Friday, 3 January 2014

Kerana Dirimu Begitu Berharga

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...penulis masih terdaya untuk menitip rasa pada blognya sebelum mula melangkah dalam musim peperiksaan akhir. Ini insyaALLAH 'post' terakhir sebelum penulis 'final exam' yang mula minggu depan...Moga perkongsian ini terus terlakar dalam kenangan. Susulan dari bedah buku di bawah, penulis menghadiri ulasan daripada penulisnya sendiri.

Bahagianya Menjadi Gadis Pilihan (Ulasan dari Ustaz Hariri Hj Mohamad Daud)
Buku Motivasi Islam



-Bab 1: Gadis di muliakan oleh ALLAH S.W.T Surah al-Ahzab:35
35. Sesungguhnya orang-orang lelaki Yang Islam serta orang-orang perempuan Yang Islam, dan orang-orang lelaki Yang beriman serta orang-orang perempuan Yang beriman, dan orang-orang lelaki Yang taat serta orang-orang perempuan Yang taat, dan orang-orang lelaki Yang benar serta orang-orang perempuan Yang benar, dan orang-orang lelaki Yang sabar serta orang-orang perempuan Yang sabar, dan orang-orang lelaki Yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan Yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki Yang bersedekah serta orang-orang perempuan Yang bersedekah, dan orang-orang lelaki Yang berpuasa serta orang-orang perempuan Yang berpuasa, dan orang-orang lelaki Yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan Yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki Yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan Yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala Yang besar.

Analogi gadis ibarat ulat menjadi rama-rama (daripada yang jijik menjadi cantik)

PEMBAHAGIAN BAB (GADIS PERISAI, PELINDUNG, PENGHIAS)

GADIS SEBAGAI PERISAI-Akidah adalah perisai bagi seorang gadis. (kuatkan perasaan dengan ilmu & pertahanan iman. –ajar anak2 perempuan surah an-Nuur. Waktu gadis 20an-30an umur yang menyeronokkan(paling berharga bagi seorang gadis)- menjaga & memanfaatkan sebaik mungkin masa gadisnya.

GADIS SEBAGAI PELINDUNG-Pelindung kepada gadis adalah syariat. (sesiapa yang menjaga anak perempuannya dengan baik maka diharamkan neraka bagi ibu ayahnya)
*Bagaimana nak wujudkan sifat pelindung
-Lindungilah dengan auratmu
-Lindungi dengan solatmu (hubungan yang kuat dengan ALLAH)

KATA OKI SETIANA DEWI: HIJAB BKN PENGHIAS TAPI PELINDUNG.

GADIS SEBAGAI PENGHIAS-Penghiasmu adalah akhlak (tiru Nabi Muhammad & ikut Nabi Muhammad & lambang orang Islam.
(Buku ini untuk menjentik hati-hati gadis yang halus dan tidak sedar mereka melakukan kesalahan)

Kata ustaz Hariri lagi, “Analogi seorang gadis ibarat wang kertas RM100 & kertas A4 yang biasa bezanya cuma satu jadilah ibarat wang kertas RM100 yang walau dicampak di mana-mana, walau dihina, dipijak & diludah dia tetap bernilai. Jika dibandingkan dengan kertas A4 biasa yang tiada punya nilai walau sedetik pun, mestilah orang yang waras & ikut logik akan lebih memilih wang RM100.”

Last but not least Ustaz dedikasikan nasyid bertajuk “Puteriku Sayang- Hijjaz” buat semua puteri yang ada dalam program Bedah Buku kali ini.

Lirik Lagu Puteriku Sayang - Hijjaz

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Lirik Puteriku Sayang - Hijjaz @ Lirikami




Thursday, 2 January 2014

Fatrah Peperiksaan Akhir di Universiti



Bismillahirrahmanirrahim....

Al-Hamdulillah….syukur padaNya kerana masih diberi peluang untuk hidup di dunia yang fana ini. Moga ALLAH sentiasa merahmati & menyayangi penulis dan orang-orang yang disayanginya. Mungkin ini adalah ‘post’ terakhir sebelum penulis akan menghadapi fatrah@ musim peperiksaan akhir yang memerlukan fokusnya. Moga ‘post’ ini memberi manfaat kepada insan-insan bertuah yang singgah di laman blog QalamWardahZinnirah ini.

Pertamanya penulis memohon kebaikan hati pembaca blog ini untuk sama-sama mendoakan moga penulis & sahabat-sahabatnya dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan tenang. Sedekahkan surah Al-Fatihah untuk kami semua. Moga terlakar hidayah dariNya. Lagipun doa muslim untuk saudara muslimnya yang lain sangat mustajab & didengar oleh ALLAH kerana ALLAH Maha Memakbulkan permintaan hamba-hambaNya.

