Bismillahirrahmanirrahim...
Al-Hamdulillah...terima
kasih atas segala nikmat pemberianMu Ya ALLAH. Syukur padaMu penulis masih bisa
menghirup udara segar dengan percuma tanpa perlu membayarnya. Al-Hamdulillah
juga masih bisa menaip setiap patah kata & menziarahi blog ini. Moga ALLAH
menambahkan kekuatan kepada kita untuk meneruskan usaha ini.
Baiklah,
hari ini penulis nak bercerita tentang musafir berkalung ibrah. Apa yang di
maksudkan dengan musafir? Musafir asal perkataan bahasa arab safara yang
bermaksud berjalan dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Musafir lebih di
gunakan oleh manusia yang berhijrah dari satu tempat ke satu tempat dengan
tujuan tertentu tanpa menetap di situ sama da untuk tujuan belajar atau untuk
tujuan melancong melihat keindahan alam ciptaan ALLAH atau untuk berdakwah.
Ibrah juga berasal dari perkataan arab yang bermaksud pengajaran atau moral yang
dapat di ambil atau hikmah sesuatu perkara yang dilaksanakan oleh individu atau
kumpulan.
Sekali lagi hujung minggu yang lepas
penulis dan sahabat-sahabatnya singgah di Kuala Lumpur untuk bertemu mata
dengan sahabat-sahabat kami. Perjalanan kami punya tujuan yang baik.
Bersiar-siar nikmati keindahan alam ciptaan ALLAH boleh menambah rasa cinta kita
pada ALLAH. Banyak perkara yang kami belajar semasa bergelar musafir di
perjalanan. Perjalanan kami bermula seawal jam 10 pagi lagi. Menaiki bas dari
banting ke Pasar Seni, Kuala Lumpur bukan jarak yang dekat tetapi memakan masa
hampir tiga jam. Sampai sahaja di Pasar Seni, kami meluru ke Masjid Jamek
mendirikan solat zuhur. Kemudian, kami berjalan ke kedai makan mengisi perut
yang minta di isi dengan makanan.
Usai makan, kami memilih bersiar-siar di
sekitar Jalan Masjid India melihat pakaian, makanan & banyak keperluan yang
dijual. Penulis memilih singgah ke kedai buku bagi menghabiskan baucer buku
yang dibawa bersama-samanya. Puas membeli buku & melihat-lihat baju-baju
yang indah tergantung kami membuat keputusan menuju ke Masjid Jamek semula
untuk menunaikan solat Asar pula. Apa yang pasti bermacam-macam ragam manusia
dapat penulis & sahabat-sahabatnya rakam sepanjang perjalanan. Ramai yang
memandang kami, mungkin pelik melihat pemakaian kami yang labuh dan tertutup.
Ya, yang tertutup itu terpelihara dek dosa.
Apa
korang ingat wanita Muslimah ini hanya perlu duduk kat masjid atau
tempat-tempat menuntut ilmu je ke? Kat tempat membeli belah atau di
tengah-tengah bandar Kuala Lumpur ini orang macam kami (Muslimah) tak layak ada
kat tengah-tengah masyarakat? ‘sorry to say’ macam mana dakwah nak berkembang
kalau semua Muslimah mengambil peluang hanya berada di tempat-tempat terpilih. Tempat
beli-belah, tempat yang wujud bermacam-macam jenis orang yang sangat asing bagi
Muslimah, & tempat yang bising macam Jalan Masjid India itu juga perlu di
singgah walau sekali untuk kita lihat bagaimana keadaan masyarakat Islam di
bumi Malaysia ini. Tunjuk contoh melalui pemakaian sudah cukup jika tidak mampu
untuk berdakwah secara terus terang. Praktikkan apa yang kita baca dalam sirah
Rasulullah s.a.w jika benar kita kata kita sayang Nabi Muhammad s.a.w.
Selesai solat asar, kami bergegas menaiki
LRT untuk ke masjid As-Syakiriin KLCC. Sampai sahaja di sana kami sangat
teruja, subhanALLAH…bangunan KLCC berada betul-betul depan kami setelah
berjalan keluar dari LRT. Apa lagi, kamera menjadi mangsa kami. Puas kami
bergambar kenangan bersama-sama bangunan tertinggi di dunia ini. Maha Hebat
kuasa ALLAH yang menciptakan manusia dengan kemuliaan iaitu kurniaan akal yang
menjadikan manusia bisa berfikir sehebat ini.
Ingat, ini semua kurniaan ALLAH, bukan
semata buatan manusia. ALLAH yang menganugerahkan kita ilham untuk mencipta
bangunan-bangunan hebat seperti KLCC. Ingat juga bangunan-bangunan pencakar
langit adalah salah satu tanda hari kiamat semakin mendekat. Moga kita bisa
mengambil pelajaran dari apa yang tersingkap di pandangan mata & mata hati
kita. Bijaklah dalam menilai sesuatu perkara & pandailah mengaitkan sesuatu
dengan kebesaran & kekuasaan ALLAH.
Perjalanan yang panjang untuk sampai ke
masjid as-Syakiriin, KLCC tapi cukup meguji kesabaran penulis &
sahabat-sahabatnya. Kami sempat bersolat jemaah maghrib & isyak di masjid tersebut sebelum mendengar tazkirah
daripada sahabat kami. Isi tazkirahnya berkisar tentang persediaan &
peranan kami dalam masyarakat.
Ada empat perkara utama yang di bincangkan
olehnya tentang empat sifat Rasulullah s.a.w iaitu, benar, amanah, menyampaikan
& bijaksana. Empat sifat ini cukup menggambarkan bagaimana kami sebagai
mahasiswa mempraktikkan Islam dalam praktikal kami. Dia mengingatkan kami walau
ke mana pun kami di campakkan kami tetap membawa nama Islam bersama-sama. Jadi,
usah biarkan Islam tercalar kerana kita. Biar orang kenal Islam melalui diri
kita sama ada pemakaian atau pertuturan atau perbuatan.
Setakat ini sahaja perkongsian penulis
untuk hari ini tentang pemusafiran kami. Sungguh seronok bergelar musafir &
sebab itu penulis sangat suka melancong melihat negeri orang & mendapat
pengalaman baharu. Moga berjumpa lagi di ‘post’ akan datang dengan izinnya,
insyaALLAH. Siiru ‘alaa barakatillah…
No comments:
Post a Comment