Bismillahirrahmanirrahim…
Al-Hamdulillah...berkat
kasih sayangNya penulis masih mampu menatap skrin ‘notebook’nya dan punya
kekuatan untuk menekan ‘keyboard’ yang ada. Terima kasih Ya ALLAH atas segala
anugerah pemberian serta nikmatMu pada hamba yang penuh dengan noda dan
kelemahan. Hanya padaMu kami memohon pertolongan & hanya kepadaMu kami
bertaubat.
Pertamanya
maaf andai khilaf di sebalik kata bicara penulis kali ini. Terima kasih kerana
sudi membaca setiap ‘post’ penulis. Ini yang hanya termampu penulis lakarkan
dalam blognya untuk memberi peringatan pada diri yang lemah ini. Terima kasih
pada sahabat baik penulis, Nurul Mardiah Fadzil
di atas sumbangan idea untuk ‘post’ ini.
Penulis
terpanggil untuk bercerita tentang amanah dalam kepimpinan ketika asyik membaca
‘post-post’ sahabat-sahabat dalam laman ‘facebook’ rancak berbual. Apa yang
kalian faham tentang amanah? Amanah itu tanggungjawab bukan? Amanah yang
memerlukan kita meletakkan sesuatu pada yang hak. Hak yang perlu ditunaikan. Apa
tindakan kita bila ALLAH mengamanahkan kita sesuatu tugas sebagai contoh
terdekat jawatan di dunia? Adakah kita menunaikan amanah tersebt dengan baik
atau kita hanya melaksanakannya secara sambil lewa? Tepuk dada tanya iman kita.
Jika benar
amanah sudah pasti tak ramai yang menunjuk rasa marah...
Jika benar
amanah sudah pasti dunia ini aman dari rasuah...
Jika benar
amanah sudah pasti amanah terlaksana kerana ALLAH...
Jika benar
amanah kemungkaran tak perlu dicegah...
Kerna
masing-masing mengerti amanah yang di pikul bakal di menyergah...
Masakan
pokok mahu bergoyang jika tiada angin, masakan orang bawahan bising jika orang
atasan melaksanakan amanahnya dengan baik. Masakan seorang guru bisa marah
meradang jika pelajarnya menunaikan amanah sebagai penuntut sebaiknya. Masalah
timbul bila kita tidak amanah. Hilang rasa tanggungjawab hanya menyumbang
kepada kehancuran. Itu penyebab dunia sekarang terhias dengan orang yang pecah
amanah. Di minta bertugas sebagai pegawai, terus-terusan bersikap sambil lewa.
Generasi
inikah yang bakal memimpin dunia? Generasi sebegini yang didamba mencipta
ketamadunan Islam yang suatu masa dulu pernah gemilang? Usah mimpi kita bakal
maju dunia & akhirat jika amanah sendiri tidak dilaksana sebaiknya. Jadi
pelajar biar betul-betul memegang amanah itu, jadi pegawai biar betul-betul
memberi khidmat pada masyarakat, jadi pemimpin biar betul-betul boleh memandu
orang yang dipimpin ke arah Islam & ALLAH.
Mari
kita sama-sama selak sirah Rasulullah s.a.w ketika berlakunya perang Uhud. Pada
mulanya umat Islam mengalami kemenangan dek kerana tidak amanah dengan perintah
Nabi Muhammad s.a.w masing-masing mahu mendapatkan harta perang yang berlimpah
di bawah hingga menyebabkan mereka meninggalkan bukit Uhud. Perkara ini di
sedari oleh pihak musuh hingga menimbulkan huru-hara & menyebabkan umat
Islam mengalami kekalahan teruk waktu itu. The power of amanah is here!
Banyak
juga contoh teladan akibat kepimpinan yang tidak amanah membawa kehancuran
pemimpin tersebut. Jadi penulis mahu mengajak diri terutamanya untuk bersifat
amanah dalam segala hal semoga terhindar dari kebencian ALLAH & kebencian
makhluk dunia. Jom baca tujuh J!
Jangan
kerana dunia tergadai agama dan amanah...
Jangan kerana
dunia diri dilingkari kemurkaan ALLAH...
Jangan kerana
dunia diri dimusuhi manusia semakin marah...
Jangan
kerana dunia hidup tidak tentu arah penuh gelisah..
Jangan
kerana dunia di akhirat kita susah...
Jangan
kerana dunia hilang pedoman Kalamullah...
Jangan
kerana dunia impian manusia musnah...
Kerna
manusia itu hamba ALLAH bergelar khalifah...
Mari
kita sama-sama mentadabbur ayat suci al-Quran kalam dari ALLAH dari surah
al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud:
216. kamu
Diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah
perkara Yang kamu benci; dan
boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi
kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah),
Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
No comments:
Post a Comment