Bismillahirrahmanirrahim...
Al-hamdulillah,
masih diberi nafas olehNya untuk meneruskan kehidupan ini walau pahitnya perlu
ditelan bersama. Alhamdulillah sampai sudah kita pada bulan Rabiul Awal. Bulan
kelahiran Rasulullah s.a.w. Insan agung yang banyak berjasa pada umatnya.
Memetik
kata-kata dalam sebuah buku yang baru sahaja penulis dapat hadiah dari adik
usrahnya bertajuk “Indahnya Cinta Rasulullah s.a.w – Karangan: Harun Arrasyid
Haji Tuskan” terbitan Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd yang berbunyi, “Ya
Rasulullah s.a.w, cintamu pada kami tak pernah padam. Hidayahmu jua merentasi
alam. Walau tidak sedikit yang mendustakan namun engkau tegar menyampai
peringatan. Ya Habibullah... hadirmu membawa cahaya demi menerangi jiwa yang
kelam.”
Betapa
cintanya Rasulullah s.a.w terhadap umatnya. Sedang kita bagaimana? Tepuk dada
tanya iman kita. Sudah berapa kali kita berselawat pada Nabi Muhammad s.a.w
pada setiap hari-hari yang kita lalui? Sudah berapa kali kita mengingati
baginda s.a.w dengan mengikuti sunnah Baginda s.a.w? Sudah berapa kali kita
kata kita rindu untuk bertemu rasulullah s.a.w tapi kita masih terlupa untuk menunaikan
tanggungjawab sebagai muslim & Islam?
Andai
setiap hari kita sentiasa mengingati Rasulullah s.a.w sudah tentu hari-hari
kita terhias indah dengan sebaran kebaikan. Setiap tingkah & akhlak kita
semuanya mengingat kita kepada kebaikan kerana Rsulullah s.a.w adalah
sebaik-baik manusia yang membawa kerahmatan kepada semua makhlukNya seperti
firman ALLAH S.W.T dalam surah al-Anbia’ ayat 107 yang bermaksud:
107. dan
tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi
rahmat bagi sekalian alam.
Rasulullah s.a.w telah memberi contoh terbaik
untuk diikuti oleh umat baginda s.a.w. Kenapa tidak kita menjadi orang yang
menyahut seruan ALLAH S.W.T dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud:
21. Demi
sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang
baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan
baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak
(dalam masa susah dan senang)
Jadilah kita muslim @ muslimah yang sentiasa mengharapkan
keredhaan ALLAH, mengharap balasan yang baik pada hari akhirat kelak dengan
menebarkan sebanyak mungkin kebaikan dan menyebut serta mengingati ALLAH
sebanyak-banyaknya sama ada dalam keadaan susah atau senang. Usah hanya ketika
susah kita mengingatiNya, bila dah senang kita terus terlupa. Mukmin yang
berjaya adalah mukmin yang mengingati Penciptanya dari ketika susah hinggalah
ketika senang. Pasti ketenangan menyinari hidupnya. Salam maulidurrasul untuk
semua umat Islam.
No comments:
Post a Comment