Bismillahirrahmanirrahim…
Salam
1 Rejab 1435H bersamaan 1 Mei 2014M. Al-Hamdulillah...berkat kasih sayangNya
ALLAH memberi kita hambaNya merasai & samapi pada bulan Rejab. Bulan yang
penuh kemuliaan. Moga kita semua bisa sampai pada bulan Sya’ban & bulan
Ramadhan universiti tarbiah bagi setiap muslim. Al-Hamdulillah berkat kasih
sayanNya juga kita masih bisa merasai nikmat Islam &nikmat iman yang
merupakan nikmat terbesar dalam kehidupan kita sebagai manusia. Nikmat yang
terindah buat penulis & sahabat semua. Sepatutnya kita menjadi insan yang
bersyukur. Tanpa kasih sayangNya, kita seolah-olah ibarat layang-layang yang
terputus dari talinya. Bergerak tanpa arah, & terus menjunam jatuh.
Layang-layang
bila dia gah? Ya, saat dia meninggi, mengharung badai di angkasa. Namun dia
tetap berpegang teguh pada bumi, insan yang setia memandu layang-layang
menggunakan tali. Semakin jauh layang-layang pergi, semakin kagum tuannya.
Yalah, layang-layangnya terbang tinggi. Begitulah analogi manusia. Walau sejauh
manapun dia pergi, mengembara di alam ini dia tetap berpegang teguh pada ALLAH
Yang Maha Menciptakannya. Dia sedar dirinya hanya sementara di dunia ini. Kelak,
dia mahu bertemu Tuhannya dalam keadaan diredhaiNya.
Baiklah,
hari ini penulis nak bercerita tentang rahsia ALLAH. Em, agaknya apakah rahsia
yang ALLAH sembunyikan dari kita, tapi nanti kita pasti akan mendapatkannya? Jom
main teka-teki!
Rahsia
ALLAH lepas penulis tenung, belek al-Quran, baca buku-buku berkaitan, baca
pandangan sahabat-sahabat, ada tiga rahsia ALLAH iaitu jodoh pertemuan, rezeki
& ajal maut. Setuju tak? Jodoh, rezeki & mati tiga perkara yang mesti
dilalui oleh seorang manusia tapi dia tidak tahu bagaimana keadaannya. Tinggal lagi
dia berusaha & berikhtiar untuk mendapatkannya.
Rahsia
ALLAH punya hikmah berharga buat manusia yang berfikir. Rahsia ALLAH
tersembunyi kasih sayangNya pada muslim yang mendamba ALLAH bersamanya di
setiap helaan nafasnya. ALLAH itu Maha Penyayang, dek kerana itu ALLAH
merahsiakan bila kita bakal bertemu jodoh, bila & bagaimana kita
mendapatkan rezeki dariNya, & bila kita bakal bertemu denganNya.
Usah
pertikai atau merungut kenapa jodoh aku belum sampai? Kenapa aku tak kahwin lagi
sedangkan sahabat-sahabatku dah ramai yang mendirikan rumahtangga? Kenapa aku
miskin, rezeki tak macam orang lain? Kenapa & kenapa? Bila aku nak mati? Semua
persoalan yang timbul itu tidak penting sekarang. Itu semua rahsia ALLAH. Apa
yang penting, persoalkan apa usaha kita, mendapatkan jodoh yang baik &
rezeki yang baik. Bagaimana bekalan kita untuk menuju hari mati nanti? Cukupkah
bekalan & amalan yang di bawa untuk bertemu ALLAH? Jika cukup adakah
diterima denganbaik oleh ALLAH? Koreksi & muhasabah diri sebelum diri
saling menyalahkan takdir yang sebenarnya dah tersusun indah buat diri yang
lemah di bawah penguasaanNya.
Rahsia
ALLAH yang pertama, JODOH PERTEMUAN. Kita tahu kita bakal berkahwin & punya
teman yang halal sama ada di dunia @ di akhirat itu rahsia ALLAH. Kita tidak
tahu siapa jodoh kita & bila tiba masanya? Cuma yang perlu kita tahu adalah
berdoa & terus berdoa agar dikurniakan jodoh yang baik di sisiNya. Cuma yang
perlu kita buat adalah berusaha menjadi sebaik hamba & khalifah di sisiNya.
Berusaha menjadi yang terbaik itu lebih baik dari kita terus mencari siapakah
gerangan jodoh kita. Betul tak?
Pengajaran
pasti dituju khas buat penulis sendiri. Sedang membelek sms kata-kata dari
sahabat baiknya, penulis terpana dengan kata-kata sahabatnya yang berbunyi: “Di
saat hati mulai pasrah..ALLAH hadirkan jawapan yang tak terduga. Di saat hati
mula tabah...ALLAH menguji jiwa & raga...ALLAH tak pernah salah..ALLAH
hanya minta kita tak mengalah..ALLAH tak pernah lupa..ALLAH hanya mengharapkan
kita tidak alpa..Mintalah fatwa dariNya..Moga akhirnya kita temui jawapan
dariNya..” Terima kasih sahabat di atas kata-kata yang indah ini. Lagi hebat
ALLAH ceritakan rahsiaNya dalam bab jodoh dalam kalam CINTANya iaitu al-Quran
dalam surah An-Nuur ayat 26 yang bermaksud:
26. (lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat
adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk
perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik
untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk
perempuan-perempuan yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari
(tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang
baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan Yang mulia.
Jadi, usah risau wahai diri yang bergelar
muslim lagi satu ayat al-Quran dalam surah An-Nuur ayat 32 & 33 yang
memberi penjelasan tentang bab nikah yang bermaksud:
32. dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki
dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang Yang soleh dari hamba-hamba
kamu, lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan
kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan
limpah kurniaNya), lagi Maha mengetahui.
