Saturday 18 October 2014

Kenangan di Universiti

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Al-Hamdulillah...ucapan syukur meniti laju di bibir saat dapat mmelakar kata-kata dalam blog ini. Ya peluang untuk terus memperbaiki diri sendiri dan mengajak manusia kepada kebenaran Islam. Al-Hamdulillah anugerah terindah dalam kehidupan penulis anugerah iman & Islam terus menanam rasa cinta penulis pada ALLAH Yang Maha Esa. Walau apa pun yang dilakukannya dia harus ingat bahawa ALLAH adalah matlamat akhirnya.

Sekalung penghargaan & terima kasih kepada semua sahabat yang sudi menziarahi blog yang serba kekurangan ini. Niat di hati hanya mahu berkongsi, jika ada kurang & salahnya mohon tegurlah penulis di samping memberi cadangan yang lebih membina untuk keberlangsungan Islam. Penulis masih ingat pada kata-kata seorang ustaz, “Kita ini adalah produk Islam, kita memberi sudut pandang positif atau negatif manusia pada Islam. Bila kita bawa Islam kita mesti memikulnya dengan penuh amanah & tanggungjawab, jangan sampai kerana kita Islam difitnah. Na’uzubillah...”

Ya kerana Islam penulis berdiri di medan ini, bukan mahu menjual nama Islam tetapi mahu manusia memandang Islam itu indah & penuh kesempurnaan. Setiap apa yang ALLAH gariskan halal & haram, baik & buruk, semua punya hikmah tersendiri. Ada sebab ALLAH melarang kita melakukan kejahatan, & ada sebab ALLAH menggalakkan kita terus berada dalam kebaikan. Titik akhir seorang individu muslim itu adalah bertemu dengan Tuhannya dalam keadaan pengakhiran yang baik.

Firman ALLAH S.W.T dalam surah As-Syaam ayat 7-10 yang bermaksud:

7. Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
8. serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa;
9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
10. dan Sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

Itu tazkirah untuk diri penulis & semua sahabat. Baru muqaddimah sekarang kita masuk perkongsian kita tentang kenangan di universiti. Mestilah kenangan penulis sebagai mahasiswi universiti. Empat tahun bergelar pelajar universiti & berjauhan dengan keluarga banyak memberi kelebihan kepada penulis. Banyak pengalaman yang ditimba semasa tempoh kuliah hinggalah berpraktikal. Jika mahu dihuraikan satu per satu dah tentu tak cukup nak cerita kat dalam blog ini. Kenangan paling manis adalah menjadi ahli usrah, naqibah & kenangan bersama-sama rakan sekuliah daripada semester 1 hinggalah semster 8.

Bermula dengan tidak kenal dengan sesiapa & berlainan negeri hinggalah kami saling mengenali serta semakin rapat merupakan kenangan belajar paling manis. Rakan-rakan kadang-kadang membentuk acuan diri kita. Sekarang masing-masing membawa haluan tersendiri, sibuk dengan kerja & bakal bergraduasi memungkinkan segalanya hanya tinggal kenangan. Paling diingati ialah kisah bila mana kami mahu menyiapkan ‘assignment’ yang ditugaskan oleh pensyarah. Punya bertimbun tugas kami hingga ada sahaja tugas yang diberikan oleh para pensyarah.

Semester satu semua muka suci lagi, macam budak-budak sekolah menengah. Skema lagi, ikut peraturan universiti & kolej. Pakaian pun masih macam sekolah menengah. Masuk tahun 2 masing-masing punya gaya tersendiri, penampilan & sedikit berubah, gaya cakap yang sebelum ini terketar-ketar bila ada pembentangan sekarang & bijak mengawal keadaan. Masuk tahun 3 masing-masing dah tunjuk kematangan sendiri. Sudah bijak memilih kawan, mula mengambil jalan membawa haluan masing-masing. Kalau dulu selalu berkumpul ke mana sahaja pergi mesti bersama sekarang dah tak macam tu. Pakaian pun dah ‘up-to-date’. Dah ada yang mula main cinta biasalah manusia ingin dicintai & mencintai.

