Bismillahirrahmanirrahim...
Al-Hamdulillah,
usai sudah ziarah ukhuwwah ke Kuala Lumpur bersama sahabat menemui sekelas di
samping melancong melihat keindahan alam ciptaan ALLAH. Dah 2 bulan penulis
& sahabat bermastautin di Banting, Selangor kerana memenuhi semester akhir
pengajian. Sekali sekala dapat bertemu mata dengan sahabat yang jauh di mata
sangat menyeronokkan.
Tambahan
dapat menziarahi tempat-tempat lain memang menjadi kegemaran penulis. Melancong
adalah salah satu hobinya. Jadi, ajakan Nor Hidayah Hussain & Nurul Mardiah
Fadziluntuk berjumpa di Kuala Lumpur diterima dengan tangan terbuka oleh
penulis. Perkara yang paling memeritkan bagi penulis untuk sampai ke destinasi
adalah menunngu bas hampir berjam lamanya & perjalanan ke KL memakan masa
selama lebih 2 jam sungguh memenatkan & menguji iman.
Bas
ibarat ikan sardin dipenuhi dengan manusia yang pelbagai jenis latar belakang.
Ha, satu kisah yang mengingatkan penulis pada bahasa cinta ayah. Bila satu
keluarga yang terdiri daripada ibu, ayah & anak2 menaiki bas &
berhadapan dengan penulis. Kemudia si ayah asyik melayan karenah anak-anaknya.
Tiba di perhentian bas, ada sepasang suami isteri yang masih muda memasuki
perut bas. Si suami mendukung si anak kecil berusia dalam lingkungan tiga bulan
tetapi sayang dia terpaksa berdiri.bahasa cinta ayah mengungkap segalanya, bila
si lelaki yang juga bergelar suamimeminta untuk mendukung bayi kecil itu supaya
lelaki itu tidak lenguh berdiri mendukung anaknya.
Ayah
memang bahasa cintanya sukar dizahirkan tetapi hakikatnya dia sentiasa
menyayangi & mendoakan yang terbaik untuk anak-anaknya. Sungguh, dia
meningatkan penulis pada ayahnya yang sedang bertarung dengan penyakitnya di
kampung. Apa khabarmu ayah? Hanya doa yang mampu penulis kirimkan kepada
ayahnya moga ayah sabar dengan ujian dariNya.
Kita
sambung pengembaraan yang menyeronokkan di KL. Setelah lama mendiamkan diri di
dalam bas akhirnya penulis & sahabatnya sampai di Pasar Seni menemui Nor
Hidayah Hussain, sahabat kami yang berpraktikal di PTS, Batu Caves. Tersenyum
bahagia Nurul Mardiah bila berpelukan dengan sahabat baiknya. Apa lagi panjang
lebar dia bercerita, Hidayah tak kurang bahagianya. Senyum memanjang, masih tak
luput senyum & tawanya. Kami pernah bermusafir bersama ketika ke Kedah
dalam misi memenuhi undangan perkahwinan sahabat kami.
Kali
ini kami di KL, menelusuri Pasar Seni & singgah sebentar untuk solat zohor
di Masjid Jamek yang penuh dengan kenangan. Penulis pernah sampai di Masjid
Jamek sebelum ini sebab tu dia penuh dengan kenangan yang tak mungkin luput
dari ingatan. Kami sempat bergambar di hadapan masjid sebelum meneruskan
langkah ke Jalan Masjid India setelah mengisi perut dengan makanan tengahari.
Seronok
dapat tengok baju yang dijual di sini. Hanya melihat suasana di Masjid India
mengingatkan penulis pada kebesaran ALLAH yang Maha Esa. Betapa agungnya
kebesaran ALLAH yang menjadikan manusia dengan pelbagai jenis bangsa yang
menghiasi isi bumi. Tengok kedai baju yang tersusun indah tak adalah menarik
perhatian penulis, tapi sekali kami terjumpa dengan kedai buku. Wah banyaknya
buku dalam kedai tersebut!
Subhanallah...banyak buku baharu yang penulis tidak
tahu bila wujudnya buku-buku tersebut. Penulis yang memang hantu buku pantang
nampak kedai buku pasti ada sahaja buku yang ingin dibelinya.
Malangnya,
baucer buku yang diperoleh tidak dibawa bersama. terpaksa penulis mengehadkan
pembelian buku. Tilik punya tilik akhirnya dapat sebuah buku yang bertajuk
‘Auratku Maruahku-Karangan Mohd Solleh Abdul Razak & Siti Nur Fatimah
Hasan, terbitan Telaga Biru.’ Buku yang dah lama dicari penulis.
Satu
cerita yang menjengkelkan penulis sepanjang berada di KL bila pemakaian niqab
dipertikaikan oleh manusia yang tidak memahaminya. Bertutup dengan hanya
menampakkan sepasang mata masih dikacau oleh lelaki. Apatah lagi yang yang
tidak menutup aurat dengan sempurna. Ya ALLAH ini ujian dariMu hendak menguji
bagaimana imannya bila menghadapi setiap ujian. “Ya ALLAH kuatkanlah penulis
& sahabat-sahabat terutamanya yang memakai niqab @ purdah untuk mereka
terus istiqamah mengamalkan apa yang baik pada sudut pandangMu sebagai Tuhan
kami.”
Baiklah
berbalik pada buku tadi, ia berkisar tentang soal jawab wanita muslimah
berkenaan aurat. Olahan yang menarik & membuka mata penulis sendiri kenapa
perlu menutup aurat ? menutup aurat dengan hanya bertudung ke? Baiklah ulasan
berkenaan buku ini akan di sambung pada ‘post’ akan datang.
Setelah
lama kami di bandar KL, kami mengambil keputusan untuk pulang ke rumah
masing-masing. Petang kami hari itu, di hiasi dengan hujan. Pengakhiran yang
baik ketika di KL. Ya musafir yang diberkati ALLAH, InsyaALLAH. Siiru ‘alaa
barakatillah...
No comments:
Post a Comment