Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah,
syukur padaNya hari ini penulis masih bisa menghirup oksigen dariNya...hari ini
penulis masih bisa menatap ‘notebook’ kesayangannya....hari ini penulis masih
diberi kekuatan untuk menulis & mencurah idea hanya semata kerana mahu
melihat semua manusia merasa Islam itu indah untuk dilaksana. Islam is the way
of life!
Drama
yang diadaptasi daripada novel bertajuk ‘Cinta Suci Zahrana- Karangan:
Habiburrahman El-Shirazy’ ini sangat menarik untuk ditonton oleh insan yang
memegang gelaran muslimah terutamanya. Penulis seronok menonton drama ini
kerana pengolahan yang menarik tetapi penulis syorkan kita boleh membaca
novelnya yang penuh imaginasi tersendiri oleh Habiburrahman El-Shirazy.
Cerita
yang menarik untuk ditonton. Terdapat banyak pengajaran yang boleh diambil
sepanjang penulis menonton drama Indonesia ini. Kisah seorang perempuan yang
telah menjangkau umur 30-an tetapi masih belum punya calon bakal suami. Zahrana
memainkan watak cemerlang dengan wanita berkerjaya yang sangat genius dipuji
kerana kepintarannya dalam bidang pendidikan. Walau Zahrana seorang yang
berpangkat di salah sebuah universiti di Indonesia, dia masih tidak melupakan
ibu & ayahnya di kampung.
Teringat
penulis pada kata-kata sahabat baik Zahrana saat dia diuji dengan Ketua
Dekannya yang sangat menyukainya, “Memaafkan bukan bermakna kalah. Orang yang
pemaaf akan mudah mendapat syurga. Hanya orang pilihan yang berjiwa besar yang
bisa melalui ujian ini.” Ujian jodoh betul-betul menguji iman Zahrana.
Istikharah yang menjadi teman setianya.
Zahrana
diuji lagi setelah dia kehilangan bakal suami yang meninggal dunia kerana
kemalangan ketika mahu di akad nikah, serentak dia kehilangan ayah tercinta
yang sakit saat menerima berita itu. Kehilangan du insan yang disayang sangat
memberatkan Zahrana, hingga sahabatnya datang memberi kata semangat, “Taqwa
memungkinkan segalanya, terima ujian dengan redha seperti hadith Rasulullah
s.a.w yang bermaksud: ‘Semua perkara bagi orang mukmin itu baik. Jika mendapat
nikmat dia bersyukur, jika mendapat musibah dia sabar.” Dia ditahan di wad
akibat pengsan & tekanan yang melampau.
Akhirnya
setelah melalui ujian yang berliku, Zahrana di kahwini pelajarnya yang bernama
Hassan. Pinangan Hassan diterima melalui ibu Hassan yang menjadi doktor kepada
Zahrana saat dia sakit sebelum ini. Ibu kandung Zahrana memainkan peranan saat
anaknya bakal bergelar isteri. Ibunya berpesan, “Sebutlah nama ALLAH dalam
keadaan senang mahupun susah.” Kata-kata ini sentiasa bermain di benak fikiran
penulis & katanya benar.
Kemudian,
antara pengajaran dalam drama ini juga Zahrana & Hassan menunjukkan satu
contoh manisnya bercinta selepas akad nikah. Walau mulanya mereka saling
mengenali & Hassan mula menaruh perasaan cinta pada Zahrana yang menjadi ‘supervisor’
‘thesis’nya, Hassan hanya mendiamkan diri. Pengajaran terakhir yang boleh
penulis simpulkan hasil menonton drama ini, Zahrana akhirnya mendapat jodoh
yang baik hasil kebergantungan kepada ALLAH & selepas diuji dengan pelbagai
mehnah yang menyesak jiwa.
Jom
kita hayati bait lagu bertajuk ‘Cinta Suci Zahrana’- Melly Goeslaw & Anto
Hoed:
Zahrana
lukisan cinta suci
Nelangsanya
hatimu sepi
Senyummu
tetap dalam ikhlas
Biar lama
menanti
Tetap hati
berpegang
Cintamu suci.
Zahrana
risalah cinta suci
Cintamu
hanya karna ALLAH
Walau dingin
hati menunggu
Menggunungnya
hinaan
Sebutan
perawan tua
Cintamu
tetap suci
Sebut
namaNya, dekat denganNya
Pinta padaNya
Segala
perkara hidup & cintamu
Indah pada
waktunya
Takbirkan
cinta
Atas
restuNya atas pilihanNya
Serahkan
seluruh urusan
Cinta &
hidup hanya pada ALLAH
Zahrana
No comments:
Post a Comment