Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah...syukur sekali lagi atas
nikmat yang ALLAH kurniakan kepada penulis dan semua orang yang disayanginya.
Dengan nikmatNya penulis dapat berada di tahun baru 2014...dengan nikmatNya
penulis dapat menghayati keindahan alam yang ada di sekelilingnya walau sudah
ada yang tercemar oleh tangan-tangan rakus manusia... dengan rahmatNya penulis
dapat menghembus nafas & menarik nafas sedalam-dalamnya...dengan rahmatNya
penulis kini menjangkau umur 24 tahun seiring dengan tahun 2014 sekarang.
Wah...usia penulis semakin bertambah! Semakin mendekat penulis dengan saat
kematiannya.
Sahabat semua pernah sambut tahun baru? Tak
pernah? Samalah penulis...tapi tahun baru kali ini penulis berkesempatan
menyertai “Dakwah Street” di Dataran Nilai di ambang tahun baru 2014. Suasana
yang tak pernah penulis lihat & saksikan sebelum ini. Menyeramkan dengan
kehadiran bermacam-macam jenis orang yang terdiri dari kalangan masyarakat
setempat yang kebanyakannya berbangsa Melayu.
Subhanallah...pengalaman yang sangat manis
untuk dikenang. Terima kasih kepada pihak penganjur iaitu JAKSA Kolej Kediaman
Nilam Court 2013/2014 di bawah kelolaan Biro Pembangunan Insan sempena Kempen
Bulan Biah Solehah di kolej kediaman penulis kerana telah membawa peserta
menyelami & mengetahui keadaan masyakat sekarang dengan cara turun padang.
Tak pernah dalam hayat penulis selama 23
tahun ini menyambut @ menyaksikan sambutan tahun baru dengan mata kepalanya
sendiri. Kali ini dia memberanikan diri di samping kehadiran ‘roomate’ yang
sangat setia menemaninya membuatkan penulis bertambah tekad untuk menyertai ‘dakwah
street’ tersebut.
Nazirah Hashim...'my dear roomate'
Masa mula-mula sampai penulis & sahabat
baiknya bertebaran meneliti & memerhati gelagat-gelagat masyarakat. Kamera
mula memainkan peranannya. Kami berlegar-legar di sekitar Dataran Nilai.
Sehinggalah kami menemui kumpulan kami untuk meneruskan usaha menyampaikan
dakwah kepada masyarakat setempat dengan cara yang lebih santai & diterima
umum.
Dapat penulis saksikan sendiri bagaimana
usaha adik-adik tamhidi untuk mengajak ramai orang mendengar tazkirah &
sedikit lagu dari kumpulan yang telah dirancang sebelum ini. Detik 12 tengah
malam kami disajikan dengan kilauan bunga-bunga api yang sangat cantik &
menarik.
Kesimpulan yang boleh penulis garapkan
setelah mendengar bait kata-kata dari salah seorang penganjur & penulis
mengiayakannya ketika sesi ‘Sharing Moment’ keesokan harinya adalah:
-Peranan dakwah adalah hadir dari kesedaran
diri sendiri. Sampai bila kita nak masyarakat terus leka & lalai dalam
keseronokan dunia hingga lupa akan hubungan dengan ALLAH?
-Suasana masyarakat kadang-kadang
mempengaruhi gerak rentak seorang pendakwah dalam menyampaikan keindahan &
kebaikan Islam pada semua masyarakat. Contoh terdekat peserta ‘Dakwah Street’
sebenarnya dibahagikan kpd dua kumpulan satu kumpulan ke Up Town & satu
kumpulan ke Dataran Nilai. Di Dataran Nilai tidak banyak masalah yang timbul cuma
masalah teknikal tetapi di kumpulan Up Town menghadapi masalah dengan suasana
yg sangat bising & kurangnya penerimaan dari masyarakat sendiri.
-Keberanian. Sungguh aktiviti ini memberi
satu keberanian kepada pesertanya bagaimana cara untuk berhadapan dengan
masyarakat sedangkan kita ingin menyampaikan kebaikan Islam. Berani kerana
benar takut kerana salah kan?
-Peserta-peserta menyalami sendiri keadaan
masyakat yang sebenar di mana mereka turun padang & menghampiri masyarakat
pada ketika itu. Jika kita tak turun padang mendekati masyarakat sampai bila
kita nak tahu & bagaimana pula kita nak menjadi ‘doktor ummah’ yang
mengubat ‘penyakit’ masyarakat yang semakin parah ini?
-Aktiviti ini mengajar semua peserta &
penulis sendiri untuk meletakkan perspektif positif terhadap semua orang. Usah
kita banyak berburuk sangka kelak kita yang menelan padahnya. What you give, you will get back. Awak bagi
positif kat orang, positiflah yang awak dapat nanti.
Firman ALLAH S.W.T dalam surah an-Nahl ayat
125 yang bermaksud:
125. serulah
ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat
pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu)
Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih
mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih
mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.
No comments:
Post a Comment