Bismillahirrahmanirrahim…
Al-Hamdulillah
Ya Rabb...masih dapat meneruskan langkah dalam iman & Islam. Subhanallah
sangat indah untuk dinikmati sebagai seorang Muslim. Cinta & kasih sayang
kerana ALLAH. Maha Besar ALLAH yang menciptakan manusia dengan sebaik-baik
penciptaan. Firman ALLAH S.W.T dalam surah at-Tiin ayat 4 yang bermaksud:
4.
Sesungguhnya Kami (ALLAH) telah menciptakan manusia dalam bentuk yang
sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).
‘Post’ hari ini tentang aku punya Kekasih.
Kita lihat sahaja remaja-remaja Islam terutamanya begitu seronok menjalani
kehidupan pergaulan bebas. Tak perlu kita senaraikan di sini siapa yang salah
atau siapa yang betul. Hakikatnya remaja sekarang semakin parah. Entah
bagaimana mahu diubati penyakit yang kian membarah ini? Ya, harapnya kehadiran
warkah ‘Aku Punya Kekasih’ ini bisa menyedarkan hati penulis &
remaja-remaja di luar sana siapa sebenarnya yang patut kita cinta. Mari kita
baca dengan hati Warkah Cinta: ‘Aku Punya Kekasih’ ini!
“Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang. Aku mulakan warkah ini dengan namaMU Ya ALLAH moga memberi
manfaat pada diri yang mencintaiMu melebihi segala-galanya. Percaya atau tidak
aku sudah punya Kekasih. Sejak aku dilahirkan aku punya Kekasih. Malah bonda
& ayahanda tidak pernah melarang aku bercinta denganNya. Aku diajar sejak
dari kecil untuk sentiasa menyayangiNya.
Aku punya Kekasih...Kekasih yang mampu membahagiakanku
melebihi cinta sang manusia. Buktinya saat aku merasa sendiri Dia datang
memujuk jiwaku dalam sujud & solat padaNya. Saat aku kesedihan Dia
membelaiku dengan kasih sayangNya yang melimpah-ruah. Saat aku bahagia Dia datang
menambah rasa bahagia dalam syukur. Saat aku cemburu melihat sahabat-sahabat
bersama jodoh mereka, Dia pantas menyabarkanku dengan janjiNya. Dia yang
menciptakan rasa cinta & sayang dalam diriku hingga aku mengerti cinta ini
adalah milikNya yang abadi. Sepantasnya cinta ini milik Dia.
Aku takut kehilangan Kekasihku ini. Kenapa?
Banyak kemungkinan buruk menimpaku jika aku meninggalkanNya. Aku mungkin tidak
bahagia di dunia apatah lagi di akhirat sana...aku mungkin juga hidup tanpa
arah di dunia ini tanpa pimpinan kasih sayangNya...paling malang hatiku kosong
tanpa makna yang mewarnai kehidupan. Aku takut duhai Kekasih. Kerana itu di
setiap helaan nafas, ku amat memerlukanMu.
Aku tak sedih bila ramai yang berkongsi kasih
denganNya kerana Dia memang menjadi hak semua manusia. Sesiapa sahaja bisa
mencintai Kekasihku kerana cintaNya Maha Besar. Aku malah makin kecewa &
hiba bila ramai manusia tidak menghargai kasihNya. Bila aku di landa ujian yang
hebat hakikatnya tiada manusia yang mampu mengubatiku hanya Kekasihku bisa
mengubat luka & masalah ini. Ya, manusia jarang ada di sisi aku, tapi
Kekasihku ini sentiasa ada di sampingku sama ada ketika aku bahagia atau
derita. Aku paling bahagia membaca kalam cintaNya yang penuh dengan makna. Tanda
sayang Dia terhadap insan yang menyayangiNya. Bila aku mahukan sesuatu minta
sahaja denganNya, tentu aku akan memperolehnya sama ada cepat atau lambat. Jika
dapat apa yang dihajati, al-Hamdulillah, jika tak dapat apa yang dihajati itu
tanda Dia nak bagi yang lebih baik untuk aku. Itu yang ayah aku ajar tentang
cintaNya.
