Bismillahirrahmanirrahim…
Al-Hamdulillah...penulis
masih hidup & bisa merasai nikmat Islam & iman dalam kehidupannya.
Salam Jumaat kareem buat semua sahabat yang sudi menatap setiap entri di blog
ini. Moga ALLAH memberikan kebahagiaan dunia dan akhirat kepada semua sahabat.
Moga kehadiran blog ini akan menambah sinar kebaikan & keindahan Islam
kepada seluruh makhluk ALLAH.
Pagi
yang menyegarkan dengan udara yang lembut menyapa diri saat membuka pintu rumah
untuk menuju ke tempat kerja. Udara lembab bila bumi dibasahi hujan yang sangat
di dambakan oleh manusia di Malaysia ini. Setelah kita menghadapi musim kemarau
beberapa bulan, akhirnya bumi disimbah hujan yang lebat.
Hari
ini penulis suka mahu bercerita tentang hujan nikmat terindah. Ya sudah lama
penulis tidak melihat tempatnya dibasahi hujan. Bila hujan turun dengan
lebatnya, ucapan syukur terungkap di bibir. Ringan mengucap al-Hamdulillah pada
ALLAH. Sebelum ini ramai yang berdoa mohon hujan turun setelah lama tidak hujan
dan menyebabkan sesetengah tempat ketiadaan air. Tengok, betapa kita sebagai
manusia sangat memerlukan kepada ALLAH.
Jika
tiada air, susah & sukar untuk kita hidup dengan baik. Sungguh kehidupan
kita terganggu kerana ketiadaan air yang menjadi punca keperluan utama manusia.
Yalah, daripaa nak mandi sampailah nak minum kita memerlukan air. Badan kita
juga memerlukan air. Bila air tiada ramai yang bising. Resah dalam gundah. Itu
baru satu nikmat yang ALLAH tarik untuk seketika mahu menguji kesabaran
hambaNya.
Antara gambar-gambar yang sempat dirakam semasa hujan di kampung penulis:
Belajarlah
dari peristiwa ini. Hujan adalah nikmat terindah buat manusia yang bergelar
hamba & khalifahNya. Bila hujan lebat pulak, masing-masing merungut, nak
bergerak tak boleh sebab hujan, nak jemur baju pun susah nanti baju tak kering
bau hapak, nak berjalan-jalan pun tak boleh hujan basah nanti. Itulah fitrah
manusia serba tidak kena. Padahal ALLAH dah bagi yang terbaik untuk kita.
Penulis
paling bahagia bila dapat tengok hujan terutamanya bila merenung hujan yang
menitis setitis demi setitis ibarat bumi menangis air mata. Mengimbau kenangan
masa kecil dulu, penulis dan adik-adik suka main hujan. Bila tiba hujan sahaja
masing-masing berlari ke telaga mahu merasai nikmat hujan yang turun.
Berkejaran kami bermain air hujan sampai satu masa kena marah dah lama sangat
main air hujan. Bila hujan turun je kami adik-beradik suka duduk tepi tingkap
melihat air hujan yang menitis dari bumbung dan masa hujanlah hari yang paling
kelam kabut bila adik-adik menjerit, “Mama, atap bocor. Tadah dengan bekas.
Hujan lebat sangat.” Semua bergegas mencari bekas untuk tadah air hujan yang
menembusi atap rumah lama kami. Rumah kami penuh dengan bekas untuk tadah air
hujan. Kelakarkan?
Inilah
kenangan paling manis yang penulis hadapi masa zaman kecilnya tentang hujan.
Bila hujan rumah lama kami yang diperbuat dari kayu mesti sejuk yalah angin
bertiup masuk ke dalam rumah kami. Rumah kampung terbuka sana sini. Sejuk
‘best’ untuk ulit tidur. Bila masa hujan waktu tidur kami jadi makin selesa.
Itu zaman kecil-kecil. Sekarang kami dah berpindah ke rumah baru. Tiada lagi
kenangan itu.
Hanya
yang kami selalu buat sampai sekarang bila hujan turun je, kami pakat
bertenggek di jendela. Melihat kebesaran ALLAH dengan turunnya hujan. Bumi
seakan-akan segar bila disimbahi air hujan. Tumbuhan mekar bila air hujan turun
dengan lebatnya. Ya, jika ada kesempatan adik yang bongsu suka bermain air
hujan walau sekejap. Ayah pula asyik merenung air hujan yang turun. Ya, ada
rahsia di sebalik kisah hujan. Ayah termenung panjang di pintu. Adik-adik
lelaki tentunya sedih sebab tak dapat main bola sepak atau berjumpa dengan
kawan bila hujan menjengah kami.
Sungguh,
hujan adalah nikmat terindah buat penulis. Kalian bagaimana? Jika ya, jom
sama-sama kita ucapkan al-Hamdulillah dengan nikmat ini. ALLAH sangat
menyayangi kita, sebab tu bila hujan dah tiada terbit matahari di susuli
pelangi yang indah menghiasi alam yang tersedia cantik dan subhanallah, Maha
suci ALLAH yang menciptakan semua ini.
Setakat
ini dahulu coretan hati di pagi Jumaat buat tatapan penulis sendiri dan
sahabat-sahabat yang setia menjengah blog yang serba kekurangan ini. Mohon
ditegur, dan komentar daripada sahabat-sahabat amat di alu-alukan agar penulis
bisa memperbaiki penulisannya. Salam seceria alam selepas dibasahi hujan yang
lebat.
No comments:
Post a Comment