Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah,
dengan nama ALLAH penulis masih hidup & bahagia menghirup udara sebagai
seorang Muslim. Moga-moga anugerah terbesar ini sentiasa ada buat kita
sehinggalah lidah penulis & sahabat-sahabat mengucap dua kalimah syahadah
ketika meninggalkan alam dunia. Moga-moga kita juga di anugerahkan nikmat
syahid di jalan ALLAH. Ameen Ya Rabbal ‘alamiin...
Al-Hamdulillah
penulis masih punya semangat & internet untuk meneruskan penulisannya.
Mujur juga ALLAH masih sayangkan penulis dengan memberi peluang kepada penulis
untuk mencari gali idea-idea yang ada buat menghiasi blognya. Idea yang
mencurah datang saat penulis mendekat dengan ALLAH. Ada sahaja ilham-ilham yang
mahu digarap saat dirasakan kasih ALLAH memenuhi jiwa penulis. Bukan penulis
mahu berbangga diri tetapi penulis mahu kalian semua tahu apa yang ada dalam
blog ini adalah hasil curahan idea yang ALLAH kurniakan pada penulis. Pada
hakikatnya penulis sangat lemah tanpa pertolonganNya, penulis takkan bisa
sesekali bermain dengan kata-kata tanpa kekuatanNya.
Hari
ini penulis nak bercerita tentang blog. Kalian semua pasti punya blog
sendirikan? Atau suka baca blog kawan-kawan? Macam mana dengan blog sahabat-sahabat semua?
Sunyi tanpa cerita atau meriah dengan kata-kata? Sahabat-sahabat punya hak
untuk menentukan bagaimana blog yang kalian rekayasa. Penulis juga punya hak
untuk berbicara dalam blognya.
Masih
segar di ingatan penulis bagaimana blog QalamWardahZinnirah ini wujud di dunia.
Seorang sahabat sibuk mengajaknya membuat blog. Puas memujuk akhirnya penulis
setuju membuat blog. Punya susah nak buat blog banyak kali nak ‘sign in’ kata
laluan. Mulanya patah semangat, tapi lepas di desak akhirnya siap.
Ini
kerana blog ini adalah salah satu subjek yang perlu penulis ambik & kerana
nak dapat dalam 10% markah tugasan untuk subjek ini, nak tak nak, penulis &
rakan-rakan sekelas kena ada blog sendiri. Dah siap buat & bermacam-macam
‘post’ penulis cuba kongsikan di blog. Bermula dari tiada ‘follower’ hingga
sekarang 23 orang pengikut, penulis cuba berkongsi cerita suka dukanya di blog
ini.
Tidak
di nafikan blog ini hadir pada mulanya kerana terpaksa sebab ‘assignment’ tapi
lama-lama penulis merasakan ada sesuatu yang menarik minatnya untuk terus
menggunakan blog. Bukan kerana semakin bertambah pengikutnya tapi kerana di
sini ada nilai tambah untuk penulis berdakwah. Menyampaikan & menyebarkan
keindahan Islam pada semua orang. Rugi penulis baru kenal dunia penulis blog
kerana jika di mulai lagi lama sudah tentu banyak tentang Islam boleh dikongsi.
Kalian
pasti punya cerita sendiri tentang blog kalian kan? Jadi, tak seronoklah bila blog
kita kosong tanpa cerita. Bayangkan bila ada orang yang ikut blog kita, tetiba rasa
kecewa bila tengok blog kita diam tanpa bahasa. Sekurang-kurangnya sahutlah
galakan Nabi Muhammad s.a.w sampaikanlah padaku walau satu ayat.
Maklumlah
sekarang zaman dah canggih & moden dah tak guna blog ini. Senang guna
‘facebook’ sekali cerita dah berpuluh-puluh kawan ‘like’. Blog juga salah satu
alat untuk manusia menyampaikan kebaikan & berkongsi rasa syukur dengan
segala nikmat pemberian ALLAH kepada hamba-hambaNya. Usah biar blog kalian
sunyi tanpa cerita. Rugi pula kehadiran blog itu jika tiada yang menyelenggara.
Kenapa pada mula-mula nak buat blog kita begitu semangat nak cerita itu &
ini tengok-tengok akhirnya blog kita dah diam tanpa cerita? Tepuk dada tanya hati
kita...Kasihan blog yang kita buat tu.
Bila
kita hidup di dunia sebagai hamba & khalifahNya mahu atau tidak kita perlu
jadi hambaNya yang menghargai apa yang kita ada. Hargailah blog yang kita
wujudkan sebelum ini. Walau sesibuk manapun kita, luangkan masa walau sebentar
untuk menjenguk & mencurah idea di blog kerana kita tak tahu mungkin dengan
cerita-cerita kita di blog itulah membuka jalan petunjuk ALLAH pada
makhluk-makhlukNya yang bernama manusia. Mungkin dengan cerita-cerita itulah
mampu membuka pintu hati kita untuk terus mengamalkan Islam dalam kehidupan.
Panjang
pula penulis berceloteh hari ini yer. Minta maaf atas segala khilaf, maaf jika
ada yang menyinggung hati sahabat tetapi niat penulis cuma satu mahu mengajak
diri penulis & semua sahabat menghargai kewujudan blog yang kita berusaha
wujudkannya sebelum ini. ALLAH pasti tak mahu makhlukNya melakukan sesuatu
kerja separuh jalan & kalian tentu arif tentangnya.
Ya
mungkin suatu saat penulis juga akan berhenti menulis & tiada lagi
cerita-cerita yang menghiasi QalamWardahZinnirah.blogspot.com. Namun selagi ada
kemampuan cuba untuk penulis usahakan memenuhi blognya dengan cerita. Mungkin
sahabat-sahabat lebih selesa menggunakan cara lain untuk menyampaikan Islam
& ada sebab-sebab tertentu yang menyebabkan blog sahabat sunyi sepi.
Penulis berlapang dada & menerima alasan kalian dengan hati terbuka.
Hanya
satu permintaan penulis pada dirinya & semua sahabat yang membaca ‘entri’
ini jangan kalian putus asa untuk terus menyampaikan kebenaran & keindahan
Islam. Ajaklah seramai mungkin manusia untuk merasai manisnya menjadi Muslim
biar pada hakikatnya ramai yang membenci kebaikan & Islam. Walau
bagaimanapun usaha kalian, usah putus asa. Gunakan blog sahabat-sahabat dengan
sebaiknya, usah berhenti di tengah jalan kerna ini bukan wasilah seorang
pejuang.
No comments:
Post a Comment