Bismillahirrahmanirrahim...
Al-Hamdulillah
kesempatan mencurah idea & berkongsi cerita masih menjadi milik penulis
dengan izinNya. Penulis bisa menaip setiap bait kata, mengolah idea menjadi
cerita, mencari ilham di sebalik kepayahan & kesukaran. Bukan mudah mahu
menjadi penulis. Niatnya bagaimana? Adakah kerana ALLAH atau kerana manusia?
Moga rahmat ALLAH sentiasa bersama kita. Usah lupa mengucap syukur di atas
segala nikmat & kasih sayangNya pada kita.
Baiklah,
tajuk perbincangan penulis hari ini masih berkisar tentang musafir berkalung
ibrah. Al-Hamdulillah, ALLAH memberi peluang kepada penulis untuk bermusafir di
buminya. Sememangnya musafir itu punya banyak manfaat di samping doanya di
dengar terus oleh ALLAH kerana mereka berada dalam kepayahan meneruskan
perjalanan. Sepanjang pemusafiran kami, perkara pokok yang memberi pengajaran
berguna kepada kami adalah bersabar.
Sabar adalah kunci kejayaan sesebuah pemusafiran.
Dalam
tempoh pemusafiran kami pelbagai ragam manusia dapat kami rakam juga pelbagai
suasana menarik perhatian kami. Taman KLCC antara tarikan kami. Taman dalam
bandar memberi ketenangan kepada sesiapa yang bersiar-siar di kawasan ini.
Walau di kelilingi dengan bangunan-bangunan yang sedang dibina. Di masjid
as-Syakiriin pula, kami sempat mendengar kuliah subuh kerana kami memilih tidur
di masjid pada malamnya.
Ustaz
menyampaikan tazkirah pagi dengan bersemangat sekali, betul-betul membuatkan
penulis hilang mengantuk & terus fokus pada penyampaian ustaz. Baiklah di
sini penulis suka berkongsi beberapa isi yang diperoleh penulis semasa
mendengar kuliah subuh temph hari di masjid As-Syakiriin.
Tajuk
11 syesen penghapusan dosa menjadi perbincangan kami pagi itu:
1)
Taubat. 2) Istighfar. 3) Amalan-amalan soleh yang dilakukan di dunia. 4)
Musibah-musibah & ujian-ujian yang menimpa diri kita. 5) Solat Jenazah. 6)
Seksaan dalam kubur. 7) Amalan-amalan
soleh yang dihadiahkan kepada si mati. 8) Kepayahan di padang Mahsyar. 9)
Hisab. 10) Syafaat Rasulullah s.a.w kepada umat baginda s.a.w. 11) Keampunan
& rahmat ALLAH.
Di
sini di bahagikan kepada tiga pembahagian utama iaitu, bahagian pertama ketika
di dunia bernombor 1 hingga 4. Bahagian ke dua iaitu ketika di alam kubur
bernombor 5 hingga 7.
Bahagian ke tiga ketika di padang mahsyar bernombor 8
hingga 11. Sungguh pengisian ini memberi ruang kepada hati penulis untuk
mengkoreksi dirinya yang terkadang terleka dengan tipu daya dunia. Al-Hamdulillah,
kerana ALLAH memberi peluang kepada penulis dan sahabat-sahabat menamatkan
musafir mereka di masjid dan ini nikmat terbaik kami terima bahagia dalam
taman-taman syurga ALLAH di dunia.
Sungguh
bahagia bergelar seorang musafir bersama-sama sahabat yang tak putus memberi
kata-kata nasihat sepanjang perjalanan kami. Itu faedahnya jika kita mengambil
ibrah dari musafir @ berjalan jauh ini. Dapat kenal negara orang. Dapat kenal
ramai manusia. Dapat belajar dari kesilapan. Dapat mencuba sesuatu yang baharu
dalam perjalanan yang panjang. Apa yang penting iman kena kuat, hati kena teguh
niat mesti kerana ALLAH.
Moga ALLAH masih memberi peluang kepada penulis dan sahabat-sahabat untuk terus meneroka alam ini, & melancong, melihat & menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH sebelum mata terpejam, sebelum roh berpisah dari jasad, sebelum nafas terakhir diakhiri dengan kalimah syahadah & sebelum Malaikat maut datang menjemput penulis. Sungguh penulis menyimpan impian setinggi bintang untuk menjelajah & melihat dunia suatu hati nanti. Biiznillah...
Maaf yer tak dapat nak 'post' gambar-gambar sepanjang keberadaan sebagai musafir. InsyaALLAH, kita berjumpa lagi dalam entri akan datang. Terima kasih atas kesudian sahabat-sahabat membaca isi blog ini. Moga bermanfaat buat hati yang mendamba cinta Ilahi.
No comments:
Post a Comment