Bismillahirrahmanirrahim…
Al-Hamdulillah, setelah puas mencari idea apa
yang mahu dicurahkan di laman ini, penulis menemui titik akhir pencarian topik
perbincangannya hari ini. Kembara keluarga bahagia idea & ilham yang
diperoleh hari ini selepas melihat beberapa keping gambar dalam FB sebelum ini.
Gambar kakak sekeluarga yang pergi melancong ke Paris. Seronok dapat peluang
melancong ke luar negara.
Kak Long & family...
Firdaus & Balkis (Anak2 saudara penulis)
Sungguh penulis cemburu melihat keberadaan
mereka di sana. Yalah, dapat melancong ke luar negara. Paris pulak pilihan
tempat kembara mereka. Tapi penulis bahagia meihat keluarga bahagia ini bersama.
Bahagia bila melihat kebahagiaan manusia lain itulah sifat yang sepatutnya ada
dalam diri setiap insan yang bergelar muslim. Kak long adalah merupakan kakak
sebapa penulis. Dia seorang kakak yang baik terhadap adik-adiknya. Kasih
sayangnya melimpah terhadap kami adik-beradik. Sewajarnya penulis bercerita
tentang kak long sekeluarga.
Kak long punya 3 orang anak. Sulungnya lelaki
sama umur dengan bapa saudara berusia 16 tahun. Anak ke dua & ketiga kak
long adalah perempuan. Masih kecil dan comel secomel ibunya. Jadi penulis ada 3
orang anak saudara sebelah kakak. Belum cerita anak saudara penulis sebelah
abang seramai 3 orang jugak. Kakak ipar penulis baru sahaja melahirkan seorang
bayi perempuan yang comel bertarikh 21.04.2014 jam 9.52 pagi seberat 2.47kg.
jadi, penulis dapat anak saudara baru. Tahniah penulis ucapkan buat abang
sebapanya dan kak iparnya. Moga kalian bisa hidup bahagia hingga kes syurga.
Kakak ipar & anak-anaknya. Lagi sorang tak dapat gambar lg.
Bila penulis dan adik datang bertandang ke
rumahnya, kak long tak pernah lupa membawa kami berjalan-jalan menikmati
keindahan alam. Dia suka bawa kami jalan-jalan, melancong mengenal bumi yang
kami pijak ketika itu iaitu Johor. Kakak seorang yang penyayang walaupun dia
jarang melimpahkan kasihnya pada kami adik-beradik hanya kerana kami berjauhan.
Dia suka menelefon & bertanya khabar tentang kami. Paling seronok kak long suka tegur penulis & adik-adik
dalam FB.
Kak Long & keluarga bahagianya...
Walaupun kami berlainan ibu, tapi kami tetap
sama ayah. Macam mana pun kami tetap bergelar adik-beradik dan sepatutnya kami
saling mendoakan kebaikan antara kami. Ayah selalu pesan adik-beradik tak boleh
gaduh, walau macam mana pun air di cincang ia takkan putus. Ya betul kata ayah.
Adik-beradik tempat kita bersama-sama, susah senang adik-beradik ada
bersama-sama. Bukan hanya mementingkan diri sendiri. Penulis mahu ceritakan
pada dunia betapa hubungan adik-beradik itu sangat mempengaruhi kehidupan kita.
Baik atau jahat mereka tetap adik-beradik kita. Kita yang bertanggungjawab
terhadap ahli keluarga kita. Jadi, sayangilah ahli keluarga yang masih setia di
sisi kita saat kita susah atau senang.
Sungguh kembara keluarga bahagia ini menemui titik kebahagiaannya.
Al-Hamdulillah...Ya ALLAH.
Sekali lagi penulis memohon jasa baik
sahabat-sahabat semua untuk terus mendoakan & menghadiahkan surah
al-Fatihah kepada ayah penulis yang masih diuji kesihatannya. Ayah sedang tabah
menghadapi penyakitnya. Moga ayah kuat untuk menghadapi ujian dari ALLAH ini.
Doa kalian amat penulis hargai & terima kasih moga ALLAH permudahkan segala
urusan kalian. Sungguh penulis sangat rindukan ayah, susuk tubuh badannya,
keringatnya, suara nyaring ayah mengalunkan ayat suci al-Quran, suara
pesanannya yang sangat menusuk kalbu, gelagat lawak ayah bila dia membuat kami
ketawa. Setakat ini dahulu coretan hati mengingati Ilahi. Terima kasih Ya ALLAH
di atas peluang yang ALLAH kurniakan buat penulis untuk mempunyai keluarga yang
sangat penyayang dan ayah yang sangat bertanggungjawab terhadap anak-anaknya.
Siiru ‘alaa barakatillah...
No comments:
Post a Comment