Saturday 20 June 2015

3 Ramadhan 1436H Memori Cinta Sahabat 1

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...


Alhamdulillah...dengan izinNya penulis  & sahabat-sahabat semua masih diberi ruang & pelang untuk merasai keberkatan Ramadhan Kareem. Al-Hamdulillah ucapan syukur ini hendaklah sentiasa meniti laju di bibir & hati kerana dengan kuasa ALLAH kita masih lagi merasai nikmat terbesar dalam hidup iaitu nikmat Iman & Islam. 


Berkulat blog ini, bisu dengan kata-kata. Idea, ilham & cerita tersusun nak diluah dalam blog ini, cuma diketika ini penulis punya kesempatan untuk membelek blog yang banyak memberi kenangan & pengajaran padanya. Jika tiada kesempatan menulis, membacanya sudah cukup menjentik hatinya. Alangkah rugi andai blog ini ditinggal sepi.


Kali ini penulis membawa cerita tentang dua org sahabat yang telah bertukar status bujang kepada sudah berkahwin. Sahabat dunia akhirat yang penulis sangat sayang kerana ALLAH. Tiada kata sayang yang mampu diucap oleh penulis buat 2 orang insan hebat ini.


Nor Amira bt Ibrahim, sahabat sejak sekolah rendah menginjak hingga alam kerjaya. Dah 14 tahun kami mengayam persahabatan. Dia sahabat yang sangat istimewa & pernikahannya tentulah istimewa, tiada hadiah yang mampu penulis beri untuk sahabatnya, cuma video tribute cinta sahabat diabadikan dalam blog ini. Mengabadikan kisah cinta dua sejoli, Nor Amira bt Ibarahim, dengan pasangan Ibadurrahman pada tanggal 060615 usai sudah akad nikah tepat jam 10:30am. Al-Hamdulillah...cuma penulis tiada di samping sahabat karibnya ini. Maaf yer angah! Menyaksikan sahabat di akad nikahkan adalah satu kenangan indah yang takkan penulis lupa. Di sana berbalut bermacam jenis perasaan, sedih, gembira, bahagia, menangis sebak semua ada terangkum saat sah sahabat kita bergelar sebagai isteri.


Menanti kisah detik pernikahan sahabat-sahabat seterusnya yang bakal penulis abadikan dalam blog ini sebagai tanda penghargaan pada sahabat yang sudi menghulur tangan ukhuwwah pada penulis yang serba kekurangan ini.




Tribute cinta Amira Ibad adalah satu kisah pertama penulis, nanti kejap lagi penulis sambung kisah ke-2 tribute cinta lain. Angah, anje sayang angah kerana ALLAH. Moga Baitul Muslim yang kalian bina berkekalan hingga ke syurga & dihiasi cinta kasih sayang sakinah, mawaddah & rahmah. Pesanan ikhlas buat sahabat lamaku, alhamdulillah, angah dah jadi isteri orang, anje dah tak risau. Cuma angah risau masihkah ada sekelumit cinta angah buat kita meniti hari berbaki bersama-sama sebagai sahabat sampai syurga? Mari kita sama-sama jaga persahabatan ini. Bahagia anje dalam tangisan yang menentukan bagaimana corak persahabatan kita nanti, andai pernikahan angah lagi penting dari segalanya. Corakkanlah pernikah kalian dengan bahtera perjuangan Islam, insyaALLAH walau di sana nanti ada tribulasi, mehnahnya mampu kalian hadapi. Usah lupa untuk terus berdoa moga bahtera pernikahan kalian sentiasa di bawah rahmah & kasih sayang ALLAH. Ameen InsyaALLAH...

Siiru 'alaa barakatillah...

No comments:

Post a Comment