33. dan orang-orang Yang tidak mempunyai kemampuan
berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi
kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya; dan hamba-hamba kamu (lelaki dan perempuan)
Yang hendak membuat surat perjanjian untuk memerdekakan dirinya (dengan jumlah
bayaran Yang tertentu), hendaklah kamu melaksanakan perjanjian itu Dengan
mereka jika kamu mengetahui ada sifat-sifat Yang baik pada diri mereka (yang
melayakkannya berbuat demikian); dan berilah kepada mereka dari harta Allah
Yang telah dikurniakan kepada kamu. dan janganlah kamu paksakan hamba-hamba
perempuan kamu melacurkan diri manakala mereka mahu menjaga kehormatannya,
kerana kamu berkehendakkan kesenangan hidup di dunia. dan sesiapa Yang memaksa
mereka, maka Sesungguhnya Allah - sesudah paksaan Yang dilakukan kepada mereka
- Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
ALLAH tidak pernah menganiaya hamba-hambaNya.
Terang lagi bersuluh dalam al-Quran panduan untuk bernikah dalam bab jodoh &
bagi yang tidak mampu belum tiba masanya lagi teruslah berusaha.
Rahsia ALLAH yang ke dua adalah REZEKI. Bila
bicara tentang rezeki, ramai manusia yang mahukan harta dunia kan? Sebab sekarang
ini semua perkara nak guna duit hatta nak masuk tandas pun kena bayar. Usah risau
ada juga manusia yang memburu rezeki kerana ALLAH & tidak mengejar harta
dunia semata-mata tetapi kerana mahu mendapatkan redhaNya. Rezeki ALLAH ada di
mana-mana, usah kita risau. Cuba hayati doa dhuha ini: Ya ALLAH sesungguhnya
waktu dhuha itu dhuhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu,
kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya
perlindunganM. Ya ALLAH jika rezeki masih di langit turunkanlah, jika di bumi
keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika jauh
dekatkanlah. Berkat waktu dhuha kecantikanMu, keindahanMu, kekuatanMu,
kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan kepada
hamba-hambaMu yang soleh.”
Indah bait susunan kata doa yang dipanjatkan
selepas mengerjakan solat sunat dhuha. Jadi, jika kita nak rezeki kita berkat
& bertambah, tambahkan juga usaha kita menuju ALLAH dengan mengerjakan
solat sunat dhuha. Banyak kelebihan & manfaatnya. Tak percaya? Just do it
& you can admit it. Believe me. ALLAH give what you want because ALLAH
knows everything.
ALLAH juga ada berfirman dalam surah
at-Talaaq ayat 2 & 3 yang bermaksud:
2. Kemudian,
apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka
(rujuk) Dengan cara Yang baik, atau lepaskan mereka Dengan cara Yang baik; dan
adakanlah dua orang saksi Yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau
melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan
persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum Yang tersebut
diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa Yang beriman kepada Allah dan
hari akhirat; dan sesiapa
Yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan
laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala
perkara Yang menyusahkannya),
3. serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak
terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada
Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).
Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah
telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Rahsia ALLAH yang terakhir adalah MATI. Kita
bertuah kerana kita tahu bila detik kelahiran kita, & hampir setiap tahun
kita akan ingat tarikh lahir kita yang semakin bertambah seiring dengan tahun
yang berlalu. Rahsia ALLAH menyembunyikan detik kematian seorang manusia. Jika kita
tahu sudah tentu hidup kita di hiasi dengan bekalan berguna untuk akhirat. Jadi
apa guna ALLAH ciptakan syurga & neraka jika semua makhluknya masuk syurga
tanpa dihisab? Sedangkan setiap ciptaan ALLAH tidak pernah sia-sia semuanya ada
membawa matlamat & sebab tersendiri.
ALLAH suruh kita sebagai hambaNya
berhati-hati hidup di dunia ini, usah kita leka kerana bila-bila masa malaikat
maut akan menjemput kita, tidak terlambat walau sesaat, tidak tertangguh walau
seminit. Untung, kita tidak tahu bila kita akan mati, kerana ALLAH telah
melimpahkan berjuta rahmat kepada kita. Ada masa untuk bertaubat, selagi tidak
terlambat, selagi mata tidak terpejam rapat, selagi nyawa tidak dijemput saat
sakratul maut. Ingatlah, pahat dalam qalbu kita...hidup ini bukan untuk dunia
semata tapi juga ada bahagiannya untuk akhirat kerana matlamat akhir kita
bertemu ALLAH Yang Maha Esa.
Setakat ini dahulu perkongsian penulis untuk
hari ini. Seperti biasa sebelum pena ini berhenti menulis, mohon jasa baik
insan-insan yang terpilih membaca entri ini untuk sama-sama menghadiahkan surah
al-Fatihah & doa untuk ayahanda penulis yang masih bertarung melawan
sakitnya. Kekuatan ayah yang selama ini penulis sentiasa perhatikan sepanjang
hayatnya bergelar anak telah terhad & terbatas. Doakan juga moga mama
penulis diberi kekuatan & kesabaran untuk sama-sama mengharungi ujian dari
ALLAH bersama suaminya yang tersayang. Berat rasanya di hati membayangkan ayah
yang sedang sakit di kampung, sedang penulis jauh berada di perantaun. Kiriman doa
dari sahabat-sahabat sangat diperlukan. Jazakumullah khaira jaza’. Siiru ‘alaa
barakatillah...