Bismillahirrahmanirrahim....
Al-Hamdulillah….syukur padaNya kerana
masih diberi peluang untuk hidup di dunia yang fana ini. Moga ALLAH sentiasa
merahmati & menyayangi penulis dan orang-orang yang disayanginya. Mungkin
ini adalah ‘post’ terakhir sebelum penulis akan menghadapi fatrah@ musim
peperiksaan akhir yang memerlukan fokusnya. Moga ‘post’ ini memberi manfaat
kepada insan-insan bertuah yang singgah di laman blog QalamWardahZinnirah ini.
Pertamanya penulis memohon kebaikan hati
pembaca blog ini untuk sama-sama mendoakan moga penulis &
sahabat-sahabatnya dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan tenang.
Sedekahkan surah Al-Fatihah untuk kami semua. Moga terlakar hidayah dariNya.
Lagipun doa muslim untuk saudara muslimnya yang lain sangat mustajab &
didengar oleh ALLAH kerana ALLAH Maha Memakbulkan permintaan hamba-hambaNya.
Ya ALLAH…takutnya nak menghadapi
kertas-kertas peperiksaan dunia, tapi hati penulis lagi takut untuk berhadapan
dengan ujian-ujian di akhirat kelak. Kata orang ni baru peperiksaan dunia belum
masuk peperiksaan akhirat lagi. Bila cerita tentang takut, penulis suka
membelek kalamullah yang sarat dengan pengajaran, penyembuh & penawar
kepada segala kedukaan & ketakutan.
Firman ALLAH S.W.T dalam surah al-Baqarah
ayat 186 yang bermaksud:
186. dan apabila
hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka):
Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan
permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka
menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman
kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
Ayat di atas jelas memberi petunjuk kepada manusia yang berfikir bahawa
ALLAH Maha Mendengar & memakbulkan doa-doa hambaNya dengan cara hambaNya
mestilah mematuhi perintah ALLAH & beriman padaNya.
Sungguh…betapa bergetar & resahnya hati penulis saat melihat jadual
peperiksaannya seperti termaktub di atas. InsyaALLAH jika diikutkan ini adalah
peperiksaan terakhir penulis sebelum keluar berpraktikal nanti. Bakal bergelar
graduasi, insyaALLAH dalam masa terdekat ini. Takut juga menyerang saat melihat
kajian ‘thesis’ yang masih belum siap sepenuhnya. Moga ALLAH mempermudahkan
kita.
Pesanan buat diri yang sentiasa lupa juga buat sahabat-sahabat
seperjuangan selamat menempuh peperiksaan dengan hati yang tenang. Ingatlah
belajar, belajar juga tapi hubungan dengan ALLAH hendaklah dijaga kerana kita
memang berusaha yang menentukan kejayaan kita adalah ALLAH Yang Maha Esa. Ingat
juga pada ibu bapa kita yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anaknya
walaupun kita berjauhan daripada mereka namun doa dikirim lewat setiap hela
nafas mereka. Usah dilupa jaga & peliharalah anugerah terindah yang ALLAH
kurniakan buat kita iaitu tubuh badan kita. Tidur biar cukup, makan biar
berkhasiat. Hidup biar tenang, elakkan tekanan.
Moga bertemu di lain masa & ketika. Moga ALLAH merahmati & menyayangi kalian.
Sahabat-sahabat FPBU semester 7 2010-2014
No comments:
Post a Comment