Bismillahirrahmanirrahim…
AL-Hamdulillah
Ya ALLAH...Islam masih menjadi pegangan penulis & sahabat-sahabat. Moga
Islam terus terlakar kemas di hati semua umat Islam di dunia ini. Pagi yang
indah untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang Muslim. Bersyukur padaMu Ya
ALLAH.
Hari
ini penulis mahu mendedikasikan sebuah sajak buat sahabat tercinta yang setia
kala yang lain berjauhan. Yang mendekat kala yang lain sibuk dengan urusan
tersendiri & terpaksa menjauh. Siapa dia? Dia sahabat dunia & akhirat
penulis buat ketika ini. Tidak kira dia faham atau tidak diri penulis, dia
tetap sahabat terbaik penulis kerana ketika ini penulis cuma ada dia di sisi.
Cerita ini dikongsi untuk tatapan berharga buat semua manusia tiada niat lain
yang tersirat di sebaiknya. Hargailah sahabat kita walau bagaimanapun mereka
kerana mereka cerminan jiwa kita.
Penulis
tidak mampu menuturkan dengan kata-kata walau dia ada di hadapan mata. Penulis
memerhati penuh cinta ketika dia diulit mimpi tidur yang lena. Lalu tercipta
puisi dari hati ini untuk seorang sahabat. Mungkin sudah lama penulis tidak
titipkan rasanya pada seorang sahabat & mungkin sudah lama penulis tidak
menitiskan air mata mengingati sahabatnya. Jika hati penulis ada rasa salah
yang dia buat pada sahabatnya, pantas al-Fatihah dihadiahkan buat sahabatnya
supaya hatinya tidak terus berprasangka. Mari kita baca puisi ini dengan mata
hati. Buat insan yang bergelar sahabat moga mengerti isi pena ‘Maafkan Aku
Duhai Sahabat’:
Maafkan aku
duhai sahabat
Andai
sikapku tidak sama dengan sahabatmu
Kerna aku
bukan dia sahabat baikmu
Peramah
serta penuh senyum bahagia
Aku cuma
manusia yang singgah dalam kamusmu
Untuk
menagih rasa cinta kerana ALLAH
Diamku penuh
makna
Sepiku penuh
cerita
Marahku
pemusnah kasih antara kita
Persahabatan
itu
Sering diuji
ALLAH
Adakah kita
sedang diujiNya?
Mahu melihat
bagaimana kita menghadapinya
Maaf aku tak
bisa menjadi sahabat terbaik untukmu
Maaf kerna
aku tak pandai mencurah rasa sayang padamu
Maaf aku tak
bijak menyusun kata sebaik sahabat
Yang menjadi
dambaan & impianmu
Aku hanya
bisa menjadi diriku dalam persahabatan ini
Aku juga
tidak mengharap lebih darimu
Cukup kita bersahabat
kerana ALLAH
Berjumpa
& berpisah keranaNya
Maaf aku
punya kelemahan dalam memahami dirimu
Terima kasih
atas persahabatan ini duhai sahabat
Terima kasih
atas kenangan yang terlakar antara kita
Aku sangat
menghargainya
Kerana
kehadiranmu banyak mengajar aku sabar
Kerana
kehadiranmu banyak menwarnai kehidupanku
Kerana kehadiranmu sungguh membawa makna kemanisan persahabatan
sebenar
Moga
warkah cinta buat sahabat ini akan menambah rasa sayang penulis pada
sahabatnya. Moga selepas ini penulis
masih bisa melihat senyum dibibirmu sahabat, bisa melihat ketawa dalam
bicaramu, bisa mendengar cerita perkongsian daripadamu sahabat, bisa berkongsi
suka duka hidup di perantauan ini, moga persahabatan kita kembali bercahaya
dengan rahmat kasih sayangNya. Usah diam membisu membiar penulis tertanya-tanya
apa kesalahan penulis dalam persahabatan ini. Bicara sahaja supaya terungkai
sebak di jiwa.
Penulis
mahu bersangka baik pada semua sahabat-sahabatnya walau terpaksa menelan pahit
di jiwa. Biar ALLAH mengubati luka ini, biar ALLAH menyapu penawar bagi
kesakitan & kesedihan ini. Sahabat, doa tidak pernah putus untuk insan yang
bernama sahabat. Maafkan aku duhai sahabat.
jujurnya tersentap~ moga daku sahabat dunia n akhiratmu ukhtiku Farah Haryanti Yaakob..walau dedikasi ni tak dituju utk ku.. hee..
ReplyDeletefarah benar. ukhuwwah adalah pegorbanan salah satunya pegorbanan JIWA..
ukhuwwah bersifat memberi.. takpe org membenci moga disatu saat nanti dia mengerti.. nak jadi syafaat pada farah kat akhirat nanti.. kita sama2 ye..