Cerita tentang penulis, dia punya prinsip jelas lagi bersuluh dia masuk ke universiti bukan untuk bercinta, dia mahu belajar walau terkadang ‘result’nya taklah tinggi atau dapat dekat & dia ada juga main-main masa belajar, tapi dia sangat bersyukurdengan pemberian ALLAH padanya. Takut nanti bila dapat dekan bertambah pula riaknya. Bukan nak kata dia baik, tapi dia punya prinsip yang jelas terutama tentang hukum ALLAH mengenai pakaian.

Jika pakaian itulah yang dipakainya masa sekolah menengah itulah juga pakaian penulis hingga akhir hayatnya. Dia mahu teus istiqamah dengan apa yang diapakainya walau terkadang ada kawan-kawan yang sibuk meyindir, “kamu langsuang tak berubah, pakaian macam tu je sejak sekolah menengah. Tak boleh ke ubah sikit” Nak berubah apa lagi jika ini adalah peraturan ALLAH?

Kenangan belajar dengan kawan-kawan sekuliah sangat manis. Kami belajar bersama-sama merasai pahit manis sebagai pelajar universiti, berlakon membuat persembahan bersama-sama. Penat sama-sama, berjaya sama-sama. Sedih pun sama-sama. Sekarang rasa rindu pada sahabat-sahabat sekuliah makin menggamit memori terutama hari graduasi kami bakal tiba pada 15 & 16 November 2014 nanti. Ketika ini baru dapat melihat kembali wajah-wajah suci sahabat yang dah lama berjauhan.

Jom, kita tengok gambar-gambar kat bawah! Gambar kenangan kawan-kawan sekelas penulis.




Antara kenangan  paling manis bergelar mahasiswa universiti adalah menjadi ahli usrah & naqibah. Pengalaman yang takkan sesekali diperoleh dalam kuliah. Usrah sampai syurga, itu ‘tagline’ kami sewaktu di universiti. Sepatutnya semua pelajar universiti terlibat dengan usrah perdana ini. Banyak kelebihan yang dibawa dalam usrah. Segala kemahiran tambahan memberi bonus berguna kepada pelajar nanti bila dia keluar dari universiti & berkerjaya. Kami belajar segalanya dalam usrah. Makanan rohani kami sentiasa terisi walau cuma seminggu sekali. Rohani yang ‘kenyang’ akan melahirkan fizikal & mental yang mantap.

Dalam usrah kami belajar mengambil berat @ cakna dengan isu-isu masyarakat, dalam usrah kami boleh bermain, dalam usrah mengikat hati-hati kami untuk terus mengingati ALLAH, dalam usrah kami kongsi segala-galanya suka duka bersama menjadi kenangan terindah. Dalam usrah kami belajar mengembangkan bakat-bakat kami, daripada zaro kepada hero, daripada seorang pendiam kepada seorang yang petah berbicara, daripada seorang yang pasif kepada seorang yang aktif. Usrah ini ibarat pembentukan diri muslim menjadi muslim yang sebenar-benar muslim. Usrah permata berharga untuk penulis.

Yalah daripada usrah banyak kenangan yang membekas di jiwanya. Dia belajar segala yang ada yang tak pernah ada dalam kuliahnya. Bila dah tamat pengajian, pengalaman & kenangan itu menjadi nilai tambah bagi penulis & sahabat-sahabat. Tak percaya? Tanyalah insan-insan yang pernah melibatkan diri dalam usrah. Pada sesetengah pelajar usrah itu sangat menyusahkan & mengganggu masa belajarnya. Bagi penulia usrah ibarat ‘charger’ yang berharga bagi ‘bateri’ imannya yang sedang lemah. Pemulih semangat, vitamin kesihatan untuk rohani & fizikal, penenang diri.


Jom kita tengok gambar2 usrah penulis dan sahabat-sahabat!




No comments:

Post a Comment