Aku punya Kekasih...yang menjadi pengubat
kala sedih, yang menjadi penenang kala resah, yang menjadi peneman setia kala
sendirian gelisah dengan masalah, yang menjadi pencinta kala perindu syahid
Ilahi ini tergelincir dari landasan yang benar. Dia Kekasihku yang sentiasa
meghiasi rasa cinta dalam jiwa. CintaNya adalah cinta teragung di abad ini
malah tiada tandingan pun dengan cinta Mumtaz & Syeikh Jehan dalam merakam
cinta istana Taj Mahal di India.
Aku tahu kalian juga punya kekasih tapi
percayalah kisah cinta seorang kekasih dengan Maha Penyayang adalah kisah
paling hebat di dunia ini hingga mampu menjadi sebutan oleh makhluk langit &
bumi hanya kerana kisah cintaNya. Mahu aku khabarkan pada penduduk dunia bahawa
cintaNya maha hebat bisa mengubah benci jadi sayang, bisa mengubah kaca jadi
permata, bisa mengubah jahil jadi alim, bisa mengubah jauh jadi dekat kerana
cintaNya. Itulah Kuasa Besar Kekasihku yang aku merindui untuk bertemu
denganNya kerna hingga saat ini aku masih belum menemuiNya. Indahnya cinta kami
yang jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati. Cinta kami terpelihara.
Walau aku tak pernah menemuiNya aku tak
pernah putus berdoa moga suatu saat aku bisa menemuiNya dalam husnul khatimah. Aku
merasai cintaNya dalam setiap nikmat hadiah dariNya. Aku rindu & tersangat
rindu untuk menemuiNya & meluahkan rasa cintaku padaNya. Dan aku yakin
keluargaku juga tak sabar menemuiNya nanti.
Kalian bagaimana? Masih dengan cinta biasa?
Cinta manusia yang hanya membawa kepada kematian? Cubalah kita mengubah langkah
mencintai Kekasihku dengan sepenuh hati, kerna yakinlah cintamu bakal terbalas
nanti malah bertambah juga cinta yang lain bakal mendekat padamu. Itu yang
terbaik untuk qalbu manusia yang mendamba cintaNya.
Baiklah walau belum puas aku bercerita tentang
Kekasihku ini, aku mahu mengkhabarkan dengan penuh rendah diri siapa Kekasihku
yang sebenar yang bisa aku berkongsi segalanya. Bahkan, Dia Kekasihku tahu
semua yang tersirat & tersurat dalam hatiku & Dia yang menentukan
jodoh, mati, hidup, bahagia @ deritaku. Dialah ALLAH S.W.T Yang Maha Berkuasa
atas segala sesuatu, Yang Maha Menciptakan seluruh alam ini. Dialah Kekasihku
dunia & akhirat. Dialah cinta hatiku selamanya walau nanti aku terpaksa
berbagi cinta insyaALLAH Engkau tetapkanlah hatiku untuk terus mencintaiMu.
Sampai di sini sahaja Warkah Cinta: Aku Punya
Kekasih bermadah. Harapnya mampu menghidupkan rasa cinta kita pada ALLAH Yang
Maha Esa. Salam sayang kerana ALLAH.”
Ha...macam mana rasa setelah membaca warkah
cinta ini? Panjang sudah bicara ‘aku’ dalam warkah ini. Jadi penulis tidak mahu
memanjangkan lagi kalam. Setakat ini dahulu bicara cinta hati buat diri &
sahabat-sahabat moga bisa memberi manfaat. Jumpa lagi di lain masa dengan
‘entri’ yang lain pula.
SubhanALLAH, al-Hamdulillah, lailahaillallah,
ALLAHuakbar.
Bidadari-bidadari tetamu ALLAH.
No comments:
Post a Comment