Bismillahirrahmanirrahim...
Al-Hamdulillah
atas segala nikmat pemberian & anugerahMu. Biar hambaMu ini tetap menjadi
hamba yang bersyukur Ya ALLAH. Al-Hamdulillah kerana penulis masih punya masa,
kekuatan, kesempatan & peluang menggunakan internet yang ada untuk
menyumbang sesuatu tanpa membiarkan blognya kosong membisu tiada tulisan.
Biar
pada luahan ini terungkai segala keresahan, biar pada perkongsian ini ada
manfaat pada jiwa yang mahu mengingati Tuhan, biar pada coretan ini tersingkap
segala makna kebaikan, biar pada bicara ini tercipta kenangan dalam pengalaman.
Baiklah,
hari ini penulis mahu bercerita tentang buku. Buku yang menjadi pendamping
setia penulis saban waktu di pejabat atau di rumah. ‘Post’ yang lepas kita dah
bincang serba sedikit pasal buku Ahmad Ammar Ahmad Azzam, hari ini kita bedah
pula buku majalah Islam yang sangat diminati ramai iaitu Majalah SOLUSI isu
ke-65 berkait rapat dengan insan yang bergelar ayah, papa, abi, abah, baba,
walid, & panggilan-panggilan lain tetapi tetap memegang tanggungjawab
sebagai bapa.
Isu
yang sangat dekat dengan jiwa penulis tentang ayahanda. Ayah insan hebat di
sisi anak-anaknya. Bijak pula Ustaz Pahrol Mohamad Juoi bermain dengan
kata-kata. Bicara sang ayah yang sangat memukau jiwa & menyebabkan penulis
leka bermain dengan air mata. Isu bertajuk “Bahasa Cinta Ayah” halaman 18 itulah
tulisan yang berjaya membuat penulis hiba dalam bahagia. Hiba bila mengenangkan
berjauhan dari ayah, hiba bila melihat betapa besarnya kasih sayang ayah yang
penulis sendiri tak nampak sebelum ini hingga bila membaca buku isu 65 barulah
penulis mengerti marah ayahnya tanda dia sayang. Bahagia kerna masih punya
ayah.
Al-Hamdulillah
Ya ALLAH Engkau telah mengurniakan anugerah terindah kepada penulis kerana
penulis punya ayah yang hebat peribadinya walau pelajarannya tersekat dek
kemiskinan yang melanda keluarga. Hebat perngorbanan ayah terhadap
anak-anaknya. Biar ayah tahu hakikat ayah tak belajar tinggi apatah lagi masuk
sekolah ayah tetap berusaha agar semua anak-anaknya dapat belajar samapi habis
universiti. Penulis mahu menjadikan impian ayahnya sebagai satu kenyataan
memandangkan penulis bakal menamatkan ijazahnya InsyaALLAH jika tiada aral
melintang tahun 2014.
Ya
bahasa cinta ayah berbeza dengan bahasa cinta ibu. Sayangnya tak pernah
ditunjuk dengan mengucapnya dibibir, sayangnya dengan marah bila melihat kita
melakukan kesalahan. Bila marah melanda terkadang tali pinggang menyinggah
badan. Namun itu semua demi cinta ayah pada anaknya. Benar bicara Ustaz Pahrol
Mohamad Juoi kerna penulis turut mengalaminya ketika mana penulis mendapat
tawaran universiti ibu paling nampak bahagianya, adik bersorak riang, ayah
hanya memandang tanpa kata seraya bertanya, “Berapa perbelanjaanya?”
Nasihat
ayah penulis paling ingat, kenapa? Sebab bicara cinta ayah ringkas sahaja,
sedang mama panjang lebar ceritanya. “Belajar elok-elok.” “Jangan main cinta
waktu belajar.” “Jangan lupa ALLAH.” “Jangan mudah percaya lelaki.” Setiap kali
telefon ayah, penulis akan sebak mendengar setiap bait katanya. Ya, katanya
menusuk kalbu walau hanya seminit berbicara dengannya. Doakan ayah penulis ya,
ayah sedang diuji dengan kesakitan hingga menyebabkan pergerakannya terhad,
& tidak lagi bekerja.
Penulis
tahu ayahnya kuat sebab tulah ALLAH uji ayah. Terima kasih Majalah SOLUSI
kerana dengan kehadiran isu 65 ini sekurang-kurangnya dapat mengubat rindu
penulis yang amat dalam pada ayahnya. Banyak lagi artikel lain yang terhias
indah dalam buku ini hanya menunggu pembaca membeli & membacanya antaranya,
‘Tok Ayah Pengasas Dua Pondok’, ‘Kasihan Al-Qamah Si Anak Derhaka’, ‘Pencegahan
Jenayah Syariah’, ‘Bukti Islam Dinamik’, ‘Tidak Berakhlak Pun Berjaya’, ‘Pesan
Nenek: Barang Naik, Iman Turun’, & banyak lagi.
Bicara
tentang ayah takkan pernah habis dalam kenangan penulis. Ayah insan istimewa di
hatinya sama seperti ibu, ayah juga hero di mata penulis walau pada ayah ada
kebaikan & kelemahannya. Walau bahasa cinta ayah terkadang kurang difahami
& menimbulkan persoalan memprotes. Maaf andai puterimu ini khilaf duhai
ayah, terima kasih atas kasih & sayang yang ayah curah, hanya ALLAH yang
bisa membalas sehebat cinta ayah. Lirik nasyid di bawah ini penulis tujukan
istimewa buat ayahanda yang disayangi kerana ALLAH, moga ayah bisa tabah dengan
ujiannya.
Lirik Ayah – Aeman
Ketika berjauhan
Masihku rasa hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku
Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan
Chorus
Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan
Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa
Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan
Ulang Chorus
Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan
Ulang Chorus
Tak dapatku bayangkan
Hidupku ayah
Tanpa engkau di sisi
Semua kasih sayang
Yang kau curahkan
Tersemat di hati
No comments:
Post a Comment