Ya ALLAH…takutnya nak menghadapi kertas-kertas peperiksaan dunia, tapi hati penulis lagi takut untuk berhadapan dengan ujian-ujian di akhirat kelak. Kata orang ni baru peperiksaan dunia belum masuk peperiksaan akhirat lagi. Bila cerita tentang takut, penulis suka membelek kalamullah yang sarat dengan pengajaran, penyembuh & penawar kepada segala kedukaan & ketakutan.

Firman ALLAH S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud:

186. dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

Ayat di atas jelas memberi petunjuk kepada manusia yang berfikir bahawa ALLAH Maha Mendengar & memakbulkan doa-doa hambaNya dengan cara hambaNya mestilah mematuhi perintah ALLAH & beriman padaNya.

Sungguh…betapa bergetar & resahnya hati penulis saat melihat jadual peperiksaannya seperti termaktub di atas. InsyaALLAH jika diikutkan ini adalah peperiksaan terakhir penulis sebelum keluar berpraktikal nanti. Bakal bergelar graduasi, insyaALLAH dalam masa terdekat ini. Takut juga menyerang saat melihat kajian ‘thesis’ yang masih belum siap sepenuhnya. Moga ALLAH mempermudahkan kita.

Pesanan buat diri yang sentiasa lupa juga buat sahabat-sahabat seperjuangan selamat menempuh peperiksaan dengan hati yang tenang. Ingatlah belajar, belajar juga tapi hubungan dengan ALLAH hendaklah dijaga kerana kita memang berusaha yang menentukan kejayaan kita adalah ALLAH Yang Maha Esa. Ingat juga pada ibu bapa kita yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anaknya walaupun kita berjauhan daripada mereka namun doa dikirim lewat setiap hela nafas mereka. Usah dilupa jaga & peliharalah anugerah terindah yang ALLAH kurniakan buat kita iaitu tubuh badan kita. Tidur biar cukup, makan biar berkhasiat. Hidup biar tenang, elakkan tekanan.

Moga bertemu di lain masa & ketika. Moga ALLAH merahmati & menyayangi kalian.


Sahabat-sahabat FPBU semester 7 2010-2014


Pengalaman Manis di Ambang Tahun Baru 2014

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...syukur sekali lagi atas nikmat yang ALLAH kurniakan kepada penulis dan semua orang yang disayanginya. Dengan nikmatNya penulis dapat berada di tahun baru 2014...dengan nikmatNya penulis dapat menghayati keindahan alam yang ada di sekelilingnya walau sudah ada yang tercemar oleh tangan-tangan rakus manusia... dengan rahmatNya penulis dapat menghembus nafas & menarik nafas sedalam-dalamnya...dengan rahmatNya penulis kini menjangkau umur 24 tahun seiring dengan tahun 2014 sekarang. Wah...usia penulis semakin bertambah! Semakin mendekat penulis dengan saat kematiannya.

Sahabat semua pernah sambut tahun baru? Tak pernah? Samalah penulis...tapi tahun baru kali ini penulis berkesempatan menyertai “Dakwah Street” di Dataran Nilai di ambang tahun baru 2014. Suasana yang tak pernah penulis lihat & saksikan sebelum ini. Menyeramkan dengan kehadiran bermacam-macam jenis orang yang terdiri dari kalangan masyarakat setempat yang kebanyakannya berbangsa Melayu.

Subhanallah...pengalaman yang sangat manis untuk dikenang. Terima kasih kepada pihak penganjur iaitu JAKSA Kolej Kediaman Nilam Court 2013/2014 di bawah kelolaan Biro Pembangunan Insan sempena Kempen Bulan Biah Solehah di kolej kediaman penulis kerana telah membawa peserta menyelami & mengetahui keadaan masyakat sekarang dengan cara turun padang.

Tak pernah dalam hayat penulis selama 23 tahun ini menyambut @ menyaksikan sambutan tahun baru dengan mata kepalanya sendiri. Kali ini dia memberanikan diri di samping kehadiran ‘roomate’ yang sangat setia menemaninya membuatkan penulis bertambah tekad untuk menyertai ‘dakwah street’ tersebut.

Nazirah Hashim...'my dear roomate'

Masa mula-mula sampai penulis & sahabat baiknya bertebaran meneliti & memerhati gelagat-gelagat masyarakat. Kamera mula memainkan peranannya. Kami berlegar-legar di sekitar Dataran Nilai. Sehinggalah kami menemui kumpulan kami untuk meneruskan usaha menyampaikan dakwah kepada masyarakat setempat dengan cara yang lebih santai & diterima umum.

