Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah...sekali
lagi penulis berkesempatan mencurahkan ideanya untuk manfaat bersama. Moga
memberi manfaat kepada setiap hati yang singgah di blog ini supaya hati-hati
yang ada subur dengan cintaNya. Keredhaan ALLAH itu yang mahu digenggam
bersama-sama. Berbahagialah duhai hati.
Tengah
asyik menaip kata, bermain madah pujangga, penulis sempat mendengar satu nasyid
alunan dari UNIC yang bertajuk Hakikat Bahagia lirik oleh Ustaz Pahrol Mohd
Juoi. Menarik untuk dikongsi dalam blog ini. Jom, kita sama-sama hayati setiap
bait kata dalam lirik nasyid ini. Moga kita bisa mengambil ibrah dari mutiara
kata di bawah:
Google image...
Bahagia itu
dari dalam diri
Kesannya zahir
rupanya maknawi
Terpendam bagai
permata di dasar hati
Bahagia itu
ada pada hati
Bertakhta di
kerajaan diri
Terbenam bagai
mutiara di lautan nurani
Bahagia itu
ada di jiwa
Mahkota di
singgahsana rasa
Bahagia itu
adalah suatu ketenangan
Bila susah
tiada gelisah
Bila miskin
syukur pada TUHAN
Bila sakit
tiada resah di jiwa
Bukankah
TUHAN telah berfirman
Ketahuilah dengan
mengingati ALLAH
Jiwa kan
menjadi tenang
Kebahagiaan itu
suatu kesyukuran
Bila kaya
jadi insan pemurah
Bila berkuasa
amanah
Bila berjaya
tidak alpa
Bila sihat
tidak lupakan TUHAN
Hakikatnya...
Bahagia itu
adalah ketenangan
Bila hati
mengingati TUHAN
Semua insan
kan mengerti
Maksud terseni
ILAHI
Itulah zikir
yang hakiki
No comments:
Post a Comment