Bismillahirrahmanirrahim…
Al-Hamdulillah...kita
masih bisa bersua kembali dalam ‘post’ seterusnya. Syukur padaNya kerana
penulis masih diberi nafas untuk meneruskan kehidupan ini walau dia tidak tahu
bila dia akan meninggalkan dunia ini. Mati itu pasti bagi setiap manusia, cuma
kita tak tahu bila tiba saat kematian kita kerna itu adalah rahsia ALLAH.
Penulis sudah bincangkan topik mati itu pasti sebelum ini, jadi hanya untuk
mengingatkan diri agar tak leka dengan keindahan dunia.
Al-Hamdulillah
peluang untuk meneruskan penulisannya masih penulis miliki. Jadi, hari ini penulis nak
bercerita tentang kehidupannya & sahabat di alam pekerjaan. ‘Gelaran Ustazah Bukan
Hanya Pada Pakaian’. Ya, masalah dunia sekarang bila ada manusia yang bercakap
tentang kebaikan & berpakaian menutup aurat terus dipanggil dengan gelaran
ustazah @ ustaz. Sedangkan sepatutnya gelaran itu sesuai untuk mereka yang
betul-betul mendalami & memahami ilmu agama. Orang yang selayaknya
menceritakan tentang agama. Lain pula yang terjadi bila berada di bandar ini.
Mentang-mentang kami berpakaian sedikit labuh & menutup aurat terus di
panggil ustazah.
Bukan
tidak suka dengan gelaran itu, cuma sedikit segan. Penulis bukannya orang hebat
dalam agama hanya insan biasa mahu mengamalkan prinsip agama sudah di anggap
berbeza. Pakaian tidak selalunya menggambarkan dia seorang ustazah. Jika
kata-katanya dusta bagaimana? Jika perangainya kurang baik bagaimana? Manusia
mudah sekali menganggap seseorang hanya pada luarannya semata sedangkan pepatah
Inggeris kata, “Don’t judge the book by its cover.”
Muslimah
yang menutup aurat sentiasa di pandang pelik di sini. Mereka seolah-olah ibarat
rusa masuk kampung. Pandangan manusia seolah-olah melihat mereka membuat salah
sedangkan Islam & ALLAH menuntut perempuan muslimah menutup auratnya dari
pandangan umum. Ya, kita bersangka baik pada mereka mungkin mereka tidak tahu
apa yang sepatutnya mereka tahu. & ini adalah tanggungjawab individu muslim
untuk menegur & menasihati saudara seIslamnya tentang hukum agama.
Pada
pendapat penulis, panggilan ustazah sesuai untuk guru-guru yang mengajar
matapelajaran agama bukan hanya kerana dia belajar agama atau berpakaian
menutup aurat semata. Lagipun panggilan ustazah ini adalah mulia di sisiNya.
Dia mengangkat martabat agama bukan dengan gelaran ustazah tetapi dengan ilmu
yang diperoleh & diamalkannya. Bila di pejabat pun nak panggil ustazah,
bunyinya pelik.
Manusia
ini rambut sahaja sama hitam tetapi hati lain-lain. Jadi, manusia punya banyak
ragam, punya banyak perangai. Baiklah, penulis & sahabatnya terima sahaja
gelaran itu kerana manusia punya banyak pendapat yang berbeza. Ya, untuk
meraikan perbezaan itu kami cari titik persamaan dengan menghargai apa yang
rakan sekerja lakukan baik, kami terima, yang kurang baik cuba untuk menegurnya
walaupun dalam ramai-ramai pekerja kamilah yang paling muda kerana kami hanya
pelatih sementara.
Peluang
bersama-sama masyarakat di tempat kerja ini betul-betul membuka mata penulis
& sahabat bagaimana mahu berdepan dengan masyarakat yang sebenar bukan lagi
teori seperti yang dipelajari dalam kuliah sebelum ini. Peluang ini yang perlu
penulis & sahabatnya gunakan dengan sebaik-baiknya untuk membina sifat
penyayang & yang penting menyebarkan kebaikan Islam pada semua umat manusia
yang ada di sekeliling mereka. Ini peluang untuk kami memahami
masyarakat....ini peluang untuk menabur keindahan Islam pada yang hak.
Sekian
dahulu bicara kata penulis melalui pena buat tatapan diri yang sentiasa lemah
& mengharap keredhaanNya di setiap helaan nafasnya, juga buat sahabat semua
yang sudi menjengah blog ini terima kasih yang tidak terhingga buat kalian.
#prayforMH370
#prayforMH370
Hasbunallah
wa ni’mal wakil, ni’mal maula wa ni’man nasir...
No comments:
Post a Comment