Dapat penulis saksikan sendiri bagaimana usaha adik-adik tamhidi untuk mengajak ramai orang mendengar tazkirah & sedikit lagu dari kumpulan yang telah dirancang sebelum ini. Detik 12 tengah malam kami disajikan dengan kilauan bunga-bunga api yang sangat cantik & menarik.




Kesimpulan yang boleh penulis garapkan setelah mendengar bait kata-kata dari salah seorang penganjur & penulis mengiayakannya ketika sesi ‘Sharing Moment’ keesokan harinya adalah:

-Peranan dakwah adalah hadir dari kesedaran diri sendiri. Sampai bila kita nak masyarakat terus leka & lalai dalam keseronokan dunia hingga lupa akan hubungan dengan ALLAH?

-Suasana masyarakat kadang-kadang mempengaruhi gerak rentak seorang pendakwah dalam menyampaikan keindahan & kebaikan Islam pada semua masyarakat. Contoh terdekat peserta ‘Dakwah Street’ sebenarnya dibahagikan kpd dua kumpulan satu kumpulan ke Up Town & satu kumpulan ke Dataran Nilai. Di Dataran Nilai tidak banyak masalah yang timbul cuma masalah teknikal tetapi di kumpulan Up Town menghadapi masalah dengan suasana yg sangat bising & kurangnya penerimaan dari masyarakat sendiri.

-Keberanian. Sungguh aktiviti ini memberi satu keberanian kepada pesertanya bagaimana cara untuk berhadapan dengan masyarakat sedangkan kita ingin menyampaikan kebaikan Islam. Berani kerana benar takut kerana salah kan?

-Peserta-peserta menyalami sendiri keadaan masyakat yang sebenar di mana mereka turun padang & menghampiri masyarakat pada ketika itu. Jika kita tak turun padang mendekati masyarakat sampai bila kita nak tahu & bagaimana pula kita nak menjadi ‘doktor ummah’ yang mengubat ‘penyakit’ masyarakat yang semakin parah ini?

-Aktiviti ini mengajar semua peserta & penulis sendiri untuk meletakkan perspektif positif terhadap semua orang. Usah kita banyak berburuk sangka kelak kita yang menelan padahnya.  What you give, you will get back. Awak bagi positif kat orang, positiflah yang awak dapat nanti.

Firman ALLAH S.W.T dalam surah an-Nahl ayat 125 yang bermaksud:

125. serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.
                                                                                                                                     




Wednesday, 1 January 2014

Satu Hari Sebuah Buku

Sinopsis Hasil Pembacaan Penulis.

Bismillahirrahmanirrahim…

Firman ALLAH S.W.T dalam surah An-Nuur ayat 31 yang bermaksud:

31. dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.

Al-Hamdulillah…nafas penulis masih boleh ditarik seperti kebiasaannya. Syukur ke hadratNya kerana diberi peluang untuk menikmati nikmat terbesar yang penulis dapat sepanjang kehidupannya iaitu nikmat iman dan nikmat Islam.


Al-Hamdulillah juga penulis diberi peluang oleh satu-satunya adik perempuan kandung penulis, Farah Mimi binti Yaakob untuk membaca dan menghabiskan buku bertajuk, “Bahagianya Menjadi Gadis Pilihan-Pesan Allah & Rasul untuk Dirimu.” Hasil karangan Dr. Nik Salida Suhaila Nik Salleh & Mohd Hariri Hj Mohamad Daud. Terima kasih penulis ucapkan kepada adik perempuannya kerana telah memberi kesedaran kepada kakaknya tentang betapa bahagianya menjadi gadis pilihan ALLAH. Perkongsian yang menarik dari seorang adik.




Mereka adalah merupakan pensyarah & mantan YDP USIM. Mereka insan hebat yang berjaya terpanggil menulis buku berkenaan insan yang digelar gadis. Tahniah & syabas penulis ucapkan kepada ke dua-dua penulis buku ini kerana berjaya membawa si pembaca memahami & mendalami setiap bait kata dalam buku ini. Al-Hamdulillah… berjaya juga akhirnya penulis menghabiskan buku ini hanya dalam masa beberapa hari kerana faktor kepadatan isi dan pembawakan & pengolahan isi yang sangat mantap oleh gabungan ke dua-dua penulis buku ini. Di bawah tersenarai gambar-gambar penulis buku ini yang berjaya penulis ambil dalam ‘google search’. Jom kenali penulis buku tersebut!



