Thursday 21 January 2016

Tiga Bulan Tiga Puluh Empat Hari 18092015



Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Al-Hamdulillah thumma al-hamdulillah...setinggi-tinggi kesyukuran penulis panjatkan kepada ALLAH Yang Maha Kuasa kerna dengan rahmat & kasih sayang penulis dapat mencoret bicara katanya setelah terlalu lama blog ini ‘cuti’. Subhanallah...wa alhamdulillah... wa lailahaillallah.. wa Allahuakbar. Al-Hamdulillah dengan kuasa ALLAH, penulis kembali ke medan yang sangat dicintainya, medan penulisan. Lama benar dia merindui semangat menulis blog, termenung panjang di hadapan ‘notebook’ kesayangannya, menatap screen notebook leka menaip ilhamnya.

Ke mana penulis menghilang begitu lama? Ataukah penulis merajuk pantas berhenti menulis? Ataukah penulis telah kematian idea? Mungkin juga penulis sudah putus asa dan tidak mahu berkongsi cerita lagi dalam blognya? Apakah alasan yang penulis akan reka kali ini setelah lama menyepi diri? Persoalan yang mungkin timbul dalam kalangan manusia yang singgah di blog ini, bisik hati penulis saat dia membuka blog kesayangannya.

Apa yang penting malam ini ada perkongsian menarik & bahagia untuk diceritakan kepada sahabat yang setia menatap blog ini. Perkongsian hari ini tentang tiga bulan tiga puluh empat hari. Penulis menghitung apa tu? Genap 3 bulan 34 hari penulis memegang amanah sebagai isteri, menantu & adik ipar. Al-Hamdulillah...dengan kuasa ALLAH, penulis menamatkan zaman bujangnya bertarikh 18 September 2015 dengan sekali lafaz akad nikah sahlah dia bergelar isteri. Tanggal 18.9.2015 mencatat sejarah manis dalam hidup penulis. Usia 25 tahun ALLAH kurniakannya seorang suami yang penyayang & bertanggungjawab. Yang penting agamanya terjaga J J J J J

Oooo...thats why youre blog keep silent! You are already married & automatic change your status to married women. Al-Hamdulillah majlis perkahwinan penulis dan suaminya berjalan lancar & meriah. ALLAH telah permudahkan segalanya. Al-Hamdulillah...kita merancang tetapi ALLAH yang menyempurnakan perancangan kita kerna ALLAH sebaik-baik perancang. Sederhana tapi penuh kemeriahan & keberkatan.

Dah tukar status, tanggungjawab pun bertambah, tapi sebagai isteri kita tak digalakkan merungut...sebab itu jalan yang ALLAH kurniakan kepada kita & sebaik-baik anugerah ALLAH. Terimalah pasangan hidup kita sama ada suami atau isteri dengan hati terbuka, berlapang dada & saling memahami sebab manusia lahir bukan untuk menyempurnakan tetapi lahir untuk saling melengkapi antara satu sama lain.

Best tak kahwin? Soalan cepu emas yang sering dilontarkan kepada penulis saat berdepan dengan sahabat-sahabat & saudara-maranya. Jawapannya, “Al-Hamdulillah, best sangat.” Apa yang best? Banyak yang best dalam perkahwinan ni. Yalah masa sebelum kahwin kita tidak saling mengenali, sekarang dah kahwin saling mengenali. Masa bujang semua sendiri, susah, senang, suka, duka, bahagia, menangis semua sendiri tanpa teman pasangan hidup di sisi, tapi indahnya bila dah kahwin, ALLAH kurniakan dua hati yang terpisah akhirnya menyatu dengan akad nikah. Indahkan Islam J J J semuanya berkongsi, dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara dikongsi antara suami isteri, biarpun berbeza perangai & tindakan.

Perbezaan bukan titik tolak untuk kita mencari kesalahan & titik pergaduhan, tetapi di sebalik perbezaan antara suami isteri bisa carilah titik persamaan yang bisa menyatukan hati menuju keredhaan ALLAH. Al-Hamdulillah...akhirnya penulis mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang kini bergelar suaminya. Doa & permintaanya, permohonan & rayuannya pada ALLAH dikabulkan segera. Apa yang diminta itulah yang ALLAH berikan pada penulis. Alhamdulillah.  

Buat sahabat-sahabat yang belum mendirikan rumah tangga @ atau masih terceri-cari di mana dia imamku, di mana dia imamahku...usah risau duhai teman, ALLAH dah tentukan yang terbaik untuk kita, tinggal lagi kita berusaha MENJADI YANG SOLEH ATAU YANG SOLEHAH. Agar rumah tangga kita bahagia hingga ke syurga. Penulis doakan moga kalian semua suatu hari nanti dengan kuasa ALLAH juga bisa bertemu dengan pasangan masing-masing. Usah lupa panjangkanlah doamu pada Tuhan Pencipta kita kerna doa itu senjata mukmin. Doa dan terus berdoa moga kita dikurniakan jodoh yang baik yang bakal memimpin kita hingga ke syurga. Andai kita jatuh suami @ isteri kita bisa membahu, andai kita menangis kesedihan suami @ isteri kita bisa menyapu bersih air mata kita, andai kita dihenyak dengan ujian suami atau isteri kita bisa ada di samping kita menemani saat susah senang bersama.



Setakat ini dahulu perkongsian penulis untuk hari ini, nanti insyaALLAH kita sambung lagi dengan izin Ilahi. Izinkan penulis mengundur diri, & terus doakan moga perkahwinan yang dibina penulis dan suami berkekalan hingga ke syurga abadi.    

Hadiah gambar sikit :) 


Majlis akad nikah. 18092015.
 Alhamdulillah sah memegang amanah sebagai suami isteri.

Ahli keluarga memeriahkan majlis.

Majlis raikan cinta di Senangin Resort & Cafe, Pantai Sri Tujuh, Tumpat Kelantan.

Turut bersama sahabat karib merai cinta dua pasangan bahagia.

Majlis di waktu petang.

Majlis malam meraikan cinta di Tampin, Negeri Sembilan.

 
Majlis menyambut menantu 
diserikan dengan kehadiran sahabat muaddibah ohsem.
Jazakumullah khairan kathira...

Bersama keluarga besar.

Bersama keluarga besar Singapore sebelah suami.


Abadi cinta bersama sahabat dunia akhirat, Wira & Hazim.

No comments:

Post a Comment