LAMBAIAN KAABAH
ALLAH S.W.T berfirman dalam surah
al-Baqarah ayat 125 yang bermaksud:
|
125. Dan (ingatlah), ketika Kami
menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat
yang aman. Dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim[89]
tempat shalat. Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail: "Bersihkanlah
rumah-Ku untuk orangorang yang thawaf, yang i'tikaf, yang ruku' dan yang
sujud".
|
[89]. Ialah tempat berdiri Nabi
Ibrahim a.s. diwaktu membuat Ka'bah.
“Ya ALLAH...andainya suatu saat aku diberi kesempatan untuk menikmati alamMu, nescaya aku memilih untuk memenuhi lambaian KaabahMu. Setiap detik...ku pohon padaMu agar dikurniakan umur yang panjang semata mahu menjadi tetamu di rumahMu. Setiap kali tiba masa para jemaah haji menjadi tetamu muliaMu...hati kecilku sibuk menutur kata...hatiku meraung meronta...mahu turut diberikan kesempatan indah itu. Ku simpan impian ini...hingga tiba masa yang Engkau tetapkan bagiku untuk berhadapan dengan KaabahMu.” Monolog sang hati.
Rukun Islam yang terakhir perlu
dipenuhi oleh umat Islam mengikut kemampuan diri...menunaikan haji di Makkah.
Bersyukurlah bagi insan yang pernah merasai manisnya menjadi tetamu ALLAH.
Indah tersergam Kaabah yang menjadi kiblat seluruh umat Islam. Cuba kita
bayangkan...bayangkan di hadapan kita tersergam indah Kaabah...perasaan tentu
bercampur baur sedih, gembira, dan bersyukur kerna diberikan nikmat menjadi
tetamu ALLAH di Makkah. Semua jemaah haji menyarung pakaian yang berwarna
putih...warna ayang sama...menandakan walau setinggi mana pangkat seorang
manusia, dia tetap sama pada pandangan ALLAH...kecuali nilaian taqwa. Langit
cerah tanda meraikan kedatangan makhluk yang digelar Muslim di mataNya.
Saat menghantar kaum kerabat yang
bakal mengerjakan haji, hati kecil mulai terdetik, “Bilakah pula tiba giliran
kita merasai kemanisan berada di tanah suci Makkah? Adakah kita masih punya
kesempatan untuk menunaikan rukun Islam yang ke lima itu?” Di Kaabah semua
manusia hanya fokus beribadat pada ALLAH, semua manusia ketika itu sama di
pandangan ALLAH. Subhanallah...nikmatnya suasana di Makkah hanya bisa dirasai
oleh insan yang benar-benar mengerti CINTA ALLAH.
LAMBAIAN KAABAH
Kaabah itu melambai...
Mengharap kehadiran Muslim
Bisa menambah keimanan
Mencorak haji mabrur
Pada pengakhiran lambaianNya.
Aku berteleku,
Memikir...bila saatnya aku menjadi
tetamuMu?
Meneroka jauh di sudut alam...
Layakkah aku menjadi tetamuMu?
Layakkah aku menjadi hamba setia
padaMu?
Layakkah aku berzikir beribadat di
hadapan KaabahMu?
Layak atau tidak aku tetap
Merindui lambaian Kaabah itu.
Ya ALLAH...
Tambahkan keimanan kami
Saat kami melirik rindu
Pada KaabahMu.
Tenangkan hati kami
Saat Kaabah itu
Sentiasa hidup dalam hati kami
Moga impian membalas lambaian
KaabahMu
Beroleh keberkatan selalu.
|
|
"Jangan pinta hidup yang mudah, tapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya"
Monday, 8 October 2012
Aku merinduiMu...Tuhan (ALLAH)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment