Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah...penulis masih terdaya untuk menitip rasa pada blognya sebelum mula melangkah dalam musim peperiksaan akhir. Ini insyaALLAH 'post' terakhir sebelum penulis 'final exam' yang mula minggu depan...Moga perkongsian ini terus terlakar dalam kenangan. Susulan dari bedah buku di bawah, penulis menghadiri ulasan daripada penulisnya sendiri.
Bahagianya Menjadi Gadis Pilihan (Ulasan
dari Ustaz Hariri Hj Mohamad Daud)
Buku Motivasi Islam
-Bab 1: Gadis di muliakan oleh ALLAH S.W.T
Surah al-Ahzab:35
35. Sesungguhnya orang-orang lelaki Yang Islam serta
orang-orang perempuan Yang Islam, dan orang-orang lelaki Yang beriman serta
orang-orang perempuan Yang beriman, dan orang-orang lelaki Yang taat serta
orang-orang perempuan Yang taat, dan orang-orang lelaki Yang benar serta
orang-orang perempuan Yang benar, dan orang-orang lelaki Yang sabar serta
orang-orang perempuan Yang sabar, dan orang-orang lelaki Yang merendah diri
(kepada Allah) serta orang-orang perempuan Yang merendah diri (kepada Allah),
dan orang-orang lelaki Yang bersedekah serta orang-orang perempuan Yang
bersedekah, dan orang-orang lelaki Yang berpuasa serta orang-orang perempuan
Yang berpuasa, dan orang-orang lelaki Yang memelihara kehormatannya serta
orang-orang perempuan Yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki
Yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan Yang
menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya
keampunan dan pahala Yang besar.
Analogi gadis ibarat ulat menjadi rama-rama (daripada yang jijik menjadi
cantik)
PEMBAHAGIAN BAB (GADIS
PERISAI, PELINDUNG, PENGHIAS)
GADIS SEBAGAI PERISAI-Akidah adalah perisai bagi seorang gadis. (kuatkan
perasaan dengan ilmu & pertahanan iman. –ajar anak2 perempuan surah
an-Nuur. Waktu gadis 20an-30an umur yang menyeronokkan(paling berharga bagi
seorang gadis)- menjaga & memanfaatkan sebaik mungkin masa gadisnya.
GADIS SEBAGAI PELINDUNG-Pelindung kepada gadis adalah syariat. (sesiapa
yang menjaga anak perempuannya dengan baik maka diharamkan neraka bagi ibu
ayahnya)
*Bagaimana nak wujudkan sifat pelindung
-Lindungilah dengan auratmu
-Lindungi dengan solatmu (hubungan yang kuat dengan ALLAH)
KATA OKI SETIANA DEWI: HIJAB BKN PENGHIAS TAPI PELINDUNG.
GADIS SEBAGAI PENGHIAS-Penghiasmu adalah akhlak (tiru Nabi Muhammad
& ikut Nabi Muhammad & lambang orang Islam.
(Buku ini untuk menjentik hati-hati gadis yang halus dan tidak sedar
mereka melakukan kesalahan)
Kata ustaz Hariri lagi, “Analogi seorang gadis ibarat wang kertas RM100
& kertas A4 yang biasa bezanya cuma satu jadilah ibarat wang kertas RM100
yang walau dicampak di mana-mana, walau dihina, dipijak & diludah dia tetap
bernilai. Jika dibandingkan dengan kertas A4 biasa yang tiada punya nilai walau
sedetik pun, mestilah orang yang waras & ikut logik akan lebih memilih wang
RM100.”
Last but not least Ustaz dedikasikan nasyid bertajuk “Puteriku Sayang-
Hijjaz” buat semua puteri yang ada dalam program Bedah Buku kali ini.
Lirik Lagu Puteriku Sayang - Hijjaz
Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri
Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya
Lirik Puteriku Sayang - Hijjaz @ Lirikami
Assalamualaikum buat pemilik Blog.
ReplyDeleteTerima kasih atas ulasan buku ustaz yang ringkas dan menepati hasrat serta roh buku itu. Semoga memberi manfaat pada pembaca buku dan pembaca blog ini. Teruskan menulis, sebagai wasilah dakwah melalui penulisan.
- Ustaz Hariri Daud.