Bismillahirrahmanirrahim....
Alhamdulillah...penulis
masih berkesempatan melakar idea-ideanya yang mencurah, untuk tatapan diri
& semua sahabat. Salam ukhuwwah untuk semua. Terima kasih kerana masih
setia menyinggah blog ini. Walau isinya tak menarik & panjang berjela. Perjalanan
hidup sebagai hambaNya masih panjang bagi penulis, cuma kehidupan di universiti
mungkin berakhir di sini kerana mula semester hadapan penulis bakal melangkah
ke alam praktikal. Tiada lagi masa untuk belajar di dalam kuliah seperti
kebiasaan. Tiada lagi masa untuk penulis menghayati kehidupan di kolej
kediaman.
Cepat
benar masa berlalu. Masa untuk penulis dan kawan-kawan sekelas mengadakan ‘renioun’
sebelum masing-masing membawa haluan tersendiri nanti. Majlis yang sederhana
tapi penuh dengan makna. Yalah, cuba bayangkan penulis dan kawan-kawan bersama
sejak dari semester satu sampailah semester tujuh & semester lapan kami
semua harus berpisah melaksanakan praktikal di tempat masing-masing.
Benarlah
hadith Nabi Muhammad s.a.w daripada Abu Hamzah Anas bin Malik r.a, pembantu Rasulullah
s.a.w, baginda bersabda yang bermaksud:
“Tidak beriman secara sempurna seseorang kamu hingga dia mencintai
saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” HADITH RIWAYAT BUKHARI
& MUSLIM
Mula
majlis kami dengan jamuan makan kemudian pembahagian hadiah & diikuti
sketsa yang menyedihkan bila mana masing-masing meluahkan rasa, menitis air
mata saat bersalaman sesama penulis & kawan-kawan. Walaupun hanya sekejap
tapi sangat membekas di hati. Kawan sekelas yang tak mungkin penulis lupa.
Masing-masing bawa karekter tersendiri, bila di gabung bersama menjadi satu
kebersamaan yang digelar sinergi.
Ada
sahabat penulis yang bakal melangsungkan perkahwinannya selepas ini, ada juga
yang sibuk berkata mahu menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi,
ada yang menyimpan cita-cita menjadi orang hebat suatu masa nanti.
Masing-masing sibuk bercerita, yalah hampir dua minggu penulis &
kawan-kawan tidak berjumpa kerana sibuk dengan peperiksaan akhir.
Di
bawah antara gambar2 yang sempat dirakam oleh penulis:
Ni gambar semua kawan-kawan penulis. Bukan yang diambil penulis yer.
Banyak
yang penulis belajar di sini. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan namun
perpisahan tak terjadi dengan Qada’ & QadarNya. Terkandung sejuta hikmah
dariNya untuk hambaNya yang berfikir. Persahabatan yang ikhlas mampu melahirkan
sahabat-sahabat yang sentiasa membantu sama ada ketika susah atau senang. Bukan
ketika senang sahaja sahabat mencari kita. Bukan ketika susah kita ditinggalkan
begitu sahaja. Itu konsep sebenar persahabatan berlandaskan kasihNya. Sedih menyinggah bila memikirkan selama
hampir 4 tahun berkenalan, masa praktikal masing2 mengikut arah.
Antara gelagat yang sempat dirakam...I will miss you all.
No comments:
Post a Comment