Al-Hamdulillah...syukur pada ALLAH yang masih memberi penulis peluang & nyawa untuk terus bernafas di bumi ini. Moga penulis masih punya waktu untuk berbakti & menyumbang sesuatu demi kegemilangan Islam di bumi ini. Moga ALLAH terus merahmati kalian. Jom kita ikuti kisah seterusnya cerpen hasil karangan penulis memandangnya dia tidak punya banyak waktu untuk menghadap blognya.
“Din...ana tengok enta
sibuk memanjang. Orang lain seronok je belajar, enta pulak sibuk ‘meeting’ sana
sini. Enta sibuk dengan apa?” Soal rakan baiknya, Amir Hamzah. “Betul kata Amir
tu, enta sibuk dengan apa? Camne pulak dengan jadual belajar enta?” Sampuk yang
lain. “Enta tak dengki ke dengan kitaorang, masa belajar adalah sepanjang masa?
Sia-sia je enta ke sana ke mari semata-mata menyertai kokurikulum” Kata-kata
kawannya betul-betul membekas di hati. “Sabar duhai hati. Mereke tidak tahu
akan kesibukan masaku. Tanggungjawabku banyak dan melebihi masa 24 jam yang aku
ada.” Monolog Adham Zahiruddin sambil melemparkan senyuman manis kepada
kawan-kawannya seraya berkata, “Biasalah, amanah ana banyak bukan hanya
tertumpu pada pelajaran sahaja. Kita tengok sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w
dahulu, mereka pakar dalam semua bidang yang diceburi tidak tertumpu pada
akademik sahaja. Ana nak jadi macam diorang, barulah Islam dijulang."
“Erm...dah masuk bab
Rasulullah s.a.w itu zaman Nabi Muhammad. Kita sekarang di zaman dunia tanpa
sempadan. Kami tak mahu tengok enta ketinggalan dalam pelajaran semata-mata
enta aktif dalam kerja. Ke enta gila jawatan?” “Astaghfirullahal’azim...belajar
bukan tempat pertama dan kerja dakwah juga bukan tempat kedua...tidak pernah
terdetik di hati ana mahu memegang jawatan-jawatan ini. Ini semua kuasa ALLAH.”
“Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Hati ini hanya ALLAH yang tahu
kedudukannya. Apa yang terdetik di hati enta kami tidak tahu. Entah-entah enta
sahaja memegang jawatan ini kerana mahu menunjuk pada semua tentang kehebatan
enta.”
Masuk kali ini sudah
bermacam tuduhan yang dibuat ke atas Adham Zahiruddin dan Adham menerimanya
dengan redha. Namun, hati manusia tidak selamanya tenang dengan ujian terkadang
hati itu rapuh menahan taufan, rebah tersungkur menyembah bumi kerna nafsu
telah menguasai. Hati Adham Zahiruddin
dipagut keresahan, tidurnya tidak lagi selena kanak-kanak kecil. Makannya tidak
lagi sekenyang anak remaja. Adakah keresahannya kerana hilangnya keikhlasan
diri untuk menerima qada’ dan qadar ALLAH? “Bilakah semua ini bakal berakhir Ya
ALLAH? Sukarnya untuk aku melalui jalan perjuangan ini...Ya ALLAH. Ya
ALLAH...kurniakanlah aku hati yang tabah untuk menghadapi ujian-ujian dariMu.”
“Shutt...diam. Orang
dakwah kita dah sampai. Kali ini nak banteras apa pulak? Sukalah buat
kerja-kerja dakwah ini.” “Susah ada orang suka berdakwah kat universiti ini,
hidup terkongkong, asyik nak suruh kami ikut peraturan ALLAH. Apa salahnya kami
buat salah sikit, lepas tu bertaubatlah.” “Islamkan agama yang mudah, kenapa nak
menyusah perkara yang senang?” “Kerja dakwah ini tanggungjawab kita bersama.
Mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran itu yang utama. Lagipun,
peraturan ALLAH itu peraturan yang termaktub dalam al-Quran tak usah mencari
alasan ALLAH Maha Pengampun, jadi kita sewenang-wenangnya nak melakukan
kesilapan dan bertaubat.” Bicara Adham Zahiruddin.
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment