu dari sekecil-kecil perkara hinggalah ke sebesar-besar perkara. ma & ayah dah 26 tahun menyulam cinta sedang penulis baru bertatih dalam dunia baitul muslim. Baru mengenal kehidupan berumahtangga, baru menyulam rasa cinta, semuanya baru bermula & ma & ayah antara bahtera rumah tangga yang menjadi contoh buat penulis & suami selain contoh terbaik sepanjang zaman adalah bahtera keluarga Nabi Muhammad s.a.w.

Ucapan ini mengiring bersama hadiah Al-Fatihah buat ma & ayah pengubat rindu terhadap ayahanda & bonda. Ma, ayah kak yong rindu kerana ALLAH pada ma & ayah. Ma & ayah selamat ulang tahun perkahwinan kali ke-26 moga ma & ayah bahagia hingga ke syurga. Doakan puteri sulung ma & ayah ini dapat mengharungi bahtera rumah tangga bersama suami tercinta. Doakan kami kuat, doakan kami bisa mencontohi rumah tangga Nabi Muhammad s.a.w. & meneladani rumah tangga ma & ayah. Terus doakan kami usah putus kerana doa ma & ayah sangat berharga buat puteri sulungmu ini. 

Ma & ayah dalam majlis menyambut menantu di Tampin, Negeri Sembilan

 
26 Tahun menyulam cinta bersama

Di majlis akad nikah puteri sulung ma & ayah

Ma & ayah semasa majlis puteri sulung mereka.

Bahagia bersama hingga ke jannah abadi...Ameen



No comments:

Post a Comment