Bismillahirrahmanirrahim...
Al-Hamdulillah
Ya Rabbi...Engkau telah melimpahkan rahmat yang tak terhingga buat hambaMu yang
terkadang terlupa akan nikmat-nikmat pemberianMu. Peliharalah iman kami dari
segala kejahatan yang mahu menghampiri. Terima kasih ALLAH, penulis masih
diberi kesempatan ini. Kesempatan yang tak mungkin di sia-siakan walau pada
sesetengah orang penulisan blog adalah tak lebih dari diari kehidupan semata.
Namun, melalui blog ini banyak yang penulis belajar. Banyak juga penulis dapat
kawan melalui blog. Melalui blog juga penulis berhubung dengan sahabat baiknya.
Melalui blog juga penulis membaca blog-blog yang bermanfaat & menarik demi
menambah pengetahuan yang kita terkadang tak tahu.
Ya,
sekarang masing-masing dah punya ‘facebook’, ‘update’ sahaja semua cerita dalam
‘facebook’. Sungguh, penulis katakan ‘facebook’ dan blog adalah sesuatu yang
berbeda bangat. Apa yang pasti di sini penulis sangat teruja mempunyai blog,
& bersyukur kerana ALLAH memberinya peluang untuk menulis &
menyampaikan idea-ideanya dalam blog kesayangannya ini. Masing-masing punya
pilihan tersendiri. Pilihlah yang terbaik.
Hari
ini sebenarnya penulis nak bercerita tentang allahyarhamah nenda sebelah ibu
& sebelah ayah. Hehe, biasalah tadi muqaddimah dulu. Entah kenapa tiba-tiba
teringat dekat nenda yang penulis panggil ‘mok’ & ‘tok’. Penulis dan adik
beradik tak pernah merasa kasih sayang seorang datuk sama ada sebelah mama @
sebelah ayah kerana mereka terlebih dahulu menyahut panggilan Ilahi sebelum
kami lahir ke dunia. Best kan kalian ada atuk & nenek yang boleh kalian
dengar mereka bercerita. Mereka tak pernah berhenti bercerita. Berkongsi tips
itu & ini dengan kita.
Masih
segar di ingatan penulis masa awal-awal tinggal di Kuala Langat, Banting ini,
penulis & sahabat di ajak hadir ke majlis kesyukuran akikah adik-beradik
tuan rumah yang kami sewa. Kami memenuhi undangan tersebut. Meriah majlia
aqiqah anak saudara mereka. Kami sempat mengenali nenek tuan rumah. Dia sangat
peramah, baik hati & suka bercerita. Walaupun ceritanya berulang-ulang,
penulis & sahabatnya mendengar dengan teliti. Kadang-kadang kami mencelah.
Sekejap kedengaran gelak-tawa kami. Bahagia mendengar cerita nenek yang baru
kami kenal.
Nenek
bercerita sampai tak sedar sampai pukul dua pagi barulah kami berangkat pulang
ke rumah sewa kami. Kata pemilik tuan rumah, “Nenek memang macam tu suka
bercerita walaupun cerita yang sama. Dia nak ada orang teman untuk bercakap
taklah dia rasa sunyi di usia senjanya.” Betul kata dia.
Penulis
teringat satu firman ALLAH dalam surah al-Israa’ ayat 23 & 24 berkenaan
insan yang digelar ibu & ayah yang bermaksud:
23. dan Tuhanmu
telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya
semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah
seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam
jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang
perkataan kasar) sekalipun perkataan "ahh", dan janganlah engkau
menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang
mulia (yang bersopan santun).
24. dan
hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih
sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, Dengan berkata): "Wahai Tuhanku!
Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan
kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
Sungguh penulis sangat mengingati insan yang
bernama nenek. Arwah nenek sebelah mama & sebelah ibu meninggal dunia pada
tahun yang sama 2009. Tahun di mana penulis mahu melangkah ke alam universiti.
Bahagianya penulis kerana saat detik kematian nendanya, dia ada di sisi mereka.
Al-Hamdulillah...ALLAH memberinya peluang itu. Melihat betapa sakitnya
sakaratul maut meragut nyawa.
Kenangan bersama-sama nenek tak pernah luput
di ingatan penulis. Memang benar, ke dua-dua nendanya suka bercerita &
bercakap panjang lebar terutamanya ketika memarahi penulis & adik-beradik
ketika kami melakukan kesalahan. Arwah nenek sebelah ibu adalah seorang guru
mengaji al-Quran. Jadi setiap hari rumah kami dipenuhi oleh pelajar-pelajar
yang mahu belajar Quran dengan arwah nenek. Jelas kedengaran alunan ayat suci
al-Quran yang dibaca oleh nenek. Nenek juga seorang yang penyayang pada
cucu-cucunya. Bila tiba hari raya semua cucunya dapat bahagian dua hari raya
masing-masing dari nenek. Banyak tanda kasih sayang nenek pada kami
cucu-cucunya & yang pasti nenek tak pernah pilih kasih dengan kami.