Jom, kita buka & baca buku ini! Setiap bab ada penghuraian yang tetap berserta dalil kukuh daripada al-Quran & hadis, dialog “Usik-Usik Ustazah” disampaikan dengan cara yang santai ibarat berbual dengan para pembaca pada pendahuluan setiap bab, & ruangan “Menyuburkan Jiwa, Menyuntik Inspirasi” pula banyak menceritakan tentang contoh2 sahabat2 Nabi Muhammad s.a.w, serikandi2 Islam, & kisah para nabi yang berkait rapat dengan bab yang dibincangkan. Manakala ruangan “Bicara Hikmah Ustaz” pula memberi pesan serta nasihat yang mendalam kepada insan yang memegang nama gadis daripada seorang ustaz, tidak ketinggalan ruangan “Apa Pandangan Pakar?” tentang sesuatu topik yang dibincangkan turut menarik pembaca menghabiskan bacaannya.

Apa yang penting buku ni sangat ‘best’ kerana pengisiannya bertepatan & sangat bersesuaian dengan gadis remaja Muslimah pada masa kini. Memetik kata-kata yang ada terdapat dalam buku bertajuk, “Bahagianya Menjadi Gadis Pilihan-Pesan Allah & Rasul untuk Dirimu.” Hasil karangan Dr. Nik Salida Suhaila Nik Salleh & Mohd Hariri Hj Mohamad Daud ini, tapi lupa sudah muka surat berapa…maaf.

“Wahai puteriku, wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki, tetapi sebagai sumber kebahagiaan kepada suami.”

“Wahai puteriku, apabila ilmu sudah bertambah, bererti musuh sudah kalah. Keindahan ilmu pasti bermakna apabila ilmu dapat membimbingmu.”

Dua kata-kata di atas betul-betul memberi kesan mendalam pada penulis sebagai pembaca dan gadis. Penulis yakin semua Muslimah solehah dambakan cinta ALLAH, dambakan suatu kesempurnaan walaupun terkadang apa yang didambakan tidak pernah diperoleh itu namanya ujian yang menjadi tanda ALLAH sangat menyayangi kita sebagai gadis pilihanNya. Bersabar duhai gadis…

Dalam buku ini banyak pengisian menarik menanti pembaca antaranya bab batas pergaulan antara lelaki & perempuan dengan kata lain ikhtilat, kepentingan solat, kepentingan mematuhi perintah & mentaati ibu bapa, kepentingan hubungan dengan ALLAH melalui pembacaan & tadabbur al-Quran, kepentingan menuntut ilmu (thaqafah islamiyyah, thaqafah tarikhiyyah, thaqafah lughawiyyah, thaqafah ilmiyyah, thaqafah insaniyyah, & thaqafah waqi’iyyah), kepentingan menggunakan masa muda dengan sebaiknya seperti yang termaktub dalam kalamullah surah al-Ars ayat 1-3 yang bermaksud:

1. Demi Masa!
2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian -
3. kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.

Serta banyak lagi pengisiannya. Nak tahu? Silakan terus membaca buku “Bahagianya Menjadi Gadis Pilihan-Pesan Allah & Rasul untuk Dirimu.” Hasil karangan Dr. Nik Salida Suhaila Nik Salleh & Mohd Hariri Hj Mohamad Daud.



Doakan moga suatu hari nanti termakbul niat penulis untuk menjadi penulis seperti mereka...ameen

Sunday, 29 December 2013

InsyaALLAH...Ada Jalannya


Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah...sekali lagi penulis berkesempatan menjengah blog kesayangannya yang menyimpan banyak ceritera cinta penulis terhadap kehidupannya. Didalamnya terkandung hikmah tersurat & tersirat dari Ilahi yang sangat menguji diri menjadi manusia yang menghargai kehidupan  rahmatNya. 

Walau terkadang rasa jatuh & tersungkur serta malas menjentik hati penulis, kerana manusia tak pernah akan sempurna tapi tak salah untuk kita menuju ke arah kesempurnaan dengan jalan yang selayaknya. Kelemahan kadang-kadang mengajar kita untuk tidak terus jatuh tapi hati kadang-kadang terbuai dengan bisikan syaitan yang melemahkan. Baru sahaja hati nak jadi baik, ada sahaja dugaan yang mendatang. Takut dikata sombong, berlagak nak tunjuk baik, kamu bukan baik sangat pun, ramai lagi org baik kat sana. Astaghfirullahal'aziim...jika ini sikap penulis sampai bila penulis nak lihat nikmat & keindahan Islam dinikmati oleh semua makhluk ALLAH.

