Bismillahirrahmanirrahim...
Al-Hamdulillah
Ya ALLAH...nikmat Islam & nikmat iman menjadikan kami bahagia bergelar
muslimah. Moga bahagia & syukur ini turut dirasai oleh sahabat-sahabat yang
singgah di blog ini. Moga bahagia memiliki cintaMu Ya ALLAH, turut dinikmati
oleh Muslim seluruh dunia. Ameen...
Teruskan
langkah mencintai ALLAH, teruskan usaha memartabatkan Islam di persada dunia,
teruskan bernafas menuju redha Ilahi. Moga kasih sayang ALLAH sentiasa
memayungi kalian. Hanya ingatan & doa yang mampu penulis lakarkan buat
kalian kerana ALLAH Maha Mendengar doa setiap hambaNya untuk saudara-saudara
seIslamnya.
Hari
ini penulis nak berkongsi sebuah buku yang dah lama dibaca & dipinjam dari
salah seorang staf di tempat praktikal penulis, kak Etty Nor Zamila iaitu buku
bertajuk, ‘Anakku Hebat, Anakku Soleh-karangan Zahazan Mohamed- Terbitan Telaga
Biru’.
Wah,
hebatnya pembentukan seorang anak yang bergelar muslim! Biarpun penulis belum
mempunyai anak, buku ini menyedarkan penulis tentang persediaan ibu & ayah
dalam memastikan anak-anak anugerah ALLAH ini membesar menjadi anak yang soleh
& solehah. Lagi hebat, jika anak-anak yang dilahirkan dapat diinfaqkan di
jalan ALLAH menjadi mujahid mujahidah Islam suatu masa nanti.
Kenapa
nak baca buku pasal anak? Kenapa perlu bedah buku tentang anak? Ya sebab
penulis merupakan seorang anak dan dengan izinNya bakal punya anak kandung
sendiri suatu hari nanti. Cerita tentang anak kita tak perlu tunggu dah
berkahwin baru kelam-kabut nak cari buku tentang anak. Nak ada anak kena tahu
sifat & peribadi anak yang mengikut syariat . Kita pun bergelar anak jadi
tak salah kan baca buku tentang pendidikan anak-anak Islam.
Buku
ini menarik kerana padat dengan isi & kulitnya tebal penuh dengan grafik
& gambar-gambar menambah minat pembaca. Banyak isi yang disenaraikan dalam
pembentukan anakku hebat, anakku soleh. Moga penulis & sahabat-sahabat
dikurniakan anak-anak yang hebat bukan sahaja dari sudut akademik tetapi juga hebat
dari sudut akhlak & ilmu agamanya. Anak-anak itulah yang bakal mendoakan
kebahagiaan ibu bapa.
Penulis
sempat merakam beberapa wasiat dari Luqman al-Hakim dari buku tersebut. Maaf
yer penulis terlupa nak catat halamannya. Mari sama-sama kita telusuri & hayati apa pesanan Luqman pada anaknya:
1)
Anakku suruhlah orang melakukan kebaikan, tegahlah kemungkaran & sabarlah
kamu atas segala yang menimpa.
2)
Wahai anakku, ingatlah ALLAH banyak-banyak sesungguhnya ALLAH mengingati
orang-orang yang mengingatiNya.
3)
Anakku, janganlah engkau cinta dunia kerana engkau tidak dicipta untuk dunia
& ALLAH tidak mencipta sesuatu pun yang lebih hina dari dunia.
4)
Anakku, janganlah engkau gembira dengan kesihatan yang berpanjangan &
sembunyikanlah kesusahan yang menimpamu.
5)
Anakku, cukuplah dengan apa yang sedikit & redhalah dengan apa yang kamu
dapat di dunia ini.
6)
Anakku, bersahabatlah dengan orang yang bijaksana & redhalah dengan apa
yang mereka kata, nescaya kamu akan menjadi bijaksana.
7)
Anakku, bercakaplah dengan kata-kata yang baik dengan orang lain & dudklah
dengan ahli zikir kerana dia menghidupkan hatimu & menerbitkan rasa khusyuk
dalam dirimu.
8)
Anakku, laksanakanlah hajat-hajat sekadar yang perlu & elak daripada
perkara yang tidak berkaitan denganmu.
9)
Anakku, banyakkanlah diamkerana engkau akan dihormati & engkau tidak akan
sesekali kecewa kerana diam.
10)
Anakku, jangan biarkan ayam lebih cerdik daripadamu kerana ia akan mengibaskan
kepaknya pada waktu malam & bertasbih kepada ALLAH. Jagalah dirimu daripada
cuai.
Sebenarnya
ada lagi lapan nasihat Luqman al-Hakim terhadap anaknya. Jadi pembaca &
sahabat-sahabat yang disayangi kerana ALLAH boleh merujuk terus pada buku
tersebut yer. Baiklah, setakat ini sahaja coretan & perkongsian penulis
tentang buku pada hari ini. Jika masih dipanjangkan umur, insyaAllah bertemu
lagi di ‘post’ akan datang yang lebih menarik. Siiru ‘alaa barakatillah...
No comments:
Post a Comment