Bismillahirrahmanirrahim…
Al-Hamdulillah
Ya Rabb...masih kami bisa menghirup udaraMu dengan percuma, masih kami
menikmati anugerah terbesar dalam kehidupan kami nikmat iman & nikmat
Islam, masih Engkau memberi kekuatan kepada penulis untuk berkongsi cerita
dalam blognya, masih kami bisa hidup di bumiMu ALLAH dengan penuh nikmat yang
melimpah.
Moga
dengan nikmat pemberianMu dapat kami menghadirkan rasa tanggungjawab dan
memperjuangkan agama Islam walau apa pun pangkat kami di dunia. Ya bila kami
memegang amanah sebagai hamba & khalifahNya, kami bertanggungjawab sebagai
pendakwah & mata rantai perjuangan Rasulullah s.a.w. itu yang terpikul di pundak
kami, bertanggungjawab terhadap masyarakat sekeliling kami.
Sekarang
masih heboh dengan kisah misteri kehilangat pesawat MH370. Kehilangannya
betul-betul menggegarkan dunia penerbangan. Ramai juga negara yang menghulurkan
bantuan kepada Malaysia dalam usaha mencari pesawat MH370 tersebut. Mari
sama-sama kita sedekahkan surah Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa penumpang &
anak kapal MH370.
Moga-moga ALLAH mengabulkan doa & permintaan kita,
moga-moga terungkai misteri kehilangan MH370 ini. Bila seorang muslim melihat
peristiwa tragis ini, baginya banyak pengajaran yang menambah dirinya untuk
mendekatkan diri kepada ALLAH. Ingatlah walau apapun usaha kita semuanya
bergantung pada ALLAH yang Maha Esa.
Hari
ini dah masuk hari ke-24 kehilangan pesawat MH370. Ada hikmah tersendiri yang
ALLAH berikan untuk makhlukNya berfikir tentang kebesaranNya. Teringat penulis
pada satu ayat Quran surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud:
186. dan
apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada
mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku
perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka
hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah
mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
ALLAH Maha Mendengar setiap permintaan
hambaNya. Ini peluang keemasan untuk kita menyerahkan segala doa setelah
berusaha sebaiknya. Walau apa pun yang terdetik di hati kita ALLAH mengetahui
segalaNya. Penulis pasti ada sebab tertentu yang ALLAH turunkan kita
berdasarkan kisah peristiwa kehIlangan pesawat MH370. Penulis yakin
kehilangannya menyebabkan ramai mata hati manusia terbuka untuk akhirnya
menyerah pada kuasa maha besar ALLAH.
Usahlah kita mengandaikan sesuatu yang buruk
jika kita tidak memahami apa sebenarnya yang terjadi. Jika ada penyelewengan
atau kepalsuan pada cerita MH370, bijaklah kita dalam menilai sesuatu perkara,
kerana seorang Muslim itu seharusnya bijak dalam membuat keputusan tahu membeza
apa yang buruk & apa yang baik. Bila seorang Muslim mendapat sesuatu
khabar, perlulah dia menyelidiki terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu
andaian.
Moga MH370 akan ditemui akhirnya. Ameen.
Setakat ini sahaja coretan hati penulis pada hari ini moga kita bisa bertemu di
lain hari. Buat semua sahabat yang tidak jemu meneliti bait kata yang ada dalam
blog ini maaf andai penulis tersalah kata. Terima kasih atas nikmat mata hati
yang kalian gunakan untuk membaca ‘post-post’ dalam blog ini. Mohon
sahabat-sahabat untuk terus doakan moga blog ini terus terisi untuk kejayaan
Islam di dunia.