Bismillahirrahmanirrahim…
Al-Hamdulillah
Ya Rabb...peluang keemasan ini masih menjadi milik penulis untuk berkongsi rasa
bahagia menjadi muslim yang mengamalkan agama Islam. Biar keindahan Islam itu
tersebar kepada semua yang menjenguk blog ini. Biar yang biasa jadi luar biasa,
yang baik jadi lebih baik, yang tidak baik bertukar jadi baik, yang Islam terus
Islam, yang tidak Islam merasai kemanisan Islam, kerna panahan menulis dari
hati terus singgah ke hati.
Penulis
tak pandai berkata-kata seperti penceramah-penceramah yang ada, tapi mahu juga
menyumbang sesuatu untuk kegemilangan Islam. Jadi penulisan menjadi wadah
utamanya. Tak salah kan? Sahabat-sahabat terima kasih kerana memberi dorongan
kalian kepada penulis untuk meneruskan penulisan blog ini. Moga jasa baik
kalian dibalas setimpalnya oleh ALLAH Yang Maha Berkuasa.
Baiklah,
hari ini penulis mahu bercerita tentang hakikat fitrah manusia yang pasti
dilalui oleh setiap insan yang bernyawa, iaitu mati. Yalah, dalam keseronokan
kita berbicara tentang dunia ada baiknya kita selitkan ia dengan hakikat
manusia yang bakal kembali pada ALLAH, cuma sekarang kita tidak tahu bilakah
saat tiba kematian kita? Bilakah Malaikat Maut datang mencabut nyawa kita?
Bagaimana keadaan kita ketika menahan sakit sakaratul maut?
Sudah
jelas lagi bersuluh dalam surah al-Baqarah ayat 185 tentang hakikat kematian
& pada hari kiamat sahaja akan disempurnakan setiap balasan sama ada
balasan syurga atau neraka. Dunia ini hanyalah tempat persinggahan & akhirat
tempat destinasi abadi manusia.
Surah ali-Imran ayat 185 yang bermaksud:
185. tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah
akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka
dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah
bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat
kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.
Hari rayer yang lepas kami sempat ziarah kubur allahyarhamah nenek
Ayahanda penulis di samping kubur ibundanya...
Sekali-sekala perlu kita membawa diri
mengingati saat kematian supaya tidak tersasar dari tujuan yang sebenar. Ya,
sekurang-kurangnya kematian mengingatkan kita bagaimana dengan bekalan akhir
kita, mahu berjumpa ALLAH dalam keadaan kita derhaka atau kita di limpahi kasih
sayangNya? Itu terserah kerana kita sendiri yang bakal menjalani kehidupan
baharu kita. Ketika itu tiada lagi manusia atau ustaz yang boleh menolong kita
hanya amal jariah, doa anak soleh & syafaat dari Rasulullah s.a.w bisa
membantu kita.
Mari kita sama-sama muhasabah diri! Solatlah
kita sebelum kita disolatkan dengan berkain kafan. Rebutlah peluang menabur
segala kebaikan sebelum kita sudah tidak punya masa mahu memikir tentang
masalah ummah kerna ketika itu malaikat maut sedang menjemput kita menuju ke
alam barzakh pula. Hargailah insan-insan yang wujud di samping kita sebelum
kita tak punya waktu berbuat demikian kerana mereka telahpun menangisi
kepemergian kita ke alam lain. Usah menyesal di kemudian hari duhai diri yang
disayangi ALLAH. Percayalah kita masih punya waktu untuk berubah, untuk menemui
ALLAH dalam keadaan ALLAH redha terhadap diri ini.
Sesungguhnya orang yang sentiasa mengingati mati
adalah orang yang berjaya dalam hidup dunia & akhiratnya kerna dia tahu
tujuan akhirnya adalah menemui ALLAH dengan penuh bahagia & redha biar
ramai manusia memandangnya dengan pandangan ghuraba’ (asing). Mari kita
mengingati saat kematian dalam leka kita melayan keindahan dunia supaya kita
tetap menjadi hambaNya yang bersyukur dengan setiap nikmat pemberianNya!
Mari sama-sama kita hadiahkan surah al-Fatihah kepada semua yang telah kembali ke rahmatullah. Moga ALLAH mempermudah segala urusan mereka & dapat memberi kesabaran hati kepada kita yang masih hidup ini. al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment