Bismillahirrahmanirrahim...
Salam Jumaat Kareem buat semua pembaca blog yang dikasihi ALLAH. Moga kalian hidup bahagia dunia & akhirat...
Al-Hamdulillah...pejam
celik penulis masih bisa singgah di blog ini dan mencoret sesuatu buat
tatapannya di hari tua kelak. Mungkin kenangan ini akan di menjadi pengalaman
manis penulis bergelar sebagai seorang ‘blogger’ di hari tuanya nanti. ALLAH
melihat segala usaha kita, usah pernah berhenti kerana penat di dunia bakal
terbalas dengan kasih ALLAH Yang Maha Hebat di alam yang kekal abadi nanti.
Terima
kasih tak terhingga buat insan-insan hebat yang singgah di blog ini. Hanya
ALLAH yang mampu membahagiakan kalian, hanya ALLAH yang bisa membalas segala
kebaikan sahabat-sahabat sekalian. Bagi insan yang juga punya blog teruskan
usaha kalian untuk menjadikan penulisan blog sebagai salah satu wadah untuk
menyebarkan keindahan Islam pada semua orang.
Islam
itu indah & sewajarnya disebarkan keindahannya supaya manusia tidak terus
hanyut dengan keindahan dunia. Jadikan segala pengalaman pahit manis kehidupan
diri ini sebagai salah satu cara untuk kita berkongsi dengan manusia lain
bahawa kasih sayang ALLAH sentiasa melimpah buat hamba-hambaNya yang merindukan
detik pertemuan dengan ALLAH Yang Maha Esa.
Hujung
minggu yang lalu, penulis berkesempatan mendengar salah satu rancangan
‘Bismillah’ di TV3 tak silap penulis jam 7 pagi. Bagi mengelakkan tertidur
selepas subuh, tv dibuka & dilayan. Rancangan itu membincangkan tentang
taubat. “Menarik tajuk yang dikupas oleh Ustaz Elyas Ismail. Emm, layan jelah
daripada aku terus tertidur.” Kata penulis melawan daripada menuruti nafsunya
yang mengajak dia tidur. Ini salah satu cara mujahadah diri. Mujahadah yang
dimaksudkan di sini adalah melawan bersungguh-sungguh nafsu yang mengajak
kepada perkara yang kurang baik.
Kenapa
sebenarnya kita perlu bertaubat? Mengikut apa yang telah diperkatakan oleh
ustaz penulis cuba menyusun 5 isi utama yang berkait dengan kenapa manusia
perlu bertaubat. Pertama, kita perlu bertaubat kerana hati yang dikurniakan
ALLAH ini tidak konsisten. Terkadang iman kita naik, kita rajin melakukan
kebaikan & menuruti setiap perintah ALLAH tetapi jika iman kita turun
mendadak, kita malas untuk melakukan kebaikan. Itu perlunya kita bertaubat
kerana hati kita tak tetap. Ke dua, terkadang kita tidak sedar bila masa kita
melakukan dosa. Bila dosa-dosa yang dilakukan bertambah ia seperti menambah
titik hitam dalam hati kita. Bagi membersihkan titik-titik hitam itu, taubat
adalah caranya. Ke tiga, kita perlu bertaubat untuk pembersihan hati sendiri.
Bila hati kita bersih kita senang untuk mendekatkan diri kepada ALLAH.
Isi
ke empat kenapa kita perlu bertaubat adalah kerana dosa-dosa yang dilakukan
sama ada secara sengaja atau tidak bakal menjadi penghalang daripada hidayah
(petunjuk) ALLAH. Jadi, bila kita nak jemput hidayah ALLAH kita perlu
bertaubat. Mana tahu dengan taubat yang dilaksanakan akan memberi peluang kepada
diri kita untuk menjadi hambaNya yang lebih bahagia mencintaiNya daripada isi
dunia. Sebab terakhir kenapa kita perlu
bertaubat adalah, mati akan datang tanpa pengetahuan kita, kita tak tahu pun
bila kita mati sedangkan kita tahu bila tarikh kelahiran kita. Dek kerana kita
tidak tahu bila kita matilah, kita perlu sentiasa bertaubat agar kita mati
dalam keadaan husnul khatimah (pengakhiran yang baik).
Ustaz
juga menceritakan tentang prasyarat bertaubat (bagaimana cara untuk kita
bertaubat) ada tiga isi utama iaitu, pertama: menyesal dengan
bersungguh-sungguh terhadap segala dosa yang pernah dilakukan. Ustaz kata
jangan pulak taubat sambal belacan maksudnya, makan sambal belacan pedas sangat
sampai nangis-nangis tapi masih tetap memakan sambal belacan tersebut.
Maksudnya, kita bertaubat tapi lepas tu buat lagi dosa. Na’uzubillahi min
zaalik...Ke dua: cari suasana & kawang yang baik untuk kita meneruskan
usaha kita bertaubat pada ALLAH. Ramai orang kata sahabat ini cerminan diri
kita, dengan siapa kita berkawan begitulah perangai & sikap kita. Ke tiga:
bila nak bertaubat mesti cari limu, jangan buat tanpa ilmunanti kita menempah
kesusahan sebab kita buat ikut orang. Bila ada ilmu kita akan bertambah yakin
& selamat untuk bertaubat padaNya.
Sungguh
ALLAH Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya kerana ALLAH memberi ruang kepada
kita untuk bertaubat bila diri melakukan kesalahan & dosa. Demikianlah
perbincangan rancangan ‘Bismillah’ itu. Sungguh seronok penulis dapat ilmu baru
& dapat pulak berkongsi dengan pembaca-pembaca blog ini. Harapnya bisa
memberi manfaat kepada diri yang lemah ini & kepada semua yang sudi membaca
‘post’ ini.
Last,
penulis tinggalkan sahabat-sahabat dengan lirik nasyid bertajuk ‘Layar
Keinsafan- Mestica’. Moga kita bisa menjadi hambaNya yang baik di sisiNya.
Ameen...
Layar Keinsafan –Mestica
Sepi
benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar
Mengapa
nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan
Tuhan
layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan
secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan
Biar
Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah
ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi
PadaMu
Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu
Harapanku
moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora untukku belayar
No comments:
Post a Comment