Bismillahirrahmanirrahim…
Al-Hamdulillah...segala
puji bagi ALLAH yang Menghidupkan & mematikan makhlukNya. ALLAH Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang yang memberi kurnia terhebat buat hamba-hambaNya
yakni Islam & iman. Tanpanya hilanglah keberkatan hidup di dunia, tanpanya
takkan penulis bisa berpijak di bumi ini dengan keindahan Islam, tanpanya entah
ke mana perginya hati penulis ketika ini mungkin hanyut dengan keindahan dunia
semata.
Al-Hamdulillah,
pagi ini ALLAH masih memberi ruang kepada penulis untuk meneruskan penulisannya
yang biasa. Pagi ini penulis nak berkongsi tentang seorang insan hebat yang
penulis kenal & ‘post’ ini penulis dedikasikan buat insan sehebat dia.
Penulis kenal insan ini. Insan biasa tapi bisa jadi luar biasa di sisiNya.
Kami
hanya berkenalan melalui ‘facebook’ yang pada mulanya hanya tahu nama dan
tempat tinggal semata. Dia anak sulung dalam keluarganya sama seperti penulis.
Em...daripada tidak kenal hinggalah dia mendapatkan nombor telefon penulis,
kami saling bersms. Bahagia membina persahabatan ini. Daripada tidak kenal
hinggalah dia bertandang ke rumah penulis pada hari raya aidilfitri yang lepas.
Dia hanya insan biasa, tapi di sisinya penulis nampak peluang menebar ukhuwwah.
Bukankah setiap muslim itu bersaudara?
Dia
insan hebat. ALLAH memilih dia untuk menerima ujian yang sangat berat dalam
kehidupannya. Menghadapi masalah dalam keluarga, hidup tunggang-langgang, nasib
baik sahaja dia dipelihara oleh seorang nenek. Pasti ujian ini berat bagi
dirinya terpaksa berpisah dengan adik-adik hanya kerana ibu & ayah tidak
saling memahami. Anak yang terpaksa menanggungnya. Penulis hanya mampu memberi
kata nasihat & kiriman doa untuk dia agar dia dikuatkan iman ditabahkan
hati untuk menghadapi ujian ini.
Sudah
lama kami tidak bersms. Tiada khabar darinya. Penulis pula sibuk dengan
urusannya sehingga lupa untuk memanjangkan khabar pada dia. Hingga suatu malam
penulis mendapat sms daripadanya. Betapa bahagia penulis saat itu. Penulis
sayang dia kerana ALLAH & penulis tidak mahu kehilangan dia yang penulis
anggap sebagai adik sendiri. Khabar darinya cukup membuat penulis sedar betapa
ujian yang ditanggungnya lagi berat dari penulis tanggung selama ini. Lama kami
bersms, bukan kerana kami berlainan jantina tapi atas dasar cinta ukhuwwah
kerana ALLAH penulis melayan dia. Dia insan istimewa di hati penulis.
Usah
cepat melatah duhai sahabat! Dia hanyalah seorang gadis yang sudah penulis
anggap sebagai adiknya yang perlu dibentuk & diberi kasih sayang kerana ALLAH.
Istimewa dia bukan kerana dia lelaki tetapi istimewa dia kerana dia perempuan.
Usah kita biar insan sepertinya hanyut dengan masalah peribadi. Biar dia terus
leka dengan cinta ALLAH Yang Maha Mulia. Biar dia terus mencari cinta ALLAH
dalam lukanya menghadapi ujian yang sungguh menguji imannya. Kenapa dia
istimewa di sisi penulis?
Pertama,
dia insan hebat yang membuka mata penulis bahawa jika penulis merasakan
ujiannya berat tak tertanggung, ujian yang perlu dihadapinya lagi hebat mungkin
tak tertanggung oleh penulis. Ke dua, kehadiran dia betul-betul membuka mata
hati penulis untuk menjadi insan yang bersyukur. Ujian yang di susun indah oleh
ALLAH untuk hamba-hambaNya itu tanda ALLAH sangat menyayangi kita. Tanpa ujian
pasti hidup kita leka, tanpa ujian pasti kita jauh dariNya. Apa salahnya kita
menjadi insan yang bersyukur dengan segala nikmat & ujianNya. Ke tiga, dia antara insan istimewa yang
membuka hati penulis untuk melebar sayap ukhuwwah pada semua orang tanpa
memilih dia baik atau nakal.
Warkah
istimewa ini untuk dia moga kamu bisa tabahkan hati untuk menghadapi ujian
hidup ini. Moga ujian in bisa memetangkan dirimu. ALLAH sangat menyayangi kamu
kerana itu ALLAH memilih kamu untuk menghadapi ujian ini & ingatlah ALLAH
tidak sesekali menganiaya hambaNya. Doa ini penulis kirim buatmu agar kamu bisa
tegar dengan ujian ALLAH, doa ini penulis pohon moga diberi syurga atas segala
kepayahanmu di dunia. Teruskan hidupmu sebagai muslimah mawar agama, biar harum
namamu di pintu syurga.
Terima
kasih buat insan hebat ini yang banyak menyedarkan penulis tentang kasih sayang
ALLAH Maha Luas. Salam kasih sayang kerana ALLAH buat insan hebat istimewa di
hati penulis.
No comments:
Post a Comment