Friday 17 October 2014

Kembara Cinta Hamba ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Al-Hamdulillah...ALLAH Maha Penyayang terhadap hambaNya yang lemah lagi hina yang sangat memerlukan ALLAH di sisinya. ALLAH Maha Mengetahui apa yang tersirat disebalik benak fikiran penulis. Tidak kurang sebulan dia bakal bergraduasi bergelar mahasiswa universiti. Berfikir & terus berfikir bagaimana mahu menyumbang bakti pada ayahanda & bonda di kampung. Jarak memisahkan kami,namun cinta ALLAH tak pernah memutuskan hubungan kekeluargaaan kami. Walau sejauh mana pun kami terlontar di bumi ini dengan takdirnya, hati kami tetap menyatu.

Kembara cinta hamba ALLAH membawa rasa cinta & rindu penulis pada kampung halamannya setelah agak lama bergelar perantauan di negeri lain. Niat di hati mahu menamatkan tempoh bergelar perantauan secepatnya kerana mahu pulang ke pangkuan keluarga. Mahu jadi anak perempuan yang setia pada mama & ayah. Ya sudah lama berjauhan dengan keluarga tiba masa mahu berada di sisi mereka selamanya. Sayangnya, takdir ALLAH mengatasi segala.

ALLAH mentakdirkan sebaik-baik perancangan untuk hambaNya & penulis kena redha sebab dia hanya sebagai hamba bukan punya kuasa. Sungguh rasa rindu itu menggamit lagi. Sedih yang kadang-kadang tidak terucap dek kata-kata hanya diketahui qalbu semata. Rindu pada gelagat manja si adik bongsu, rindu pada bayu petang di kampung, rindu pada wajah ayah & ibu yang mendamaikan, rindu pada adik-adik yang menyeri kehidupan kakak sulung mereka, rindu pada ruang tamu rumah yang punya banyak kenangan untuk kami membinanya bersama-sama (rumah impian ayah yang mengusik kenangan keluarga penulis). Tanpa kehadiran mereka dah tentu kehidupan penulis hilang serinya.

Memegang amanah sebagai muaddibah sedikit mengubat rasa rindunya pada adik bongsu kerana penulis dikelilingi anak-anak yang ramai. Gelagat lucu mereka mengingatkan penulis pada adiknya di kampung yang sangat aktif & petah berbicara. Namun ia masih tidak sama, tidak sama kerana masih ada rasa rindu yang mendalam tiba saat dirasakan hatinya ada sesuatu yang tidak kena.Tidak kena kerana mungkin dirasakan jiwa makin menjauh pada ALLAH Yang Maha Esa.

Rindu pada keluarga terutama pada ayah & mama takkan pernah putus, cuma blog ini yang mampu meluahkan segala rasa yang terpendam di jiwa. Usah risau, penulis yakin ALLAH dah tentukan takdir yang terbaik untuknya, cuma memerlukan masa untuk menerimanya dengan redha.Jom rehatkan minda dengan tengok jurugambar beraksi dengan kamera kesayangan pemberian kak longnya!

Si bongsu

Rindu rumah di kampung.

Rindu juga pada dua penyeri penulis.

Paling rindu masakan ibu chef terbaik di dunia.

Sedapnya!

Bila abang & si bongsu bersama...

Sungguh dek kerana sayang ini kerana ALLAH kasih & cinta ini menjadi manis untuk dikenang. Walau jauh di mata namun doa sentiasa diiring moga kehidupan insan-insan yang penulis sayang sentiasa dilimpahi rahmat & berkat dari ALLAH. Biar kembara cinta hamba ALLAH ini terus bersemi, biar kembara cinta hamba ALLAH ini terus mekar tidak padam dek zaman, biar kembara cinta hamba ALLAH ini terus mewangi mewarnai jendela kehidupan penulis. Kata sayang & rindu ini dituju khas buat keluarga tersayang yang jauh di pandangan namun sentiasa dekat direlung hati penulis.

Walau siapapun yang membaca blog ini, usah lupa untuk terus mendoakan insan-insan yang kita sayang, kerana dengan doa itulah, kasih kita sentiasa bertaut. Kita kan saudara seIslam, muslim hamba & khalifahNya. Bicara entri kali ini seolah-olah bicara hati penulis tentang rasa rindu yang maha mendalam terhadap keluarganya. Namun bakal terubat dengan hadiah al-Fatihah yang meniti di bibir. Biar penulis tiada di sisi mereka saat sedih atau bahagia, mereka tetap dijaga & dipelihara oleh ALLAH. Ameen.

Usai di sini sahaja pertemuan kita pada pagi ini. Seperti kebiasaan sebelum mengundur diri, moga kehadiran blog ini memberi manfaat walau senipis kulit bawang pada hati yang sentiasa mahu mengingati ALLAH. Ingatlah, ALLAH sentiasa bersama-sama hambaNya.

Siiru 'alaa barakatillah. Salam sayang kerana ALLAH.

No comments:

Post a Comment