Wednesday 4 February 2015

Muhasabah Hati

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Al-Hamdulillah dengan izinNya penulis masih bisa menitip rasa di blog kesayangannya ini. Menjadi tempat dia berkongsi rasa, meluah cerita, menutup duka, menyebar bahagia bergelar muslimah dambaan syurga. InsyaALLAH dengan izinNya dia mahu setia bergelar muslimah, mahu terus berada di bawah lembayung Islam & kasih sayang ALLAH. Kebahagiaannya tiada tandingan, ketenangannya menguasai seluruh qalbu & jasad. Subhanallah...Maha suci ALLAH kasih sayangNya sentiasa melimpah biar terkadang tergigit peria, biar terkadang jatuh di timpa tangga, namun kehidupan diteruskan jua.

Hari ini penulis tidak bisa meluah kata-kata seperti kebiasaannya cuma dia terkesan sewaktu membaca bait kata indah puisi yang di simpan kemas dalam 'note book'nya yang di ambil daripada ILuvIslam.com. Jom hayati bersama-sama! Moga menjentik hati kita, moga memberi manfaat berguna buat semua yang sudi singgah di blog ini.

SEMBILAN UNTUKKU, SATU BUATMU
RAB, 28 MAC 2012 16:01 | ALFEEAN MANSOR | KHAIRUNNISA ASSILA
Description: Print
Description: baby
Wahai dikau pemilik persona yang mendamaikan,
Maafkan aku kiranya nukilan ini membuatmu jauh hati padaku
Aku tahu kamar hatimu terbuncang tulus kasih yang tak berbelah bahagi,
Aku tahu kerana aku juga begitu.
Aku tahu raudhahmu sarat kuntuman cinta yang harum mewangi,
Aku tahu kerana aku juga begitu.
Padamu selalu aku bisikan, dalam senda beralas, dalam gurau berbalas.
Bukan aku tak bersedia menerimamu sepenuhnya,
Bukan aku tak bersungguh denganmu seadanya.
Tapi itulah kata syariat, itu jugalah kata adat.
Langkah harus beringat, berkasih biar bertempat
Bagiku telah difitrahkan sembilan akal bak pahlawan,
Dan satu nafsu yang tidak terlawan,
Bagimu sembilan nafsu yang mudah ditawan,
Dan satu akal yang berpangkat bawahan
Bukan ini diskriminasi ilahi
Tapi itulah anugerah yang sangat berseni
Terciptanya kamu dari serpihan penuh rahsia
Yang mohon dituntun penuh waspada
Barang kau ingat wahai puteri
Sembilan akalku nakal tidak terperi
Satu nafsuku itulah raja, akalku pula setia bekerjasama
Sembilan akalku sedia berpadu,
demi memenuhi nafsu yang satu
 Kutahu juga sembilan nafsumu bertakhta
Satu akalmu sering kecundang kehilangan kuasa
Itulah sebab benteng kubina, kerana sayangku padamu tidak terhingga
Aku tidak mahu kasarnya sentuhan,
mencalarkan kacamu yang kerapuhan,
Kubimbang jika aku bukanlah jodohmu,
kelak kau tersisa tidak bermutu
Kupohon kau jagalah peribadimu,
jangan terlalu mudah memberi sebelumnya waktu
Biar sombong dikata duniawi, asalkan jadi cemburuan bidadari syurgawi
Bukan aku tidak kasih padamu, bukan juga aku tak kisah padamu
Tapi biarkan itu berlaku seiring waktu
Sebagai bingkisan jodoh yang datang bertamu.
Aku bukanlah Ustaz Wan Aqasha, dan kau juga bukan Ustazah Siti Norba'yah
Tapi kuharap cinta kita semanis kurma, dan mahligai terbina penuh ceria
Aku bukanlah Nabi Muhammad s.a.w, & kau juga bukanlah Saidatina Khadijah
Tapi kuharap cinta kita semanis mahligai cinta insan agung ini bercemi cinta kerana Ilahi
Kuharap dikau bukan pilihan yang salah,
Sebelum jodoh datang menjengah
Bersamalah menimba ilmu yang payah,
Agar saat istana bergoyah,
Bahtera kita masih berarah.
Ketika restu dan izin-Nya mencurah,
Akan kupinangmu dengan Bismillah.


Biodata Penulis
Alfeean Mansor Merupakan seorang pendidik dan juga seorang penuntut sarjana dalam bidang linguistik di Universiti Malaya.Beliau menulis di blognya http://diaricikgu.my/blog/.


Moga kalian berbahagia hingga ke syurga...ameen

No comments:

Post a Comment