Hati kecil penulis terdetik untuk mendengar setiap bait kata dan menghayati maksud tersirat disebalik lirik nasyid alunan Maher Zain. Kadag-kadang bait kata nasyid ini menyedarkan penulis bahawa ALLAH Maha Dekat dengan hambaNya.

Setiap masalah yang kita hadapi pasti ada penyelesaiannya. Setiap ujian yang kita tanggung pasti ada hikmah terbaik yang ALLAH anugerahkan buat kita.Jadi, usahlah kita bersedih hati atau bermuram durja. InsyaAllah ada jalanNya.



Lirik lagu Insyaallah, Maher Zain Versi Bahasa Melayu

AdaNya, kau rasa tak berupaya,
Hidup sendirian tiada pembela,
segalanya suram, bagai malam yang kelam,
tiada bantuan tiada tujuan,
janganlah berputus asa,
kerana Allah Bersamamu,
Insha Allah, Insya Allah
Insha Allah, ada jalan-Nya
Insha Allah
Insha Allah, Insya Allah, ada jalan-Nya

Adanya.. kesalmu berulang lagi,
bagai tiada ruang untuk kembali,
dikau keliru atas kesilapan yang lalu,
membelengu hati dan fikiranmu,
janganlah berputus asa,
kerana Allah Bersamamu,
Insha Allah, Insya Allah
Insha Allah, ada jalan-Nya
Insha Allah
Insha Allah, Insya Allah, ada jalan-Nya

Kembalilah…
Kepada yang Esa,
Yakin padanya
panjatkanlah doa..

Oh, Ya Allah…
pimpinlah daku dari tersasar..
Tunjukkan daku ke Jalan Yang benar,
Jalan yang benar,
Jalan Yang benar..
Insha Allah, Insya Allah
Insha Allah, ada jalan-Nya
Insha Allah
Insha Allah, Insya Allah, ada jalan-Nya x 3

Saturday, 28 December 2013

Selamat Tahun Baru 2014

Bismillahirrahmanirrahim...



Sempena tahun baharu yang bakal tiba lagi dua hari, penulis terpanggil untuk mencoret sesuatu pada blog kesayangannya. Kenapa blog kesayangan? Sebab blog ini memberi inspirasi kepada penulis untuk berkongsi & sekaligus menyampaikan dakwah serta menyebarkan kebaikan kepada semua orang melalui penulisan. Penulis nak blog ini dikenal sebagai blog yang mengajak orang kepada kebaikan walau hanya sedikit cuma, walau hanya dengan berkongsi pengalaman & rasa.

Usah kita sibuk mencari siapa pemilik blog ini, cukup sekadar kalian memahami & menilai baik & buruknya penulisan ini. Yang baik jadikan teladan yang tak baik jadikan sempadan. Usah kita pertikai siapa orang yang memberi nasihat tapi pertikaikan apa yang dia bagitau, adakah menyentuh hati kita untuk jadi insan yang berubah ke arah kebaikan? Kat sini ada sedikit puisi buat tatapan kalian.

Pejam celik
Masa sudah banyak berlalu
Kini berada pada tahun baharu 2014
Nak di bentang azam baharu kita?
Nak diperbaharui azam lama atau bagaimana
Dilema sekali lagi menyinggah diri
Menyesak jiwa nan keliru             
Mujur sahaja ALLAH sayangkan ku

Ya ALLAH…
Cepat benar masa itu berlalu
Moga tahun baharu ini
Mendapat sejuta keberkatan dariNya
Moga tahun baharu ini
Memberi seribu kekuatan
Kita harungi mehnah dariNya
Pesanan buat diri nan lemah
Walau apa azam mu nanti        
Walau apa impian mu nanti
Tekadkan dalam diri
ALLAH sentiasa menemani setiap langkah seta nafasmu
Cuma kamu perlu jadi insan yang bersyukur

Tahun baharu semakin menjengah
Doaku moga ALLAH mempermudah
Andai diri diterjah mehnah
Andai diri rebah tanpa arah
Andai diri resah menanti musnah
Belai hatiku jadi insan penyabar
Jadi insan kukuh & teguh
Hilang goyahnya bila ALLAH membisik
Dalam kalam Ilahi Surah Muhammad ayat 7 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang Yang beriman, kalau kamu membela (agama) ALLAH nescaya ALLAH membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”

Moga kata puitis yang terlakar di sini memberi manfaat & kesedaran kepada hati yang dahagakan nasihat & peringatan dari insan yang bergelar sahabat. Moga dapat memberi sejuta manfaat & kebaikan kepada insan-insan yang menjengah ke laman blog kesayangan penulis iaitu QalamWardahZinnirah.blogspot.com yang boleh penulis gelar sebagai sahabat-sahabat kerana ALLAH.