Bismillahirrahmanirrahim…
Al-Hamdulillah
Rabbil ‘Aalamiin...Terima kasih Ya ALLAH di atas segala nikmat pemberianMu
terutamanya nikmat Islam & iman yang masih menjadi milik penulis &
sahabat-sahabat. Ya dengan Islamlah hidup manusia terarah, ya Islam membawa
manusia mengenal ALLAH, menjadi insan sebaik-baik penciptaanNya. Syukur atas
nikmatMu. Al-Hamdulillah...
Mari
kita sama-sama menghayati hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Daripada
Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu'az ibn Jabal, r.a., daripada
Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:
“Bertaqwalah
engkau kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan
dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah
sesama manusia dengan budi pekerti yang baik.”
(Hadis
riwayat al-lmam al-Tirmizi)
Ada
tiga pengajaran penting dalam hadith ini, pertamanya tentang taqwa. Apa yang
dimaksudkan dengan taqwa? Mengikut hadith 40 taqwa bermaksud sesuatu yang
diletakkan oleh seseorang hamba di antaranya dengan apa yang ditakuti dari Allah
iaitu murkaNya, dendamNya dan azabNya. Juga termasuk dalam taqwa - melakukan
perkara wajib/ tinggal yang haram. Bertaqwalah kita umat Islam walau ketika
berseorangan atau ramai. Ke-2, manusia kebanyakannya selalu melakukan kesalahan
dalam keadaan sengaja atau tidak itulah fitrah manusia sering melakukan
kejahatan. Namun jika kejahatan itu bisa di balas dengan kebaikan itu adalah
yang terbaik. Ke-3, akhlak & budi
pekerti yang baik itu sangat digalakkan oleh agama. Hubungan dengan manusia
yang baik mampu menghasilkan masyarakat yang berkasih sayang.
Hari
ini kita berbincang tentang ucapan terima kasih. Antara akhlak baik yang patut dihayati
oleh umat Islam sekarang ini. Ya, mungkin pada setengah orang menganggap terima
kasih hanya ucapan biasa & tidak punya apa-apa makna. Tidak bagi penulis.
Dek
kerana itu hari ini penulis mahu bercerita tentang terima kasih. Cuba bayangkan
bagaimana jika kita menjadi seorang yang ringan mengucapkan terima kasih kepada
sesiapa sahaja yang memudahkan urusan kita? & cuba bayangkan juga bagaimana
jika kita menjadi manusia yang susah mengucap terima kasih pada orang yang buat
baik kat kita? Tepuk dada tanya iman kita.
Ringankan
mulut untuk mengucap terima kasih pada semua orang yang menabur kebaikan kepada
kita, agar kita menjadi insan yang bersyukur. Ucapkan terima kasih pada pemandu
bas yang membawa kita ke destinasi walau kita membayarnya, ucapkan terima kasih
juga pada sahabat-sahabat yang banyak membantu walau mereka tak pernah meminta,
ucapkan terima kasih pada ibu & ayah yang tak pernah lupa mendoakan kita
walau bagaimana pun anak-anaknya, ucapkan terima kasih juga kepada rakan
sekerja yang membantu kita membiasakan diri dengan suasana baru, tak dilupa
ucapkan terima kasih pada sahabat-sahabat blog yang sanggup bersengkang mata
membaca setiap isi blog. Moga bermanfaat buat Islam.
Memang
benar pada mulanya kita akan menelan kepahitan dengan pandangan pelik mereka,
tapi lama-kelamaan ucapan terima kasih itu yang mengikat tali persahabatan
& persaudaraan antara kalian. Ya, manis takkan datang tiba-tiba, sama juga
pelangi takkan datang tanpa ada hujan terlebih dahulu, sama juga kesenangan
takkan datang tanpa kita menempuh kesusahan terlebih dahulu. Betul tak? Jika
penulis salah betulkan ea?
Terlebih
penting bagi insan yang memegang gelaran muslim untuk sentiasa mengucap terima
kasih atau dengan kata lain al-Hamdulillah kepada ALLAH Yang Maha Berkuasa. Tanda
syukur kita sebagai hamba & khalifahNya. Jadi, mulai saat ini, mulai detik
ini selepas membaca ‘entri’ ini mari kita amalkan budaya mengucapkan terima
kasih pada orang yang membantu kita. Bukan susah pun ucap terima kasih sahaja.
Sungguh ucapan terima kasih itu kata-kata yang berharga keluar dari mulut insan
yang mahu kebaikan dirasai semua biar semua orang dapat melihat keindahan
Islam.
Baiklah,
itu sahaja coretan & celoteh penulis untuk hari ini sekadar berkongsi apa
yang baik, sekadar mahu mengisi masa terluang penulis dengan mengisi blognya
dengan perkara yang baik, moga
menyumbang untuk ummah & Islam walau sedikit cuma. Jika masih diberi
kesempatan insyaLLAH kita berjumpa di lain hari dalam topik yang lain pula.
No comments:
Post a Comment