Al-Hamdulillah...nikmat Islam & iman masih menjadi milik penulis & sahabat-sahabat masakan tidak hari ini kita masih menikmati udara milik ALLAH dengan percuma. Syukur padaMu Ya Rabb. Baiklah, hari ini kita sambung cerpen kita sebelum ini bertajuk dilema sang pengembara. InsyaALLAH ini episod akhir untuk cerita kali ini. Moga memberi manfaat kepada jiwa yang mendambakan cinta Ilahi mewarnai kehidupannya.
Dilema Sang Pengembara (Cerpen siri akhir)
Bila sibuk dengan
persatuan masa yang ada untuk belajar adalah terhad yalah...masanya bukan hanya
untuk belajar, tapi Adham Zahiruddin bijak menguruskan masanya. “Hai...fokus
betul Din mendengar kuliah pensyarah! Kawan-kawan kat sebelah dia dah lentok
melayan mimpi indah.” “Padanlah Din fokus masa belajar sebab banyak masa dia
digunakan untuk segala macam aktiviti yang mesti dihadirinya. Naqib, presiden
(SPMM), pelajar, AJK program-program ceramah semua dia baham.” “Tak mengapalah,
dia nak bekerja untuk Islam. Jika tiada orang sepertinya, semakin banyaklah
berlaku kemungkaran di universitinya. Bayangkan jika semua mahasiswa bersikap
sepertinya, amar ma’aruf, nahi mungkar, sudah tentu dah tak berlaku
masalah-masalah sosial kat universiti ini.”
Cuti pertengahan semester
pertama telah bermula. “Assalamu’alaikum, ibu...” ucap Adham Zahiruddin ketika
mendapat panggilan telefon dari ibunya.Dia sudah dapat mengagak tujuan ibunya
menelefon. “Wa’alaikumussalam...Along sihat ke? Macam mana belajar?” Tanya
ibunya. “Al-Hamdulillah sihat. Belajar semua baik ibu. Berkat doa seorang ibu,
Along dapat belajar dengan tenang walaupun masa along tidak sama dengan
kawan-kawan lain. Ibu pula macam mana sihat? Adik-adik? Abah?” Jawab Adham
Zahiruddin sambil bertalu soalan menerjah pendengaran ibunya. “Ibu dan
adik-adik sihat al-hamdulillah, cuma ayah Along je yang kurang sihat. Sakit
goutnya menyerang lagi.”
“Ayah sakit lagi?
Subhanallah, allahuakbar. Ibu tengok-tengokkan ayah ya. Ayah tentu tak cukup
rehat bekerja sepanjang masa. Ibu nanti kirim salam rindu Along kat ayah tau.”
“InsyaALLAH pasal ayah along tak payahlah risau, pandailah ibu jaga ayah.
Ha...Bila Along nak balik kampung ni? Adik-adik along dah sibuk bertanya, tak
sabar kata mereka nak jumpa dan peluk
Along.” Bunyi bising suara adik-adik di corong telefon membuatkan Adham sebak
seketika seraya menarik nafas panjang dan menyusun bicara, “Maaf ibu, Along tak
dapat balik cuti ini. Banyak kerja dan tugasan yang perlu Along selesaikan
segera. Along sangat merindui ibu, ayah dan adik-adik, tapi nak buat macam mana
along kena korbankan masa dengan keluarga untuk seketika.” “Tak mengapalah
Along. Ibu faham situasi along sekarang, tapi along jangan lupa telefon kami
selalu, tak adalah adik-adik along merengek nak cakap dengan Along. Ibu sentiasa
doakan yang terbaik untuk along.”
Firman ALLAH S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 214 yang
bermaksud:
214. “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga,
padahal belum datang kepadamu (cubaan atau ujian) sebagaimana halnya
orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan
kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga
berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah
datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu
amat dekat.”
“Enta sedih ya, tak dapat
balik kampung? Pengorbanan itu menuntut keikhlasan hati” Soal Amir Hamzah.
