Bismillahirrahmanirrahim…
Firman ALLAH S.W.T dalam surah An-Nuur
ayat 31 yang bermaksud:
31. dan Katakanlah kepada
perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada
memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan
hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada
suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka,
atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi
saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang
perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang
gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada
perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan;
dan janganlah mereka
menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari
perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai
orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.
Al-Hamdulillah…nafas penulis masih boleh
ditarik seperti kebiasaannya. Syukur ke hadratNya kerana diberi peluang untuk
menikmati nikmat terbesar yang penulis dapat sepanjang kehidupannya iaitu
nikmat iman dan nikmat Islam.
Al-Hamdulillah juga penulis diberi peluang
oleh satu-satunya adik perempuan kandung penulis, Farah Mimi binti Yaakob untuk
membaca dan menghabiskan buku bertajuk, “Bahagianya Menjadi Gadis Pilihan-Pesan
Allah & Rasul untuk Dirimu.” Hasil karangan Dr. Nik Salida Suhaila Nik
Salleh & Mohd Hariri Hj Mohamad Daud. Terima kasih penulis ucapkan kepada
adik perempuannya kerana telah memberi kesedaran kepada kakaknya tentang betapa
bahagianya menjadi gadis pilihan ALLAH. Perkongsian yang menarik dari seorang
adik.
Mereka adalah merupakan pensyarah & mantan YDP USIM. Mereka insan hebat yang berjaya terpanggil menulis buku
berkenaan insan yang digelar gadis. Tahniah & syabas penulis ucapkan kepada
ke dua-dua penulis buku ini kerana berjaya membawa si pembaca memahami &
mendalami setiap bait kata dalam buku ini. Al-Hamdulillah… berjaya juga
akhirnya penulis menghabiskan buku ini hanya dalam masa beberapa hari kerana
faktor kepadatan isi dan pembawakan & pengolahan isi yang sangat mantap
oleh gabungan ke dua-dua penulis buku ini. Di bawah tersenarai gambar-gambar
penulis buku ini yang berjaya penulis ambil dalam ‘google search’. Jom kenali penulis buku tersebut!
Jom, kita buka & baca buku ini!
Setiap bab ada penghuraian yang tetap berserta dalil kukuh daripada al-Quran
& hadis, dialog “Usik-Usik Ustazah” disampaikan dengan cara yang santai
ibarat berbual dengan para pembaca pada pendahuluan setiap bab, & ruangan “Menyuburkan
Jiwa, Menyuntik Inspirasi” pula banyak menceritakan tentang contoh2 sahabat2
Nabi Muhammad s.a.w, serikandi2 Islam, & kisah para nabi yang berkait rapat
dengan bab yang dibincangkan. Manakala ruangan “Bicara Hikmah Ustaz” pula
memberi pesan serta nasihat yang mendalam kepada insan yang memegang nama gadis
daripada seorang ustaz, tidak ketinggalan ruangan “Apa Pandangan Pakar?”
tentang sesuatu topik yang dibincangkan turut menarik pembaca menghabiskan
bacaannya.
Apa yang penting buku ni sangat ‘best’
kerana pengisiannya bertepatan & sangat bersesuaian dengan gadis remaja
Muslimah pada masa kini. Memetik kata-kata yang ada terdapat dalam buku
bertajuk, “Bahagianya Menjadi Gadis Pilihan-Pesan Allah & Rasul untuk
Dirimu.” Hasil karangan Dr. Nik Salida Suhaila Nik Salleh & Mohd Hariri Hj
Mohamad Daud ini, tapi lupa sudah muka surat berapa…maaf.
“Wahai puteriku, wanita tidak diciptakan
untuk dikagumi semua lelaki, tetapi sebagai sumber kebahagiaan kepada suami.”
“Wahai puteriku, apabila ilmu sudah
bertambah, bererti musuh sudah kalah. Keindahan ilmu pasti bermakna apabila
ilmu dapat membimbingmu.”
Dua kata-kata di atas betul-betul memberi
kesan mendalam pada penulis sebagai pembaca dan gadis. Penulis yakin semua Muslimah
solehah dambakan cinta ALLAH, dambakan suatu kesempurnaan walaupun terkadang
apa yang didambakan tidak pernah diperoleh itu namanya ujian yang menjadi tanda
ALLAH sangat menyayangi kita sebagai gadis pilihanNya. Bersabar duhai gadis…
Dalam buku ini banyak pengisian menarik
menanti pembaca antaranya bab batas pergaulan antara lelaki & perempuan
dengan kata lain ikhtilat, kepentingan solat, kepentingan mematuhi perintah
& mentaati ibu bapa, kepentingan hubungan dengan ALLAH melalui pembacaan
& tadabbur al-Quran, kepentingan menuntut ilmu (thaqafah islamiyyah,
thaqafah tarikhiyyah, thaqafah lughawiyyah, thaqafah ilmiyyah, thaqafah
insaniyyah, & thaqafah waqi’iyyah), kepentingan menggunakan masa muda
dengan sebaiknya seperti yang termaktub dalam kalamullah surah al-Ars ayat 1-3 yang
bermaksud:
1. Demi Masa!
2. Sesungguhnya
manusia itu Dalam kerugian -
3. kecuali
orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan
Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.
Serta banyak lagi pengisiannya. Nak tahu? Silakan terus membaca buku “Bahagianya
Menjadi Gadis Pilihan-Pesan Allah & Rasul untuk Dirimu.” Hasil karangan Dr.
Nik Salida Suhaila Nik Salleh & Mohd Hariri Hj Mohamad Daud.
Doakan moga suatu hari nanti termakbul niat penulis untuk menjadi penulis seperti mereka...ameen
No comments:
Post a Comment