Bismillahirrahmanirrahim...
Al-Hamdulillah, berkat kasih sayangNya penulis masih bisa menatap 'notebook'nya. Hari ini penulis mahu berkongsi sebuah cerpen yang telah lama tersimpan dalam 'notebook'nya yang bertajuk 'Dilema Seorang Pengembara'. Mungkin ada sahabat yang telah membaca & meneliti tentangnya. & yang pasti cerpen ini tiada berkait antara manusia yang masih hidup atau yang telah mati. Mari sama-sama kita membaca kisahnya moga memberi manfaat pada semua.
DILEMA SEORANG PENGEMBARA (Cerpen siri 1)
Aku bukanlah seperti
mahasiswa lain. Aku mengakui diriku mempunyai masa dua puluh empat jam sehari.
Namun ku rasakan masa itu terlalu laju untuk ku kejar, dan terlalu berharga
hingga aku merasakan seperti masa itu terlalu mencemburui diriku. Ada masanya
aku sibuk dengan belajar. Ada masa aku sibuk dengan amanahku sebagai Presiden
Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM). Ada masanya aku aktif dalam bersukan
dan berkomunikasi dengan ramai orang. Ada masa aku aktif berprogram, hadir
dalam banyak ceramah, buat kajian itu dan ini serta ada masanya aku sibuk
beribadah kepada ALLAH.
Entah bila masanya aku
benar-benar peruntukkan masa untuk merehatkan diriku dan menenangkan hatiku
yang gelisah. Pantas mindaku teringat pada kata-kata seorang sahabat, “Biarlah
waktu kita hidup ini kita gunakan sepenuhnya untuk Islam kerna nanti bila kita
telah pergi meninggalkan dunia ini, kita tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Biarlah
kita mampu membina istana dan waktu rehat kita nikmati semasa di syurga sana.”
Aku terkadang dihinggap
kelelahan, merungut kepenatan, pening memikir masalah sendiri yang tak pernah
menemui titik penyelesaian. Benarlah seperti apa yang ALLAH S.W.T telah
bersumpah dalam surah Al-‘Ars ayat 1 hingga 3 yang bermaksud:
“1. Demi masa. 2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar
dalam kerugian, 3. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh
dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya
menetapi kesabaran.”
Bergelar seorang mahasiswa,
memerlukan diriku cukup kuat mengharung badai yang menghempas. Pengorbanan masa
sangat dibutuhkan dalam kehidupan mahasiswa. Bertimbun amanahku pikul demi
Islam...amanah sebagai seorang pelajar, amanah sebagai seorang anak, amanah
sebagai seorang abang, amanah sebagai umat Nabi Muhammad s. a.w, amanah sebagai
individu dalam masyarakat, dan yang paling penting amanahku sebagai hamba
ALLAH. Semua amanah itu memerlukan pengorbanan dariku yang ikhlas lahir dari
sudut hatiku.
Aku cuba meniti hidupku
menjadi insan yang bersyukur dengan nikmat dan segala aturan ALLAH terhadapku.
Biarlah penat lelahku hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui. Biarpun pada setiap
pengorbanan tu terselit sejuta keperitan, aku masih mahu meneruskan kehidupanku
sebagai hamba ALLAH. Pengorbanan hanya bisa dimengertikan oleh insan yang
betul-betul mempraktikkannya...mahu dibilang korban itu susah, tidaklah
susah...mahu dikatakan korban itu senang tidak semudah yang dibicarakan. Manis
dan pahitnya sebuah perjuangan hanya dirasai dengan kemanisan sebuah
pengorbanan. BERSAMBUNG.....
No comments:
Post a Comment