Bismillahirrahmanirrahim….
Alhamdulillah,
penulis masih punya kesempatan mencoret sesuatu pada blognya yang terkandung
sejuta rasa. Nak kata blog ini tempat nak meluah perasaan tak jugak, nak kata
blog ni tempat berkongsi perasaan tak jugak. Blog ini penulis gunakan untuk
mengasah bakat penulisan supaya tak tumpul nanti. Blog ini jugak atas tujuan
nak ajak semua manusia menebarkan kebaikan & keindahan Islam pada semua. Nak
ajak diri penulis & semua umat Islam jadi hambaNya yang sentiasa bersyukur.
Nak bagitau & umumkan pada dunia kehidupan umat Islam tak seteruk yang
dikata, tak seteruk yang dicerita. ALLAH dah atur yang secantiknya untuk
hamba-hambaNya yang bergelar muslim.
Minggu
terakhir penulis di kolej kediaman yang hampir 4 semester dia penghuni di sini.
Sedikit rasa sebak di dada saat teringat kenangan indah di sini. Banyak perkara
yang penulis belajar di KKNC. Sejujurnya penulis sedih bakal meninggalkan KKNC
bukan kerana cantiknya tapi kerana kenangan yang di bina di sini. Semester
pertama menunjukkan ketidak puasan hati penulis tinggal di kolej kediaman yang
sangat jauh dari kampus. Tetapi setelah kembali ke sini semester 5, 6 & 7
sungguh mengubah persepsi penulis. Jauh itu indah & manis!
Ramai
sahabat di sini memungkinkan segalanya indah pada mata penulis. Aktiviti yang
selalu penulis & adik-adik tamhidi lakukan pada petang hujung minggu adalah
ber’jogging’ mengelilingi tasik yang sangat indah. Selain untuk kesihatan tubuh
badan, penulis boleh mengeratkan hubungan persahabatan dengan ‘junior-junior’nya
di KKNC.
Satu
hari penulis di ajak ‘hiking’ kat kawasan berdekatan dengan tempat penulis
selalu ber’jogging’ dengan ‘adik-adik’. Sempat penulis merakam saat indah
berada di atas bukit tersebut. Erm...tak perlu panjat bukit jauh-jauh.
Menjelang maghrib penulis & sahabat2 pulang mahu mempersiapkan diri ke
surau muslimat pula. Terima kasih kepada semua adik-adik KKNC yang sudi teman
penulis ‘hiking that hill’. Gambar-gambar di bawah ini menggambarkan segalanya.
Ni je gambar yang sempat di rakam...Cantikkan?
Ni pulak singgah sebentar kat rumah yang baru dibina dekat dengan tempat 'jogging'.
Itu
sahaja ceritanya untuk hari ini. Terima kasih kerana membenarkan mata kalian
memerhati & meneliti setiap bait kata di blog ini. Maaf andai khilaf
mengganggu diri sahabat semua. Maaf andai coretan ini membuat kalian tak selesa kerna penulis cuma insan biasa yang mahu jadi luar biasa pada pandanganNya. Berjumpa kita di lain masa.
No comments:
Post a Comment