Bismillahirrahmanirrahim…
Al-Hamdulillah...dengan
rahmat & kasih sayangNya dapat penulis meneruskan kehidupan sebagai seorang
Muslim. Ucapan syukur yang tidak terhingga juga dilafazkan oleh penulis kerana
pagi ini sudah hampir sebulan penulis berpraktikal di bumi Kuala Langat,
Banting, Selangor Darul Ehsan bersama-sama sahabat baiknya. Bermacam-macam
dugaan & pengalaman telah kami perolehi semasa berada di sini.
Bermula
dengan cabaran tempat tinggal penulis dengan tempat praktikal dalam 15 minit
berjalan kaki hinggalah kesukaran untuk
bergerak ke mana sahaja kerana kami hanya mampu berjalan kaki. Setiap pagi kami
berperang dengan melintas jalan raya yang sangat sibuk dengan kenderaan yang
tidak putus-putus melalui jalan raya. Penulis yang sebelum ini sangat takut
apabila di ajak melintas jalan raya yang besar kini perlu membiasakan dirinya
dan mengenepikan ketakutannya jika tidak dia tentu tak dapat nak meneruskan
praktikalnya di sini.
Bila
nak membeli barang-barang penulis & sahabat perlu berjalan kaki untuk
mendapatkan barang keperluan mereka. Kehidupan di sini agak mencabar tetapi
tidak langsung mematahkan semangat penulis & sahabatnya. Malah segala
cabaran yang di hadapi memberi satu aura baru kepada mereka. Mengajar mereka
hidup dengan berdikari tanpa terlalu bergantung kepada manusia semata.
Kehidupan
yang sederhana bisa mengajar manusia untuk sentiasa mendekatkan diri kepadaNya
di samping menjadikan manusia lebih tabah & sabar dalam menghadapi
kesederhanaan serta bersyukur dengan anugerah pemberianNya
Al-Hamdulillah,
kawasan kejiranan penulis & sahabat sangat baik jika berkesempatan &
kebetulan jiran melihat kami berjalan ke tempat kerja, tanpa segan mereka
sanggup menumpangkan kami. Bila ke masjid, ahli jemaah masjid sangat ramah
& baik hati. Ahli jemaah masjid yang terdiri daripada golongan tua sangat
mengalu-alukan kedatangan kami ke masjid.
Tajuk
kita pagi ini tentang taman-taman syurga di dunia. Siapa tahu apa itu
taman-taman syurga di dunia? Baru semalam masih kuat terngiang-ngiang di
telinga penulis tentang kata bicara seorang ustaz yang mengajar di masjid.
Katanya, majlis-majlis ilmu itu ibarat taman-taman syurga di dunia sesiapa yang
dapat memenuhinya maka beruntunglah baginya. Sifat cintakan ilmu itu yang
sepatutnya di tanam oleh umat Islam sekarang bari mendepani musuh-musuh sama
ada yang nyata @ yang batil.
Kenapa
majlis-majlis ilmu di masjid itu di katakan sebagai taman-taman syurga?
Malaikat memayungi & melebarkan sayapnya ketika melihat ada majlis ilmu
sedang berlangsung selain doa-doa pencinta ilmu ketika menghadiri majlis ilmu
itu langsung didengar oleh ALLAH dan di aminkan oleh malaikat. Ketika itu
percayalah kita bisa merasai ketenangan yang berlipat kali ganda, ketika itu
harta sudah kita letakkan jauh dari diri kita. Kehadiran kita ke masjid adalah
untuk megimarahkan rumah ALLAH. Bukankah rumah ALLAH itu di dalamnya terkandung
berjuta rahmat & hikmah buat sang pencintanya.
Duhai
sahabat, rebutlah peluang untuk menjadi antara pencinta taman-taman syurga di
dunia. Jika kita sentiasa sibuk dengan urusan dunia ambillah masa untuk
bersendiri bersama Tuhanmu di rumah ALLAH, pinta & mengadu padaNya. Doa
dengan setulus hati terus dirasakan kasih sayangNya menyelinap di setiap urat
nadi kita. Pasti ketenangan yang kita sentiasa impikan sebelum ini akan
menjelma. InsyaALLAH...
Di
kesempatan ini juga penulis mahu terus mengajak dirinya & sahabat-sahabat
yang disayangi kerana ALLAH untuk istiqamah mendekatkan diri padaNya walau apa
pun cara kita asal ALLAH redha. Sebab dengan mengingati ALLAH sahaja hati kita
akan menjadi tenang. Peluang tidak datang dua kali, peluang untuk mendekati
majlis ilmu sangat banyak, jadi rebutlah peluang itu sebelum kita tidak lagi
punya kesempatan untuk menghadirkan diri ke majlis ilmu & merasai sendiri
manisnya bercinta dengan ALLAH dalam taman-taman syurga di dunia. Setakat ini
dahulu celoteh ilmu dari penulis moga ketemu lagi di lain masa.
No comments:
Post a Comment