Bismillahirrahmanirrahim...
Al-Hamdulillah...setelah
dua hari bercuti penulis kembali dapat meneruskan penulisannya di blog. Al-Hamdulillah
penulis dianugerahkan ALLAH nikmat terbesar dalam hidupnya iaitu nikmat Islam
& iman. Nikmat yang sangat berharga bagi manusia yang sangat memerlukan
ALLAH dalam kehidupannya. Hidup ini kosong & tiada makna tanpa ALLAH yang
sentiasa memberi hidayahNya.
Bila empat serangkai berjumpa...inilah gelagatnya!
Baiklah,
hari ini penulis nak berkongsi satu cerita menarik tentang sahabat. Penulis
dedikasikan kisah empat sahabat kepada sahabat-sahabat lamanya moga terubat
rindu pada kalian yang mumgkin akan singgah di blog ini. Kisah yang baik elok
dikongsi ceritanya kan? Betul tak? Semua orang ada sahabat mustahil dia boleh
hidup sendirian tanpa teman bergelar sahabat di sisi. Begitu juga penulis.
Kisah
empat sahabat berkawan semasa di sekolah rendah lagi. Nurul Syuhada Shafi’i,
Nor Amira Ibrahim, Nor Farhanani Che Aznan & Farah Haryanti Yaakob. Mereka
berkenalan masa sekolah rendah hinggalah masuk sekolah menengah yang sama.
Kenangan bersama masih segar di ingatan mereka terutamanya bila dah berjauhan.
Wajah bahagia punya sahabat sejati sampai syurga...
Syuhada,
insan yang sedikit pendiam tapi bila dah jumpa kawan bercakap tak ingat dunia.
Dia paling matang antara mereka memegang gelaran along sebab dia lahir di bulan
04.04.1990. Baik & sopan tak kurang syuhada pandai nasyid. Setiap hari
mereka saling kongsi nasyid. Sorang nasyid yang lain sambung. Dia sangat ambil
berat tentang sahabat-sahabat yang lain. Orangnya biasa-biasa tapi luar biasa. gayanya yang sopan & baik dalam percakapan membuatkan ramai sahabat menyenangi kehadirannya.
Amira,
insan yang sangat ‘happy-go-lucky’. Dia takkan sesekali tunjukkan kesedihannya
pada orang lain kecuali pada sahabat yang betul-betul memahami situasinya. Dia
senyum comel sangat buatkan empat sahabat ini bertambah bahagia bersama. amira
bersikap manja tapi dia tetap digelar angah dalam kalangan mereka kerana dia
lahir 08.06.1990. dia sangat suka bercerita. Cerita dia sangat menarik
perhatian tiga orang sahabatnya lagi. Karenahnya yang suka buat lawak &
manja menjadi dia disenangi oleh sahabat-sahabatnya.
Nani,
si periang yang sangat suka bercerita. Bila dia marah semua orang takut sebab
dia anak sulung dalam keluarganya. Walaupun begitu, Nani sangat baik orangnya,
suka tolong sahabat lain & yang paling istimewa dia sangat suka bernasyid.
Suaranya subhanAllah mendamaikan sahabat
yang mendengar. Mereka suka menghabiskan masa bersama daripada sekolah rendah
hingga sekolah menengah. Mereka suka bernasyid, berkongsi cerpen-cerpen yang
mereka buat & kadang-kadang berbual tentang masa hadapan. Nani lebih
dikenali dengan panggilan achik sebab dia lahir 19.09.1990. Dia pun merupakan
anak sulung dalam keluarganya & sangat penyayang walaupun kadang-kadang dia
agak garang.
Akhir,
Farah atau lebih dikenali sebagai aik sebab dia lahir bulan akhir iaitu
30.11.1990. dia hanya insan biasa yang mendambakan kasih sahabat sejati hingga
ke syurga. Dia seorang yang sensetif dan agak pendiam. Orang tanya sepatah, dia
jawab sepatah sebab itu memang sifat dia. Dia suka mendengar cerita-cerita
sahabatnya. Dia juga pendengar yang baik & susah nak marah orang. Bila marah
memang teruklah. Anak sulung memungkinkan dia berkelakuan seperti itu.
Empat
orang sahabat ini berkongsi hobi yang sama iaitu mereka suka menulis. Bila siap
sahaja cerpen atau cerita-cerita mereka saling bertukar buku & saling komen
apa yang tidak kena dengan tulisan mereka. Mereka juga suka menghabiskan masa
berbual & bernasyid bersama-sama. Kenangan indah bersama mereka tak pernah
luput di fikiran walaupun masing-masing terpaksa berpisah demi mengejar
cita-cita & memenuhi impian ibu ayah.
Ini gelagat kami yang sempat dirakan setelah lama berpisah...
Uniknya,
Nani & Syuhada menyambung pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa
Gombak. Manakala Mira & Farah menyambung pelajaran di Universiti Sains
Islam Malaysia. Kiranya mereka berpasang-pasangan. Walau berjauahan mereka
tetap saling merindu & berhubung. Penulis berharap agar ikatan ukhuwwah
yang di bina sejak di bangku sekolah rendah lagi ini berkekalan hingga ke syurga
Ilahi. Biar persahabatan kita mewangi sampai syurga. Walau di mana pun kalian penulis mengharapkan kalian bahagia hidup di dunia & akhirat. Penulis hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk kalian.
Penulis teringat pada kata-kata ALLAH yang
menegaskan tentang ukhuwwah & saling berkenalan antara manusia dalam surah
al-Hujuraat ayat 13 yang bermaksud:
13. Wahai
umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,
supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya
di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan
kamu).
subhanaLLAH.. masyaAllah...! sgt seronok n teruja membaca kisah indah ni... seakan mahu melompat kegembiraan.. bibir asyik mengukir senyumn sehingga ke titik akhir penulisan.. syukran kathir ukhtiku~
ReplyDeletela syukran 'alaa wajib ukhti mahbubah...May ALLAH bless us
ReplyDeletei really rindu dekat u all.....luv u all so much...
ReplyDelete