“Taklah sedih cuma sedikit terkilan sebab tak dapat jumpa keluarga cuti ini.
Tak mengapalah demi keberlangsungan gerak kerja dakwah Islam, ujian ini tak
dapat tidak ana kena hadapinya. Tadhiyyah...lagipun, perjuangan Islam memerlukan
pengorbanan dari berterusan da’ei. Enta dah makan?” kata Adham Zahiruddin. “Dah
pagi tadi.”
“Ana tak nampak pun enta
makan. Nak kata puasa sunat ari ini bukan hari isnin atau khamis. Enta makan
belum ini?” “Ana belum makan sebenarnya.” Kata Amir Hamzah lantas tertunduk
memandang lantai. Adham Zahiruddin memahaminya lantas mengeluarkan sekeping
duit kepada sahabatnya. “Enta dah banyak tolong ana. Cukuplah hutang yang
sebelum ini belum dibayar.” “Ambil jelah. Anggap aje ALLAH nak tolong enta
melalui ana. ALLAH itu Maha Pengasih dan Penyayang. Ada masa ana pula yang
memerlukan pertolongan enta.”
Sikap suka menolong
sahabat, biarpun diri sendiri dalam kesempitan membuatkan dia sentiasa
disenangi lawan dan kawan. Dia insan yang sangat menghargai kewujudan sahabat.
Bukan bersahabat kerana harta, kekuatan atau kepandaian yang dikurnia ALLAH
tetapi bersahabat kerana ALLAH. Bukan hanya terkenal kerana sikap ramahnya pada
semua masyarakat tetapi sikap terbuka dan menegur orang yang melakukan
kesilapan dengan berhikmah membuatkan dia dikenali ramai. Dia juga adalah insan
yang sangat merendah diri bila mana ada sahabat yang memuji kebaikannya, dia
pantas mengucap Al-Hamdulillah...semua kelebihan dan kebaikan adalah milik
hakiki ALLAH. ALLAH Maha Sempurna dan manusia itu fitrahnya tetap tidak
sempurna.
Hati Adham Zahiruddin
pernah berbicara, “Ya ALLAH...pengorbanan apa lagi yang perlu aku laksanakan
demi menanam bunga-bunga dakwah Islam dan tarbiyah dalam diriku dan
sahabat-sahabat sekelilingku? Apa lagi yang dibutuhkan oleh hatiku dalam
menghadapi ujian-ujianMu? Jika jalan dan petunjuk untuk menyintaiMu adalah
jalan yang sukar penuh duri yang bakal melukai diriku, nescaya aku masih mahu
mendekati kasih sayangMu kerna padaMu tersirna segala ketenangan dan kesenangan
hakiki. Jika pengorbanan menjadi galang- ganti kasihnya ALLAH kepadaku, aku
sanggup meletakkan pengorbanan sebagai usahaku mendekatiNya. Biarlah ALLAH yang
menilai dan menjadi kayu ukur ke mana kasih dan cintaku tertumpah.”
Inilah antara dilema yang
dihadapi oleh seorang pengembara CINTA ALLAH. Adham Zahiruddin antara watak
yang dibawakan oleh ramai mahasiswa. Andai CINTA ALLAH yang dikejar, CINTA
ALLAH juga yang bakal menyinari kehidupan insan yang bergelar sebagai hamba
ALLAH.
TAMAT....
Bukan mudah mahu mencipta sebuah cerpen & bergelar seorang penulis. Sungguh pengalaman ini sangat manis bagi insan yang suka meluahkan kata-katanya melalui penulisan. Bukan hanya minat yang perlu digarap tetapi juga cetusan idea & kebergantungan kepada ALLAH menentukan sejauh mana langkah penulis beraksi dalam medan dakwah melalui dunia penulisan. & penulis yakin sahabat2 juga begitu rentaknya. Moga dipermudah segala urusan dunia & akhirat kita dalam menuju matlamat akhir menemui Tuhan dalam husnul khatimah. Siiru 'aalaa barakatillah...
No comments:
Post a Comment