Bismillahirrahmanirrahim…
Al-Hamdulillah...Ya
ALLAH terima kasih atas nikmat Islam & nikmat iman yang telah ALLAH
kurniakan kepada penulis ketika ini & selamanya. Semoga nikmat ALLAH ini
akan sentiasa memberi peluang & kesempatan kepada penulis untuk terus
menyebarkan Islam pada semua yang berhak mendapatkan kemanisan Islam.
Seharusnya sahabat sekalian bersyukur kerana kita dilahirkan dalam keadaan
Islam & punya satu Tuhan iaitu ALLAH.
Hari
ini penulis nak bercerita tentang bintang syurga. Satu hari sebuah buku. Jadi
penulis sempat membaca sebuah buku milik Nurul Mardiah Fadzil bertajuk, “Cerita
Cinta Ahmad Ammar yang disusun oleh Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) terbitan
Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.” Terima kasih kepada sahabat setia penulis, Ayu yang
membuka mata penulis bila dapat pinjam & baca buku ini.
Teka
siapa bintang syurga sekarang ni? Kalian sudah tahu bukan. Sosok tubuh yang
belum pernah kita lihat ketika hayatnya, tidak pernah menagih popular dalam
kehidupannya, bersederhana & semasa allahyarham meninggalkan dunia dia sangat
dikenali kerana kebaikannya. Subhanallah, tiada kata yang mampu penulis
ungkapkan ketika membaca buku ini. Hanya sebak di dada menemani saat meneliti
setiap bait kata tentang biodata insan hebat bernama Ahmad Ammar Ahmad Azzam.
Tahu
apa perasaan penulis ketika itu? Rasa cemburu dengan kebaikan yang dia taburkan
semasa hayatnya, cemburu dengan husnul khatimah di akhir nafasnya, cemburu
dengan bidadari yang menunggunya, cemburu dengan pertemuannya dengan ALLAH Yang
Maha Esa. Walau punya masa yang singkat hanya 20 tahun, tapi hayatnya dipenuhi
dengan misi menyelamat ummah, misi menyebar kebaikan & keindahan Islam.
Bagaimana pula dengan diri kita? Bagaimana penulis pula? Adakah sehebat ini
usaha kita menyebar keindahan Islam kepada semua, menghias perjuangan keranaNya
walau tanpa dipandang manusia.
Duhai
diri yang lemah cubalah mencontohi sifat Ahmad Ammar Ahmad Azzam yang menjadi
bintang syurga pada pengakhiran hidupnya! Dia tak minta popular tapi dengan
kepergiannya ke alam barzakh bisa membangkit banyak jiwa, bisa meniup ruh
perjuangan pada semua. Inilah kesudahan yang baik bagi manusia yang bernama
hamba ALLAH yang hidup & matinya kerana ALLAH. & Bila kerana ALLAH
segala suruhanNya dilaksanakan, segala laranganNya segera dijauhkan.
Memetik
kata-kata Ahmad Ammar Ahmad Azzam dalam buku ini, “Perlu ada keredhaan ALLAH
dalam amalan kalian. Sekiranya ALLAH redha sedangkan seluruh makhluk
menolaknya, maka ia tidak akan memberi apa-apa kesan pun kerana itulah,
sepatutnyahanya redha ALLAH semata-mata yang menjadi tujuan utama dalam khidmat
dakwah ini.”
Ingin
sekali penulis mencontohi segala sifat baiknya. Ingin sekali penulis punya
suami @ anak persisnya yang menjunjung Islam dalam kehidupannya. Ingin sekali
menjadi bintang syurga sepertinya. Akhir kalam, mari kita hadiahkan surah
al-Fatihah kepada Allahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azzam semoga kita bakal
menyusulnya ke syurga! Ameen. Nak tahu cerita apa menarik dalam buku ini yang menceritakan siapa sosok tubuh Ahmad Ammar Amad Azzam?
Bacalah buku Cerita Cinta Ahmad Ammar yang disusun oleh Grup Penjejak Tamadun
Dunia (GPTD) terbitan Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd...
Ya ALLAH izinkan kami mencontahi insan sebaik Allahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azzam...izinkan kami merasai manisnya memperjuangkan agamaMu di dunia ini walau terpaksa menelan pahit & derita kerna kami tahu jalan perjuangan ini tidak sesekali dihamparkan dengan permaidani mewah yang terbentang. Ameen
No comments:
Post a Comment