Nenek bukan orang kaya tapi sangat
bersederhana dalam kehidupannya. Uniknya, nenek tak pernah punya penyakit
seperti manusia hadapi sekarang ini. Dia sihat walafiat tanpa penyakit yang
teruk, ini kerana nenek mengamalkan kehidupan yang sihat. Kerap minum air
masak. Bila demam sikit, nenek akan makan tanaman ubat-ubatan herba yang
ditanamnya. Nenek tak makan ubat hospital. Umur nenek panjang sehingga 90-an.
Nenek sakit tak dapat bangun. Sakit tua orang kata.
Setelah hampir beberapa tahun nenek menderita
sakit tua & lumpuh, nenek pergi meninggalkan penulis & ahli
keluarganya. Mengimbau kembali kenangan sedih ketika nenek menghembus nafas
terakhir, ayah penulis sempat membacakan surah al-Waqi’ah & pada ayat
terakhir surah al-Waqi’ah, nenek nazak. Penulis ketika itu sedang asyik membaca
surah Yaasin bersama-sama beberapa orang lagi sepupu. Nenek akhirnya pergi
meninggalkan alam dunia yang penuh fana’. Kesedihan membelenggu kami. Dahlah
tiada datuk, pergi pulak nenek tersayang cukup menguji man penulis &
adik-beradik. Penulis sempat memandikan jenazah allahyarhamah nenek sebelah
mama bersama-sama mama, emak saudara & beberapa orang sepupu. Tamat sudah
kehidupan nenek di dunia.
Nenek sebelah ayah pula sama seorang yang
suka bercerita terutamanya bila kami jarang datang menjenguk nenek. Nenek
sebelah ayah suka menyuruh penulis mengurutnya bila nampak sahaja kelibat
penulis. Maklumlah, penulis dikurnia anugerah & nikmat yang ALLAH juga
anugerahkan kepada nenek iaitu pandai mengurut sekali gus melegakan sakit-sakit
nenek. Al-Hamdulillah...sekurang-kurangnya itu kenangan terindah penulis dengan
neneknya.
Kasih sayang nenek sebelah ayah tak pernah
berbelah bahagi pada kami mungkin kerana kami jarang bertandang ke rumah nenek,
penulis jarang nampak kasih sayangnya. Cuma penulis tahu nenek juga seorang
yang penyayang. Hanya sekejap penulis dapat merasai kasih sayang seorang nenek
kerana selepas itu, nenek jatuh sakit. Terbaring di katilnya & tidak lagi
mengenali kami. Satu kalimah yang penulis ingat sampai sekarang, “Kalian belajar
agama kan? Nanti kalian, cucu-cucu nenek sedekahkan al-Fatihah buat nenek yer.
Tak pun rajin-rajinlah baca al-Quran untuk nenek.” Kata nenek yang tak pernah
hilang di benak fikiran penulis.
Ya nenek mengharapkan doa seorang anak soleh
& solehah untuknya aman di alam barzakh. Ketika nenek sebelah ayah sakit
tenat, penulis di sisinya membaca surah Yaasin seperti lakunya ketika saat
terakhir nenek sebelah mama. Bagaimana keadaan ‘mok’ & ‘tok’ sekarang?
Adakah kalian bahagia di alam kubur sana. Sungguh penulis sangat merindui
kalian sebagai nenek penulis. Selamanya kalian bergelar nenek bagi penulis.
Wajah terakhir kalian di tatap penuh kasih sayang walau kedut wajah nenek tak
pernah dirakam indah pada foto, tapi penulis masih mengingati wajah sayu
seorang nenek. Kedut wajah kalian penuh dengan cerita derita sengsara, bahagia
suka hidup di dunia ini.
Panjang sungguh penulis berceloteh hari ini.
Maaf ya, ambik masa kalian. Ini sahaja masa yang penulis ada untuk bercerita
tentang orang yang pernah hidup dalam kamusnya sebagai seorang cucu, orang yang
pernah mencurah rasa sayang kepada penulis, orang yang suka berbagi cerita
dengan penulis walau pada hakikatnya penulis sudah kehilangan kasih sayang
nenek-neneknya. Hargailah nenek & datuk yang ada di samping kalian. Jangan
menyesal di kemudian nanti kerana kasih sayang mereka sangat berharga. Setakat
ini dahulu luahan hati perkongsian rasa pada hari ini. Siiru ‘alaa
barakatillah...
No comments:
Post a Comment