Bismillahirrahmanirrahim...
Al-Hamdulillah
peluang masih ada buat penulis berkarya meluah rasa & berkongsi pengalaman
dengan sahabat-sahabat. Al-Hamdulillah ucapan syukur yang tidak terhingga juga
dengan nikmat Islam & nikmat iman yang di anugerahkan ALLAH kepada penulis.
Juga Al-Hamdulillah dengan anugerah seorang mama & ayah yang menjadikan
penulis seorang manusia & muslimah.
Kali
ini penulis mahu berkongsi sebuah buku majalah Islam yang menjadi teman
setianya dari satu isu kepada isu yang lain iaitu Majalah SOLUSI isu ke- 66.
Majalah pada kali ini membawa tema ibunda, insan hebat yang mengandung, melahir
& meyusukan anak-anak. Ibu sangat istimewa kerana tiga tanggungjawab di
atas, mengandung, melahir & meyusukan hanya ada pada ibu yang tiada pada
bapa. Dek kerana itu bila ada bapa tentu ada ibu. Mereka saling melengkapi
& membahagiakan mengikut suruhanNya.
Memetik
kata-kata yang terhias indah di kulit hadapan majalah Islam ini, “Sedarlah,
pada ibu sudah tidak ada lagi cerita baharu. Yang ada hanya cerita lama yang
acap kali diimbau dan dikenangnya. Pada kita mungkin sekadar satu panggilan,
tetapi buat ibu, itulah ‘cerita baharu’ yang memberi warna pada hari-hari
akhirnya.” Penulis blog ini
benar-benar terkesan dengan bait kata di atas langsung mengingatkannya pada
mama di kampung yang saban hari rindu pada suara mama pantas mencapai telefon.
Isu
yang diketengahkan oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi bertajuk, “Jika Kau Berasa
Telah Membalas Jasanya” serius membuka mata hati penulis. Walau sehebat mana
kita ingatlah ibu yang telah membesarkan kita walau ibu tidak belajar sehebat
kita.
Jika
kau berasa berjaya, hebat dengan pangkatmu yang berjela usah kita lupa pada
jasa seorang ibu yang membelai & mendidik kita, jasa seorang ayah yang
berjaya memilih ibu terbaik untuk kita. Jika kau pejuang agama, hebat menyebar
dakwah walau di mana sahaja, semangatmu membakar mahu mengajak orang pada
kebaikan tapi satu yang kurang ibumu tidak terjaga, hati ibumu terluka dengan
gerak tingkahmu. Bagaimana mahu terbang menuju syurgawi, jika ibumu tidak
terlebih disayangi? Jika kau kuat beribadah, bangun malam tanpa menangguh,
zikir menemani diri awas jika mengabai panggilan ibu. Redha ALLAH pada redha
kedua ibu bapa.
Setiap
rangkap dalam artikel ini dihurai hebat dengan kehadiran dalil-dalil sama ada
dari al-Quran atau dari As-Sunnah. Tak percaya? Cubalah baca buku ini, pasti
kalian akan jatuh cinta. Hebat penulis artikel dalam isu kali ini, hebat
bermain dengan masalah yang melanda masyarakat terutamanya remaja yang kurang
menghargai kasih sang ibu sayang sang ayah.
Mama
penulis? Hanya insan biasa tapi hebat di mata puteri sulungnya. Penulis dah ada
hero dan pelengkapnya mestilah ada heroin & heroin penulis adalah mama.
Mama pandai dalam semua perkara mengaji, memasak, menjahit, menghias rumah, bercerita,
& banyak lagi. Mama bukan suri rumah tetapi pandai menguruskan rumah
tangganya. Di sebalik wajah tenang mama ada anak-anak yang sentiasa mama
sayang. Ya, mama juga jarang mengucap kata sayang, tapi puteri sulungnya ini
tahu bahawa mama amat menyayangi penulis & adik-beradik dengan segala
pengorbanan, keringatnya membesarkan kami di samping ayah.
Mama,
terima kasih di atas kasih sayang mama terhadap kami anak-anakmu. Terima kasih
untuk segalanya mama. Sungguh puteri sulungmu ini sangat menyayangimu kerana
ALLAH & sungguh penulis bertuah mempunyai ibu sebaik & secantik mama.
Al-Hamdulillah...mama insan terbaik anugerah ALLAH kepada penulis. Hargailah
insan bernama mama yang banyak mencurah kasih sayang kepada putera &
puterinya.
Lirik
lagu Maher Zain ini penulis hadiahkan buat ibunda tercinta walau pada
hakikatnya penulis masih milik ALLAH & mama ayah. Sungguh penulis mahu melihat mama sentiasa
tersenyum bahagia hingga ke syurga, sungguh penulis sayang mama cuma tidak
mampu diucap dengan kata-kata. Lirik ini kata bicara buat mama.
Maher Zain – Number One For Me
I
was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I’m here for you
For
all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it’s time for you to rise
For all the things you sacrificed
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Mom
I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday
Mom
I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday
Now
I finally understand
That famous line
About the day I’d face in time
Coz now I have a child of mine
Even
though I was so bad
I’ve learnt so much from you
Now I’m trying to do it too
Love my kids the way you do
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Mom
I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday
Mom
I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday
You
know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh
number one for me
There
is no one in this world
That can take your place
Oooh I’m sorry for ever taken you for granted
I
will use every chance I get
To make you smile
Whenever I’m around you
Now
I will to try to love you
Like you love me
Only God knows how much you mean to me
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you 3X
The
number one for me
The number one for me
The number one for me
Oh oh
Number one for me
No comments:
Post a Comment