Bismillahirrahmanirrahim…Salam
maulidur rasul.
Alhamdulillah
usai sudah peperiksaan akhir penulis setelah hampir dua minggu bertungkus-lumus
menghadapi musim peperiksaannya. Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH yang Maha
Berkuasa menghidupkan & memberi kekuatan kepada penulis untuk bermain kata
di blog ini lagi. Tentu kalian menanti apa kisah menarik yang penulis ingin
masukkan dalam diari blognya. Sudah tentu peristiwa yang memberi pengajaran
kepada diri penulis & sahabat-sahabat semua.
Sehari
sebelum subjek terakhir peperiksaan, penulis berkesempatan mengadakan usrah @
liqa’ dengan adik-adik yang disayangi penulis kerana ALLAH. Sedang yang lain
masih seronok belajar & menelaah pelajaran, penulis mengambil kesempatan
menemui & ‘menghandle’ liqa’. Apa liqa’ tu? Tak tahu? Orait, that good for
you who do not know about usrah @ liqa’.
Usrah
@ liqa’ adalah satu kumpulan yang dibentuk dengan kepelbagaian aktiviti &
tajuk-tajuk perbincangan yang tertentu. Seronok berusrah tau. Yalah, dalam
tempoh seminggu kita belajar subjek akademik kemudian ada satu hari kita
peruntukkan untuk pengisian hati & mendorong minda & hati memikir
tentang ummah. Minggu ini mungkin minggu terakhir penulis menghabiskan masanya
dengan adik-adik usrah. Jadi pengisian terakhir banyak dicurah idea kepada
kreatifnya seorang ‘naqibah’. Naqibah ialah individu yang mengetuai usrah
tersebut. Dia ibarat nakhoda atau ibu ayah kepada semua sahabat-sahabat yang
bersama-sama dalam usrahnya.
Sekalung
penghargaan buat adik-adik usrah penulis (Amni, Ruqayyah, Biela, Fatin, Adilah,
Dayah, Atilia, Shahierah, & Seri) juga kepada sahabat tersayang Ummi yang
banyak memberi semangat kepada penulis untuk terus komit dengat usrah yang
dilaksanakan. Tanpa kalian susah sekali bagi penulis untuk meneruskan usrah
kita. Percayalah...ukhuwwah yang dibina kerana ALLAH pasti akan ada manis pada
penghujungnya.
Usrah kami kerana ALLAH...moga kekal hingga ke syurga.
Terima
kasih untuk semua hadiah yang kalian bagi masa usrah terakhir kita. Terima
kasih untuk usrah yang sangat manis ini. Terima kasih untuk segala kenangan
pahit manis melayan karenah-karenah sahabat semua. Terima kasih atas ukhuwwah
yang kita bina kerana cinta ALLAH ini. Moga kalian bisa menyampaikan kebaikan
walau sedikit pada semua orang kerana ingatlah semua manusia berhak merai
nikmat & keindahan Islam itu. Jadilah kita manusia yangsentiasa menyebarkan
kebaikan pada semua manusia & makhlukNya yang lain.
Kat bawah ni antara gambar2 yang penulis dapat dari adik usrahnya:
Kek kenangan kami. Terima kasih kat semua adik2 usrah.
Kek, coklat, buku, tudung semuanya pemberian hadiah yang sangat berharga buat penulis.
Terima kasih buat kalian...
Walau penulis hanya berniat mengajak semua orang merasai manisnya berusrah.
Hanya ALLAH yang bisa membalas segala pengorbanan masa, tenaga & wang yang kalian
curahkan sepanjang kita bersama dalam liqa' chinta kita.
No comments:
Post a Comment