Bismillahirrahmanirrahim….
Alhamdulillah…penulis
masih diberi nyawa olehnya untuk hidup di dunia ini & meneruskan perjuangan
sebagai hamba ALLAH dan khalifahnya. Kalian bagaimana? Juga masih diberi nyawa olehnya?
Alhamdulillah, usah kita lupa untuk bersyukur padaNya duhai sahabat semua. Sudah
lama rasanya penulis tidak menulis sesuatu pada blog ini.
Hari
ini penulis nak berkongsi satu lagi pengalaman yang mungkin sahabat semua
pernah alami atau mungkin tidak. Sekadar perkongsian & untuk menjadi
tatapan untuk generasi penulis akan datang. Tak salah kan?
Alhamdulillah,
ucapan syukur tidak terhingga terutamanya kepada ALLAH kerana telah
mengurniakan pertolongan kepada penulis. Berkat doa semua sahabat &
pertolongan dari ALLAH serta bantuan ‘supervisor’ penulis, Dr. Kirembwe Rashid
Abdul Hamid & sahabat sekolah penulis, Wan Nur Nabila Husna bt Wan Aziz,
penulis berjaya menghantar dan menyiapkan ‘thesis’nya. Syukur yang tidak
terhingga padaNya.
Sejuta
hikmah penulis dapat sepanjang menyiapkan ‘thesis’ yang berakhir pada tarikh
17.01.2014 semalam. Pada permulaan semester dulu, ramai kawan sekelas yang
telah bertungkus-lumus menyiapkan ‘thesis’ sedang penulis tengah hilang
semangat. Tajuk dah ada & dah diterima tapi tak tahu nak mula dari mana.
Rasa macam berat sangat, hingga peperiksaan akhir pun penulis masih memikirkan
tentang ‘thesis’nya yang pada pertengahan jalan menghadapi masalah bila data
maklumat kajian hilang dalam ‘notebook’ kesayangannya. Sabar itu indah, rupanya
ALLAH nak tunjuk sesuatu yang berharga buat penulis.
Hampir
sahaja penulis buat keputusan untuk mengambil surat Tidak Lengkap (TL) untuk ‘thesis’nya,
tapi selepas berjumpa dengan ‘supervisor’ semangat kembali menggunung tinggi.
Penulis cuba mencari kekuatan menyiapkan ‘thesis’ walau pada saat itu tiada
seorang pun sahabat yang datang membantu. Ada yang tahu penulis tidak
menyiapkan lagi ‘thesis’nya tapi hanya sekadar tahu tanpa menyusun kata-kata
semangat kepada penulis. Ada cuma tak ramai, antaranya, Nurul Mardiah Fadzil
yang bakal bergelar isteri pada tarikh 24.01.2014 nanti.
Untung
sahaja, ada Dr. Kirembwe Rashid Abdul Hamid yang memberi semangat & banyak
membantu penulis menyiapkan ‘thesis’ pada saat akhir juga ada Wan Nur Nabila
Husna Wan Aziz yang membantu penulis memeriksa margin, berjumpa pensyarah, ‘print’
‘thesis’ & yang berkaitan dengannya untuk dihantar kepada ketua program.
Penghargaan tidak terhingga buat kalian, hanya ALLAH yang mampu membalas segala
pertolongan & bantuan kalian pada penulis. Jom sedekahkan surah al-Fatihah
untuk orang yang telah membantu penulis saat dia keseorangan & kesusahan!
Moga ALLAH pula memudahkan urusan dunia dan akhirat mereka.
Alhamdulillah,
akhirnya ‘thesis’ penulis dapat disiapkan dengan baik. Betullah kata orang
usaha tangga kejayaan. Inspirasi cinta Ilahi, akhirnya terjawab, setelah
beberapa bulan kehilangan semangat & dirasakan hidup ini sangat sempit
untuk penulis, dia ketemu pelangi di akhir perjalanannya sebagai mahasiswi
universiti. Rupanya ALLAH sangat menyayangi penulis, ada berkat disebalik surah
al-Fatihah, solat sunat dhuha, solat sunat hajat, puasa sunat, bacaan ayat suci
al-Quran, menebar kasih sayang & kebaikan, selawat ke atas Nabi Muhammad
s.a.w (menjaga hubungan dengan ALLAH & dengan manusia) Hikmah yang amat
bermakna buat penulis.
Teringat
penulis pada firman ALLAH S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud:
186. dan
apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada
mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku
perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka
hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah
mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
Setelah berusaha & berikhtiar serahkan
usahamu pada ALLAH Yang Maha Kuasa. Bersangka baik pada ALLAH setiap kali ada
mehnah atau ujian di setiap langkahmu. ALLAH Maha Tahu yang terbaik untuk
hambaNya. Akhirnya, ‘ALHAMDULILLAH THESIS PENULIS TELAH SIAP’ projek terakhir
di universiti sebelum melangkah ke alam praktikal di tempat kerja beberapa minggu
lagi. Sujud syukur penulis atas segala anugerah & pemberianNya.
Kalian nak tahu apa yang penulis rasa selepas
berjaya menyiapkan ‘thesis’? Bersyukur, rasa kepala sangat ringan. Perkara
pertama penulis buat, teringat kat ALLAH yang meletak sejuta hikmah disebalik
kesukaran penulis menyiapkan ‘thesis’ sebelum ini. Ke dua penulis terharu
sangat atas pertolongan ‘supervisor’ dan sahabat baik penulis, Wan Nur Nabila
Husna Wan Aziz. Kalian banyak membantu. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment