Bismillahirrahmanirrahim...
Al-Hamdulillah...syukur padaNya kerna kita masih menikmati nikmat terbesar & terindah dalam kehidupan sebagai Muslim iaitu nikmat Islam & iman. nikmat ini yang sewajarnya diucapkan sentiasa oleh umat Islam.
Al-Hamdulillah...petang ini kesempatan penulis untuk menjengah blognya masih ada. bicara di petang hari ini tentang isu yang menggemparkan dunia iaitu kehilangan pesawat MH370. Subhanallah...Maha Suci ALLAH. Kehilangannya diperkatakan serata dunia & penulis tidak mahu bercakap panjang tentang hal ini, cukuplah peristiwa ini memberi kesedaran kepada diri kita sebagai Muslim untuk lebih mendekatkan diri kepada ALLAH.
Banyak kata & bicara telah tersebar meluas di dunia tentang kehilangan MH370, penulis tidak mahu mengulas panjang biarkan saja orang yang ahli tentangnya mengkaji. Kita sebagai Muslim perlu mendoakan yang terbaik moga diberi keselamatan kepada mangsa-mangsanya & ingatlah ini ujian & hikmah tersirat di sebalik peristiwa ini. Rahsia ALLAH siapa tahu.
Mari kita hayati bait kata dalam lirik nasyid ini yang bertajuk 'Taubat oleh Opick'! ALLAH menurunkan bala & ujian untuk memberi peringatan kepada hamba-hambaNya tentang dunia & akhirat. Usah kita bertangguh dari bertaubat dengan taubat nasuha bimbang kita tiada lagi punya masa untuk bertaubat kelak.
Taubat- Opick
Wahai Tuhan jauh sudah
Lelah kaki melangkah
Aku hilang tanpa arah
Rindu hati sinarmu
Wahai Tuhan aku lemah
Hina berlumur noda
Hapuskanlah terangilah
Jiwa di hitam jalanku
Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa
Ya Rabbi ijinkanlah
Aku kembali padaMu
Meski mungkin takkan sempurna
Aku sebagai hambaMu
Berikanlah aku kesempatan waktu
Aku ingin kembali
Kembali kepadaMu
Dan mungkin tak layak
Sujud padaMu
Dan sungguh tak layak aku
No comments:
Post a Comment